Unsubscribe Package Astro Dan Daftar Astro On The Go

Awal tahun 2013 saya Unsubscribe Package Astro , Channel Sport. Kat rumah, hanya tinggal kami berdua dengan Intan, masa menonton TV berkurangan. Kalau Along balik hujung minggu pun, dia tetap nak keluar tengok bola kat kedai mamak. Baik dipotong dari bayar tapi tak tengok.

Sekarang saya hanya hanya ada Family Package , Package Learning yang ada National Geographic, History , Discovery, Animal Planet dan satu lagi package KIDs yang ada Astro Ceria, Nickelodean, Disney XD , Cartoon Network.

Kalau ikutkan , saya cuma nak Family Package dan Learning tetapi mini package tak boleh ambil 1, kena ambil 2 mini package. Pakcage Kids saja yang sesauai.

Cara unsubscribe package Astro

Telefon  Astro – 1300 82 3838  (8:00 am – 12midnight) cakap saja package mana yang tak nak. Sediakan nombor akaun astro. Kalau nama orang lain ( contoh tuan rumah, suami atau makayah) dapatkan nombor kad pengenalan waktu pendaftaran akaun tersebut.

Nak upgrade package boleh buat online tapi nak unsubcribe kena telefon.  Proses ini akan dikenakan charge RM10. Tak sampai 30 minit, channel yang kita unsubscribe tersebut akan hilang dari kaca TV. Sekejap aje pun kena bayar RM10!

Alang-alang dah on website Astro, saya register Astro On The Go. Asyik tertangguh saja nak buat ni.

Cara Daftar Astro On The Go

  • Pergi ke laman web Astro – http://www.astro.com.my/onthego/

cara register asto on the go

  • Register Astro ID . Kalau dah ada, terus login.

cara register asto on the go

  • Step 1 -Isi saja borang yang disediakan.  Pastikan kad pengenalan sama dengan akaun astro.  Masukkan nombor smart card dan security code.
  • Step 2 – create username dan password
  • Step 3 – Aktifkan email validation  dari link yang diterima.

Bila dah login,  download application di telefon , tablet atau kat komputer.  Saya install dari Play Store.

download astro on the go

 

Dapatlah tengok  Kdrama kat CH 393.  Boleh besarkan skrin.

Nota :

  • Buat masa sekarang Astro On The Go masih tidak boleh digunakan pada Android 4.2. dan 4.2.1
  • Astro On The Go masih percuma, tak pasti sampai bila.

astro on the go

Kepuasan Astro On The Go ini bergantung kepada capaian kelajuan internet. Kalau tak perlu sangat, tidaklah saya nak mengadap skrin kecik Galaxy S3 ni.

p/s – sebelum awak komen saya nak bagi tau, kawasan saya tak ada Unifi.  Sekian

Apesal Tak Klik?

Comments

  1. says

    antara perkhidmatan pelanggan (melalui panggilan telefon) yang terbaik..tak perlu tunggu lama, masalah cepat selesai dan kalau tak selesai tak perlu susah payah nak call semula sebab pihak astro akan call kita dalam hari yang sama jugak..
    Jom terjah post menarik dari pipoq ..Agama hanya ibadah ?My Profile

  2. says

    Dah lama guna Astro On The Go, tapi masih tak faham macam mana nak tengok channel lain, apa yang kena bayar kalau nak beli yang on demand tu. Bola pula kadang-kadang ada channel, kadang-kadang tak de On The Go.
    Jom terjah post menarik dari Izzat Aziz ..iPhoneMy Profile

Trackbacks

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge