Tiada Aedes Tiada Denggi Tiada Fogging
Pengetahuan Am

Tiada Aedes Tiada Denggi Tiada Fogging

cara fogging nyamuk aedes

Kawasan perumahan saya macam ada kes denggi yang serius.   Dalam minggu ini dah dua kali kenderaan Kementerian Kesihatan memasuki jalan di sini dengan membuat pengumuman melalui pembesar suara.

Antara yang dapat saya dengar adalah nasihat untuk mendapatkan rawatan segera jika demam berterusan.  Antara lain- lain  tanda – tanda demam denggi adalah terdapat bintik merah pada kulit , sakit teruk pada otot, tulang , sendi, biji mata atau kepala , berdarah pada hidung atau mulut atau muntah-muntah.

Petang semalam mereka datang untuk membuat semburan asap ( fogging ) di Jalan 8.  Rumah saya di Jalan 5.

Semburan kabus akan dilakukan apabila terdapat kes demem denggi di kawasan terlibat.   Aktiviti fogging ini biasanya dilakukan pada waktu senja kerana pada waktu itu nyamuk Aedes yang menyebabkan penyakit demam denggi ini aktif menggigit.

asap fogging nyamuk aedes

Walau bagaimana pun, fogging ini hanya membunuh nyamuk dewasa dan boleh dilakukan pada waktu-waktu tertentu sahaja.   Nyamuk Aedes aktif menggigit pada awal pagi dan senja.

Untuk menghalang penyakit denggi ini merebak kita sendiri kena mengawal dan mencegah pembiakan nyamuk Aedes dengan menjaga kebersihan persekitaran rumah dan menghapuskan tempat pembiakan.

Nyamuk Aedes boleh membiak di dalam air jernih yang bertakung sama ada di luar atau pun di dalam rumah.  Selain bekas seperti pasu bunga, tempayan, tin kosong atau besen, pelepah daun atau tunggul pokok juga adalah tempat yang boleh menyebabkan air bertakung.

Kitaran hidup nyamuk Aedes ialah 1 minggu bermuka dari telur, jentik-jentik hinggalah menjadi nyamuk dewasa.

Rajin-rajinlah meronda sekeliling rumah untuk memeriksa ceruk yang kita terlepas pandang.  Kadang- kadang bekas air bertakung hanyalah dari sehelai daun ……

@kujie – lepas publish entri ini saya pun mula memeriksa sekeliling rumah.

Posted from WordPress for Android

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

18 thoughts on “Tiada Aedes Tiada Denggi Tiada Fogging

  1. Kalau musim penghujan sudah tiba kita harus makin hati2, jangan sampai nyamuk aedes berkembang biak. Selalu jaga lingkungan tetap bersih 🙂
    nice

  2. Halaman rumah kita boleh jaga kebersihan. Masalah rumah jiran tetangga dan rumah tinggal menjadi masalah.

    Nyamuk Aedes ini boleh membiak didalam takungan pelepah pokok pisang.

Comments are closed.