Tips Mengawal Anak-anak Di Pusat Membeli Belah

Meningkatnya kes penderaan seksual terhadap kanak² memang mengerikan.   Kes terbaru yang mengemparkan bagaimana kejadian rogol boleh berlaku di dalam bilik darjah di sekolah keatas rakan sekelas.  Angka peratusan tidak pernah surut. Kata penganalisis jenayah Kamal Affendi Hashim perbahasan mengenai pindaan hukuman penjara dan sebatan terhadap perogol “hanya membuang masa”.

Tumpuan sekarang perlu dialihkan kepada tindakan untuk mengurangkan bilangan mangsa, dan cara paling berkesan ialah dengan mendidik kanak-kanak dari peringkat awal. Berdasarkan statistik Bukit Aman, tahun lalu, lebih  1,327 kes dilaporkan membabitkan mangsa berumur 18 tahun ke bawah, dengan majoritinya kaum Melayu.

Sebenarnya saya tidak ingin mengulas tentang usul atau cadangan yang berbuih² mulut dibincangkan dalam  forum atau beratus² kertas kerja/kajian dari berbagai agensi. Kesemua itu hanya memberi data dan perangkaan untuk dicatit disimpan sebagai rekod!

Memdidik anak² memanglah tugas ibubapa, jadi apa yang ingin saya kongsi adalah cara saya sebagai seorang ibu mengawasi anak² saya . Saya melalui dan saya percaya teman² saya di luar sana adalah ibubapa muda yang mempunyai anak yang sedang membesar dan memerlukan tidak sedikit perhatian.

  • Apabila keluar ke tempat yang sesak/tumpuan awam seperti pusat membeli belah atau pesta atau karnival,  catit dalam sekeping kertas nombor telefon ibubapa dan selitkan dalam kocek seluar anak². Ini sewaktu mereka berumur 2-4 tahun. Maklum anak² yang baru ‘ mendapat kaki ‘, semua ruang ingin diterokai.
  • Pada usia 4-5 tahun bekalkan mereka duit siling dan mengajar mereka menggunakan telefon awam. Pastikan anak²  menghafal nombor telefon ibubapa mereka.
  • Ajar mereka membaca peta lantai pusat membeli belah. Ini aktiviti yang paling menarik. Mereka akan tahu lot kedai, tangga dan laluan. Sampai sekarang, kami masih berminat berkerumun di setiap peta lantai pusat membeli belah. Anak² saya terdedah dan boleh membaca simbol² mudah dalam peta/drawing plan.  Anak² juru ukur tanah lah katakan.
  • Bila meletak kenderaan di dalam lot bertingkat di pusat membeli belah, suruh anak² catit dan ingat nombor petak juga level (tingkat ) di mana kita berada. B1, B2 dan sebagainya.  Paling mudah, snap je gambar lot paking dengan telefon.
  • Setiap tempat yang dituju , carikan satu ‘landmark’ yang mudah dilihat dan  pesan dengan anak², kalau tersesat dan tak jumpa mama, atau abah  datang ke ‘landmark’ tersebut dan tunggu di situ  dan jangan merayau . Kalau ada kaunter pertanyaan di lobi, itulah tempat yang sepatutnya.
  • ” kalau Intan nakal, mama suruh abang polis tu gari Intan bawa pergi lokap”. Jangan takutkan anak² dengan polis tanpa sebab. Beritahu mereka supaya menghubungi polis bila memerlukan bantuan.

Ini adalah sebahagian caranya, ada banyak cara yang boleh kita praktikkan dan selalulah berbincang bercerita dan memberi mereka pendedahan setiap berita terkini .

Yang lebih utama bagi saya adalah mendidik anak² lelaki kita dari awal. Ajar mereka untuk lebih menghormati wanita dan sentiasa bersikap untuk melindungi . Saya selalu berpesan dengan Along dan Angah – mama dan Intan adalah tanggungjawap mereka sebagai lelaki. Pastikan pintu, gate ditutup kerana mereka bertanggungjawap untuk menjaga kaum perempuan di dalam rumah ini.

Angah balik hari ni…. sampai malam tadi.  Cuti di rumah satu hari saja, esok dah nak balik asrama.

Seronoknya… ketiga-tiga buah hati ada di rumah… buah hati yang ranum tu je sorang duduk jauh… he hehe:lol:

Apesal Tak Klik?

Comments

  1. says

    petua yang menarik.. ;-)
    kaedah cmnie yg perlu ajar nk elak ank2 kecil sesat..kadang2 ibu sedang tgk2 barang, ank2 umo 2-4 tahun nie berjalan2 ke tempat lain, x perasn..tu boleh hilang tu..
    jika sy nak copy tips nie kak jie nk sebarkan boleh x? :smile:
    .-= hafizul´s last blog ..Bila lama tak menulis.. =-.

  2. says

    Petua yang bagus, teringat kawan say cerita tentang satu kes dimana seorang budak yang diculik dalam pasaraya dibotakkan kepala dan ditukarkan pakaiannya untuk senang dibawa keluar dari pasaraya tersebut, namun nasib baik security kat pasaraya tu cepat bertindak. Kalau boleh biar mereka sentiasa ada depan mata kita apabila berada di kawasan ramai orang.
    .-= akuvision´s last blog ..Gangguan Hyperhidrosis =-.

  3. Azizuan says

    anak sedara saya dulu, 1st day balik sekolah naik van..van tuh lambat sampai dia ingat dah kena tinggal..balik jalan kaki nangis2..nasib baik selisih dengan kakak ipar yang lagi sorang..kalau tak, tercabut lutut dia..ni dah belajar pakai public phone kot

    p/s: ranum?hahahaha
    .-= Azizuan´s last blog ..Travian Speed Server Malaysia Season 4 (MYX4) Bermula Malam Ini 28 April 2010 =-.

  4. says

    assalammualaikum kujie

    kes rogol di kelas itu sebenarnaya menimbulkan banyak persoalan dalam diri saya, terutama kerana saya seorang guru

    kalau dirogol, bukankah sebelum itu mesti ada kekasaran berlaku? pelajar perempuan tidakkah melawan?berlaku di kelas waktu rehat?pelajar2 kelas lain semua turun, kenapa perempuan tu duduk dalam kelas? biasanya pengawas akan mengawal sekitar kelas waktu rehat, tiada?

    pensel dalam kemaluan? mungkin bertujuan menggugurkan kandungan?mungkin? kerana akal fikir budak2 sangat pendek…

    umum dah tahu sikap wartawan dan editor akhbar. mensensasikan berita pada isu2 yang kekadang tidak benar. dan kita pun selektif memilih berita untuk dipercayai. bab politik kita berkira untuk percaya, tetapi berita spt ini kekadang kita telan bulat2.

    apa pun, saya bersetuju dengan kujie tentang pentingnya anak lelaki dan lelaki kita meletak wanita pada tempat sepatutnya, dengan cara menghormati dan menjaga kepentingan kita.

    panjang pulak komen ni. tak ada buat contest untuk komen terpanjang??
    :smile:

    • says

      Waalaikumsalam… saya baca berita pasal ke rogol tu dan beratus-ratus komen dari orang …tapi saya tak komen sebab tak bagi saya berita macam tu tak lengkap. Jadi sekadar baca untuk tahu. Nak komen panjang-panjang tak tahu hujung pangkal.

      Saya ada anak lelaki dan anak perempuan…Ya Allah…risau sangat dengan dedahan dunia di luar sana tetapi mana mungkin kita kuruang anak di bawah ketiak saja. Mahu tak mahu kita kenalah sediakan anak-anak kita apa yang patut…usaha dan selebihnya tawakal kepada Allah…

      • says

        ya kujie, kita ni sekadar boleh berdoa je la.
        tapi itu merupakan kekuatan sebenarnya.
        yang selebihnya, jika berlaku sebarang musibah, itu adalah kehendak Allah.

        dan kita berdoa juga, moga kita semua ni kuat menghadapi ujian. terutama anak2 kita yang perjalanan mereka masih panjang lagi.

        doa saya bersama kujie.
        ameen.

    • says

      samalah…si Angah tu kerap juga lesap…tapi dah faham perangai dia..kita tau dia dok tang mana…hehehe..dari jauh kita perhati..tengok apa yg menarik perhatian dia…

  5. says

    terima kasih kak jie kongsi tip2 ni..mmg berguna bagi saye yg ade anak yg sedang gembira sgt utk cube itu da ini..baru ‘dapat kaki’lah katakan..macam yg kak jie tulis, saye 100% setuju, kene juge bawak mereka jalan2 tapi penuh dgn kawalan..jgn kite sesekali leka..tapi utk langkah pencegahan, ape yg kak jie kongsikan mmg cukup membantu..terima kasih yer :mrgreen:

  6. student says

    “lelaki pelindung pd wanita”
    tertarik sangat dengan statement ni, sepatutnya begitulah. tapi bila dah akhir zaman pelindung dah jadi pengancam..susah jadinya..

    err..buah hati yg ranum?anak dara kakjie ke?hoho..;)
    .-= student´s last blog ..Kisah Arnab dan Kura-kura =-.

  7. CikWa says

    suka dengan tips selit number parents tu
    saya ni sebab takut anak hilang kat shopping mall, so saya siap2 ‘pakai’ diorg kat badan sepanjang masa bershopping

    itulah konsep babywearing
    memang berbaloi2

    kesan bonding yang terhasil dari babywearing mmg sungguh mempesonakan
    ceh ayat berbunga sungguh

    yg penting saya ni kalau tempat sesak2 saya akan pakai anak takkan biar dia terlepas….

    better safe than sorry kan

    thanks for ur wonderful tips!
    .-= CikWa´s last blog ..Crocs Warehouse Sale – Bermula Esok =-.

  8. says

    betul tu..tempat-tempat beginilah merupakan kawasan paling mudah untuk penjenayah kanak-kanak melakukan aktviti mereka…pendidikan awal seperti ini perlu di amalkan supaya mereka mampu untuk menjaga diri mereka sendiri bila terpisah dari ibu bapa.Maklumlah,shoping complex kan..kadang-kadang perlu bersesak-sesak lebih-lebih lagi bila ada sale yang murah-murah..Pendidikan awal itu memang perlu,ilmu bagi mereka dari menjadi tumpuan orang yang tidak bertanggungjawab.

  9. says

    Hoho..mak saya dulu pinkan skirt saya dengan seluar dia…tapi dia make sure tak nampak ketara sangat sebab pin -pin tu yang decorative pin, berbunga2, konon-konon skirt saya la yang berbunga, pastu jalan dengan saya rapat2 so memang orang tak perasan pun kami ‘melekap’..So, memang saya tak leh lari la..hahaha..bila da besar ni saya ungkit, mak cakap dia tak pernah menyesal dengan apa yang dia buat..Hehehe..

    • says

      wahhh… suke idea nih… tak la rasa cam bawak pet kat shoping mall… hehehe

      ‘tak pernah lagi ikat anak2 ngan tali panjang tu… takpe main kejar2 manje n nyorok celah baju – asalkan takde org lain join sama :)’

  10. says

    bagus tip tu patut dipraktikkan…anak bongsu kami pernah ‘hilang’ tapi nasib baik dia jerit kuat2 panggil abang dan kakaknya..satu shopping komplek boleh dengar…
    .-= familyria92´s last blog ..earth day =-.

  11. wira says

    Kak Jie,
    Sekarang kalau pegi shopping, mesti nampak dua dia keluarga yang ikat anak diaorang mcm bawak peliharaan..Mesti anak jenis lari lari tu..
    Kesian pun ada, lucu pun ada..Kalau ada yang saiz besar boleh guna utk ikat bini bila jenjalan time SALE..hehehe
    .-= wira´s last blog ..Kejadian malu di kala Maghrib =-.

    • says

      Zaman sekarang, kita tka boleh ‘kurung’ mereka..kita kena dedahkan dengan pengawalan. Kalau kita ‘jangan itu, jangan ini’ sifat memberontak anak-anak akan buat jiwanya lagi teruja ingin mencuba. Kita ajar dia mengikut zaman dia tetapi masih dalam kawalan ibubapa.

  12. TMUkmkd says

    ajar anak menjerit
    ajar anak mengigit

    ajar anak baca plan <- tak pernah lagi orang buat :D
    .-= TMUkmkd´s last blog ..دانلود ادوبی ایر =-.

    • says

      kalau ada orang gaji nak jaga kat rumah , boleh lah
      dan kadang2 ibubapa bawa untuk luangkan masa bersantai..jalan2 saja
      lagi satu – kalau kita kurung di rumah tanpa pendedahan macam tu, sekali dia terlepas….dia tak pandai nak sesuaikan diri nanti dengan benda2 berbling2 kt shopping komplek ..dia leka

      • says

        setuju tuh kak jie..sesekali kene juga bawak anak keluar tgk suasana sebenar..bagi die belajar utk adaptasi dan mase tu kite boleh ajar itu ini.. :cool:

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge