Petua Ulser Mulut

Saya pasti ramai orang akan mengalami sakit ulser mulut ( mata ikan atau lompangan ) sekurang² sekali dalam hidup. Biasanya ia akan pulih sendiri dalam masa kurang daripada 2-3 minggu. Walaupun teramatlah sakit dan pedih ( nak makan pun tak der selera ) ia tidaklah serius dan juga tidak berjangkit.

Selalunya tanda² penyakit ini adalah bulat berwarna putih atau sedikit kuning. dan dikelilingi oleh persekitaran yang agak merah. Rasa sakit terutamanya bila ulser tersentuh dengan makanan atau minuman.

Antara sebab² terjadinya ulser mulut kerana kecederaan di lapisan nipis mulut seperti tergigit, terkena makanan tajam atau air yang terlalu panas.

Ada beberapa petua biasa untuk menghilangkan kesakitan akibat ulser mulut antaranya jangan makan makanan yang terlalu pedas, minuman berasid, guna antiseptik untuk berkumur, minum air dengan banyak , letakkan ketulan ais di tempat yang sakit dan letak gel untuk ulser – Bonjela.

Petua Saya : Cubit sekeping asam keping/ asam gelugor, sebesar jari kelingking, tekapkan di tempat ulser tersebut. Biarkan sekejap dalam 2-3 minit. Memang akan rasa pedih tetapi selepas kesakitan selama 3 minit ( macam masak meggie je ni ) bahagian ulser tersebut akan terus baik. Cubalah , Insya Allah berkesan.

Amaran : Petua ini tidak berkesan sekiranya anda menelan asam keping tersebut seperti anda menelan pil penahan sakit!

- Inilah asam keping atau asam gelugor.

image dari srsfeqah.fotopages.com

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus (contohnya, perubatan, perundangan dan sebagainya yang berisiko) sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Polisi: Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap komen yang ditinggalkan oleh para pembaca. Setiap komen pembaca adalah tanggungjawab mereka. Sila komen dengan menggunakan bahasa yang sopan dan ejaan yang boleh difahami

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Anonymous says:

    bagi saya la… buh je serebuk cap kaki tiga.
    beli kat kedai runcik. mesti baik punya.

    • ohh.. aduh.. kalau kene kat ulser bawah gigi tu … mmang tak tau nk cakap pew lh kan..
      redho jew.. dalam satu miggu tu sekali dua serentak..

  2. Anonymous says:

    heheh. info menarik. blog pn menarik. kalau gusi rs pedih mcm ulser, blh jgk ke klu ltk asam keping ni?

  3. nana cHan says:

    dah cuba dah. menjadi. hehehe
    Jom terjah post menarik dari nana cHan ..Kalau gigi tak cukup 32- maknanyaMy Profile

  4. ulser man says:

    Sy makan vitamin b complex je… :razz:

  5. ada 2 biji …sakit dowh :sad:

  6. hari tu sy tergigit lidah ms tido. sy pn xtau npe leh jd cmtu, sbb nie first time blaku. besok hari nye tgk, ulser tumbuh kt atas n bawah kat hujung lidah. tak taula sbb ape tp skrg sy tgh pakai braces. ulser tu watkan sy sangat susah nk makan n gosok gigi. minum air pn ssh. air mata confirm keluar. pastu sy ade beli satu ubt utk ulser harga die rm17. sgt mahal. dlu mmg effective giler, tp skrg tak pon. very frustrating. pnh gne tips garam pn lmbt jgak nk elok. n terlampau sakit. t sy nk try petua akak nie. :)

  7. pergh…seksa kalau kene ulser mulut nih…ada orang kata letak garam bleh gak
    Jom terjah post menarik dari slimdiet2 ..TELAH BANYAK KAJIAN MENGENAI KOLOSTRUM DILAKUKANMy Profile

  8. tima kaseh.balik ni sy nak cuba. tak tahan sakit ya rabbi. makan pon asik bertakung air mata dek pedih :(
    Jom terjah post menarik dari c4ha ..Secebis rasa Ouch! TerjiwangMy Profile

  9. sy biasa letak garam terus kalau mula2 nak tumbuh..mmg best walaupun pedih..

    kalau ubat sapu selalu beli “orrepaste”, ia mmg merawat, x seperti bonjela yg sekadar mengebalkan bibir ketika nak makan..huhu

    sejak pakai braces, ulser biasa tumbuh, alah bisa tegal biasa. lantaklah nak tmbuh byk mana.
    Jom terjah post menarik dari adel ..Allah Bukannya HaiwanMy Profile

  10. adusss. sgt la skt… sye neyh evry m0nth mesti akn kene ulser.. kal0 d bbir/mlut bley tahan… kal0 dh kene tang tepi2 lidah.. sengsara… nk mkn ssh apatah lg berckp.. truk ubt pn.. berendam aermte je.. huk3

  11. MINTAK IZIN SHARE KAT FB SAYA YE..SAYA SELALU NAIK ULSER.NANTI SENANG NAK REFER

  12. Itu yang bagusnya kalau dah sakit sangat selongkar je dalam gobok dapur
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Bila Brad Pitt jadi Adiwira SpidermanMy Profile

  13. cuba letak , kalau boleh…. rasanya tak rugi kalau mencuba…

  14. Asam keping tak mahal…kadang2 tak perlu keluar beli, cari je kat ceruk dapur… :lol:

  15. mcm mane kalau kena lidah….

  16. Bagus juga petua orang tua-tua. Berapa pilihan boleh dipilih samada beli Bonjela atau kumur-kumur dengan air garam
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Rasa simpati mangsa Tsunami dan letusan gunung MerapiMy Profile

  17. tips menarik :D terima kasih kak jie :)

    p/s: g kedai awal2 beli asam keping, hehehe

  18. Terima kasih Kak Jie sebab berkongsi petua ni.. :smile:
    Jom terjah post menarik dari Nur ..Kalau tak suka pulangkanMy Profile

  19. salam.. salam perkenalan.. sy nk ucapkan terima kasih pd kak jie… petua tekapkan asam keping ni mmg betul2 berkesan.. setelah hmpir 2 mggu sengsara.. smlm bc kt blog akak psl petua ni.. mlm td terus buat.. dan sekarang…. sy dh tak sengsara dgn sakit ulser ni.. terus baik.. cm bekas ulser tu ada lagi.. x kesah laa kan, yg penting xde rasa sakit lg… terima kasih kak jie…

  20. dh 1 mggu x bek lg…ltak garam kt ulser jd lg sakit ciap begkak lg huhu… :cry: camne ni… :cry:

  21. mas pun tengah kene sekarang.dah masuk 2minggu.tergigit kat tepi(bahagian pipi dalam belah kanan)time bersahur.lepas tuh makin besar,bengkak,seluruh pipi kanan sakit terus attack kepala.adoii.time puasa teringin nak makan,time berbuka makan sikit jew sedangkan perut da gendang raya.semalam da try kulit kayu manis ditumbuk+madu lebah.pedih2 manis.ok la sikit.malam karang nak try asam keping(mesti pure pedih..hu3 traumanya)doakan mas cepat sembuh yer.tq.selamat ari raya.(^_^)
    Jom terjah post menarik dari mustwany ..keputusanMy Profile

  22. cublah letak asam keping…………… ramai dah cuba
    katanya ok

  23. Shuliza84 says:

    sy skrg kena 4 biji ulser… :cry: ..parah2…2 dh baik dgn sndri, 1 dh bransur pulih tp yg 1 lg ni, makin menjadi jadi.apa petua pun sy x cuba…bkn x mahu cuba tp sj nk tahan sakit,tp sy dh x tahan lg..nk brckap pn susah,pedih sgt..nti lepas berbuka nk letak garam byk2…

  24. geram selalu kena ulser…kt lidah pn kena..skrg ne tngah kena ne..puasa2 lak tu…

  25. alhamdulillah..terima kasih..
    saya dah try petua ni..
    mmg menjadi la..
    walaupun ulser ade lagi..tapi dah tak sakit..dah boleh mkn n ckp mcm biase..
    best la petua ni..
    mule2 pedih skit..tapi pastu dah ok..letak garam lagi pedih rasenye..thanks kak jie! lap u..muah

  26. terima kasih atas petua diberikan..
    saya skang ni kena 2 biji ulser :shock: . 1 tergigit(gigi geraham), 1 g sebab terhantuk kat bucu katil, terkena gigi( kat bibir). dah dekat seminggu kena..dah letak garam + ais..2 2 tak jalan.. sakit sampai bengang kepala ni :evil: ..dah la pose.. blk keje ni nak try asam keping plak..mudah2an menjadi.. :roll:

  27. seriusnya… jumpa doktor ye

  28. mcm mana ya kalau ulser keluar darah? nak buat apa ah??

  29. :cry: anak saya umur x sampai 2 thn tgh gune ulser….. kesian tgk dia….. huhuhu..sebelum tu admit denggi …
    Jom terjah post menarik dari ema ..Ulser pulakMy Profile

  30. masyitah says:

    ;-) askum..k.jie saya baru jer cuba ltk kat mulut anak..sian kat dia selalu merengek bila nak mnm susu dan makan :cry: ..ulser yg dia kena bukan sebijik tp jenis yg byk bertompok2 @ di namakan ulser afta..nanti nak tgk berkesan atau tak coz baru jer ter pk nak g klinik..

  31. salam ,semua…ulser mmg penyakit keturunan gak.Sy sblh mak ,jika tergigit bibir atau tempat lain,1-2 hari dah hilang TAPI jika sblh bapa,1-2minggu baru hilang.Sakit betul,tambah2 bila saiz yg tengah cekang(sederhana).

    Petua
    1)Sy sokong mcm yg disyorkan oleh kujie tu,guna asam keping ATAU
    2)amalkan noni enzim,INSYAALLAH bila tergigit x jadi sakit spt sebelum.Dan boleh titiskan noni + sedikit garam dan sapu di ulser.Ulser akan jadi masak.(warna putih) dan sembuh.

    Selamat mencuba!!! :grin:

  32. oke kak jie . t’kasih ajarkan :D saya dah biasa dgn GB, sebb tu kekok dgn tmpt lain :D t’kasih

  33. lepas klik “submit new story’

    letak permalink – contoh utk entri ni

    http://www.kujie2.com/pengetahuan-am/ulser-mulut.html

    kemudian ikutlah step2 yg diberikan -

  34. g klinik je :D
    Kak jie . Nak tanya skit . Kalau ping kat myebuzz kena ping guna url ke atau sama mcm GB?

  35. Anonymous says:

    Petua sye sng jer.kumur dgn air garam stiap hri..lg cpt pulih.

  36. Anonymous says:

    saya kena ulser , apa asam jawa atau asam keping nak tahu?

  37. Kujie..sudan takdak asam keping…kalau2 hantar asam keping kat si suami, bungkus sekilo dua kat sini..boleh buat masak sama..haha

  38. mashita says:

    saya pakai bonjela aje. hehe.. :mrgreen:

  39. lately ni selalu kene ulser.. sampai demam2. mcm satu sumpahan pulak :mrgreen: nak try garam ker.. asam keping ker.. mmg x berani.. :idea:

  40. wah saya dah cuba memang berkesan..terima kasih kak…..

  41. Kalau petua pakai asam keping , memang saya lagi sanggup tanggung sakit la . Hehe :D
    Jom terjah post menarik dari farah ..Hati Kecil Berbicara Mulut Itu Riuh Bertanya My Profile

  42. pernah kene ulser mulut… mmg pedih.. tapi my petua is “let it be”.. hehehe.. dia akan baik sendiri insyaAllah…
    Jom terjah post menarik dari syahirul ..Live Blogging melalui telefon bimbitMy Profile

  43. Wow, sungguh mujarab sekali petua kak Jie.
    Jom terjah post menarik dari amirulfaiz ..Ubat gigi- cecair – pepejalMy Profile

  44. ada org cakap..letakkan garam kat ulser tu.memang pedih tapi insyaAllah mujarab.
    Jom terjah post menarik dari rumah kuning ..SyoknyaMy Profile

  45. salam suma, sebenarnya Bonjela tidak boleh dipakai oleh umat islam. Fakta ni di bgtau oleh seorang doktor yang merawat saya dulu. Tapi saya heran takde pon penjelasan yang kukuh. Sekarang ni saya cuma menggunakan “oralaid”. bila nak makan sapu untuk buatkan kawasan ulser tu kebas. sekian.
    Jom terjah post menarik dari mrnamie ..Cinta LuarMy Profile

  46. baru tahu tentang petua guna asam keping ni
    selalu beli bonjela di farmasi sahaja
    Jom terjah post menarik dari klcitizen ..Kehidupan yang biasaMy Profile

  47. errr…agaka2 kalau pakai bomoh boleh tak?

    hehehehe
    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari maza ..Siapa yang rembat seliparkuMy Profile

  48. biasanya maza guna garam halus sehhh..

    murah dan sedappppp yg amat! aderkkkkk (menulis ni pun masih terbayang2 kepedihannya.. siap terkenyit2 mata tu..huhuhu)

    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari maza ..Siapa yang rembat seliparkuMy Profile

  49. haritz says:

    saya pakai Bonjela jer. Dulu masa skolah rendah mak saya kata saya kena Ulser sbb kuat mencarot, Tuhan marah dan Tuhan dah koyak mulut saya hehehe.. ;-)

  50. yg saya tau guna garam, tapi mgkin lagi pedih kot.. tak penah try pun.. lau kena, selalu biar die baik sendiri.. huhuuu… tapi seksa la..
    Jom terjah post menarik dari fiezaradzi ..Belanda Ke FinalMy Profile

Trackbacks

Titipkan Sebaris Kata, Bukti Kehadiranmu:

CommentLuv badge