Tolong jawap soalan ini

Dalam perjalanan balik dari Sepang selepas hantar Along ke asrama semalam, Intan bertanya satu soalan mudah tetapi terkial-kial mak bapa nak mejawap.

” Abah, politik tu apa?”

Saya tak pandai untuk menghuraikan jawapan tepat untuk seorang anak berumur 10 tahun.

Tak kan nak jawap ikut teori yang pernah dibaca mengenai kisah seorang anak kecil bertanya soalan yang sama.

dunia kita

“Politik itu macam keluarga kita. Ayah dapatkan wang untuk keluarga kita, ayah adalah kapitalis, Mama gunakan wang itu untuk menguruskan keluarga kita, jadi mama adalah kerajaan. Kakak pembantu rumah kita adalah golongan pekerja. Kamu adalah rakyat dan adik kamu adalah generasi masa depan. Faham?

Saya jawap ” Politik itu kuasa. Kuasa untuk mentadbir negara”

Betul ke jawapan itu ye? Perkataan itu nampak mudah tetapi untuk diterangkan bagi pemahaman seorang kanak-kanak sekolah rendah , saya hilang kata-kata.

Kalaulah ada anak, anak saudara atau adik yang bertanya, korang nak jawap apa?

p/s – politik ~ ilmu tentang cara pemerintahan; ilmu kenegaraan; ilmu siasah (DBP)

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Megga says

    Dalam molekul CH4 (nomor atom C=6 , H= 1)terdapat?

  2. Dalam molekul CH4 (nomor atom C=6, H = 1 ) terdapat?

  3. cakap aje macam ni….politik lah yang menentukan masa depan kau anakku…kalau kau nak jadi ahli politik…jadilah yang terbaik…kau jangan makan rasuah ye…berdosa…tuhan marah..nanti tak dapat masuk syurga…

  4. salam..
    ni kakjie.. am rasa jer..
    politik tu satu cara untuk menunjukkan kekuatan/kuasa..
    kot…??
    .-= arm´s last blog ..Cari Resepi : Kulinari Daisy Chef Liza =-.

  5. Mr.Sempoi says:

    😈
    politik tu cm cite power ranger la .. ade ketua atas dari diorang .. ade kuasa .. n lain2 organisasi yg ada kat dlm cite tu

    budak2 kan suka layan cite cenggitu
    .-= Mr.Sempoi´s last blog ..Sempoi: Spiderman in Malaysia!!! =-.

  6. Salam Kak Jie,

    Politik itu ibarat taukey kedai jajan, kalu taukey jajan naikkan harga dan ibu2 tidak kasi beli kerana mahal harganya anak2 akan menangis.. :p
    .-= Ezad´s last blog ..Salam Kembali Dunia Blogging =-.

  7. utk budak kecik,politik tu lebih kurang macam kelas kat skolah.
    ada ketua darjah,ada penolong,ada bendahari dan sbgainya :mrgreen:

  8. politik adalah cara hidup..nak makan guna politik..membeli kat pasar guna politik..penggunaan kuasa kita samaada wang,pangkat dan kekuatan kita dalam kehidupan seharian..pnerngan yg mdah utk bdak2..

    susah jgak nak explain kat bdak2 ni kak kujie…
    .-= mae´s last blog ..Hari-Hari Yang Memenatkan =-.

  9. paling penting jangan tipu kanak kanak!
    .-= Najib Hassan´s last blog ..Kemaskini status Twitter anda Menggunakan SMS =-.

  10. erk?! politik?? adeh serrender nak kasi jawapan yang seswai utk budak berumur 10 tahun.

  11. saya rasa betul la kot jawapan kak jie…untuk budak berumur 10 tahun.

    itulah kuasa yang bangsa kita kena pertahankan. jangan leka..
    .-= Lan Bingka´s last blog ..Pahala diam =-.

  12. politik itu superhero! (kah3) siapa yang berkuasa dialah memerintah.

    superhero ada baik ada jahat (ha3).

    pening juga nak jawab utk bdk umur 10 tahun (hu3).

    mungkin boleh jawab politik itu satu perjuangan untuk membela dan memerintah – superhero baik (ha3).

  13. Politik ni luas utk ditafsir pengertiannya,kan Kak Jie.
    Tak tercapai akal kita utk m`bahaskan persoalan ttg politik ni.
    Hanya org yg terang hati dan luas pandangan yg mahu libatkan diri dlm politik. Dalam politik ni perlu ADIL dan SAKSAMA.
    Maafkan sy jika tidak tepat…..sbb sy bukan dari aliran Sains Politik. 🙂
    .-= Zymazara´s last blog ..Orang Lain Dah, Tapi Aku Belum Lagi……(Auto publish n3) =-.

  14. Soalan yang mudah, nak huraikan amat payah juga bagi diterangkan kepada kanak-kanak berumur 10 tahun. Kita faham apa itu politik, tapi kurang idea untuk menerangkannya dengan tepat..

    p/s – saya hanya pemerhati politik
    .-= samdaddycool´s last blog ..Senarai Iklan Hari Raya Petronas Sepanjang Zaman =-.

  15. cakap politik = memenangi hati rakyat sesebuah negara~! hihi

    budak2 sudah pndai tanye soklan cmtuh..terkedu nk jawab..hehe 🙂

  16. Hmmm….soalan yang senang untuk kita, tetapi sukar untuk dijelaskan. kalau bagi daku, saya akan beritahu anak saya, “Kamu akan faham suatu hari nanti!” 😛
    .-= tekkaus´s last blog ..Don’t Let Our Independence Be Robbed! =-.

  17. kalau anak saya tanya saya jawab politik itu “cara untuk mendapatkan kuasa”
    .-= denaihati´s last blog ..Contest Weblog Popular 1Malaysia =-.

  18. hahaha, dpt soklan ye jie? mmg buntu kdg2 nk jawab… boleh lah tu…jawapan tuk anak2, cara mendapatkan kuasa..pas ni dia tanyer plak, politik kotor camne? politik bersih camne? ekekeke… 😈
    .-= jun´s last blog ..Siakap sweet n sour =-.

  19. alamak, saya pun belum fikir lagi, depa cuma tanya kerajaan tu apa? saya kata orang yang diberi kelebihan kuasa untuk mentadbir negara. entah betul entah tidak 😆
    .-= Mak Su´s last blog ..Tenaga tambahan =-.

  20. Definasi politik ini amat luas.

    Politk secara ringkasnya ialah, prinsip yang hendak dibawa diri ke masa hadapan..

    Politik dlm bahasa arab ialah siasah!.. Iaitu merujuk kepada pembinaan diri, jati diri dan keperibadian diri…

    Selain itu, komponen lain ialah perjuangan hidup, atau jalan-jalan yg dipilih untuk hidup di antara berjuta2 jalan yang ada..

    contohnya kita memilih politik kapitalisme, berbanding pemikiran sasiah (politik) komunisme, nazisme, fasisme, hindonisme, Islamisme.. dan pelabgai lagi….

    Jadi, setiap insan punyai politik… soalnya skrg ialah berkongsi politik utk menentukan jalan hidup, atau penentuan jalan arah tuju utk kesejahteraan bersama…
    .-= maza´s last blog ..Aku dan Ramadhan =-.

  21. Politik – Gabungan Polis dan Itik 😆 😆 😆 😆
    .-= jiji´s last blog ..I Have Been Nominated: Nuffnang Asia Pacific Blog Awards =-.

  22. Asalsamusalaikum

    Politik tu Demokerasi Depa Mau Kerusi, gurau saja.

    Terima kaseh wasallam.
    .-= pakcikli00´s last blog ..pakcikli00 blogger weblog dukun asmara =-.

  23. Kurang tepat kak jie.

    Politik itu sains atau seni mendapatkan kuasa. Itu baru betul.

    Sebab tu wujud politik pejabat, politk negara.

    Itu semua seni2 nak mendapatkan kuasa di pejabat, di negara.

    😛

  24. Salam hormat wahai kujie.

    Politik itu ialah – Cara hidup. Kuasa. Pemikiran. Untuk kanak – kanak sebutlah – Cara hidup.

  25. Politik itu kuasa.

    betullah tu.
    .-= wawa´s last blog ..One missed call =-.