Yīn & Yáng Di Pusat Jagaan Kucing Omiey Home

Kisah pencarian ibu tumpang untuk Yīn & Yáng. Baca entri awal kisah ini di sini – Mohon Tolong Yīn & Yáng

Bila saya terjumpa dua ekor anak kucing yang baru dilahirkan, keadaan menjadi haru biru.  Saya tak ada pengalaman menjaga dan saya tak mampu luangkan masa untuk menjaga kucing.

 

cara susukan anak kucing baru lahir

Bermulalah satu misi untuk mencari ibu kucing sebenar kepada anak-anak ini.  Saya tak sanggup melihat mereka memeluk botol air suam yang dibalut seolah-olah tubuh ibu.  Memberi minum susu boleh membantu anak kucing ini  untuk hidup tetapi saya mahukan kehidupan yang lebih baik sebagai seekor anak kucing yang mempunyai ibu untuk menjaga.

Saya masuk ke semua page kucing di Facebook.  Tinggalkan pesanan dan mengharap ada yang membantu.  Saya  bertanya dengan jiran-jiran kalau-kalau kucing mereka masih menyusukan anak.  Saya tweet di Twitter untuk mendapatkan ibu tumpang.

 

cara jaga anak kucing

Akhirnya saya terjumpa Pusat Jagaan Kucing Omiey Home di Kepong.  Omiey Home menyediakan tempat tinggal sementara untuk kucing-kucing terbiar sebelum diserahkan kepada sesiapa yang berminat untuk dipelihara.

Bila saya beritahu anak kucing tersebut telah dihantar ke pusat jagaan kucing, ada yang ringan mulut bertanya

” boleh percaya ke? dia jaga elok ke?.. dia biar je kucing tak jaga betul-betul,bla…bla…bla….”

Panduan Menjaga Kucing! Klik Sini!

Biasanya saya akan tanya balik ” awak sanggup ke ambil kucing ni  untuk dijaga?”

Diam…. dengan seribu satu alasan.  Jangan bercakap benda yang ‘ saya dengar orang kata…’

Kalau kita tak mampu nak buat seperti orang lain buat walaupun mungkin tidak sesempurna yang diharap, sekurang-kurangnya dia buat sesuatu ke arah kebaikan. Dia buat, dia usaha. Kemampuan manusia itu terhad, kita kena terima dan sama-sama memberi sokongan.

Pusat Jagaan Kucing Omiey Home pernah terlibat didalam misi kemanusian menyelamatkan 50 ekor kucing dari Pusat Kurungan Haiwan DBKL dari di ‘Put-to-Sleep’ ( PTS) .

Sekiranya anda memerlukan kucing, boleh dapatkan dari Omiey Home di facebook mereka – Pusat Jagaan Kucing Omiey Home.  atau mereka selalu berada di booth Uptown Danau Kota.

Beberapa hari yang lepas, mereka telah berjaya menandatangani perjanjian  menyewa tapak tanah untuk membina ladang kucing terbiar seluruh Malaysia.  Omie Farm di Kg Sg Dara, Behrang Ulu, Tanjung Malim sedang dalam pembinaan dan mereka sangat-sangat memerlukan sumbangan ikhlas untuk membantu projek ini.

Untuk sumbangan, salurkan bantuan anda ke  Cimb Omiey Home 12860001086059 / Maybank admin 562553402447 .

Tiap kali bila kes penderaan binatang  tersebar,  kita mudah menyalahkan manusia lain atas hilanglah sifat-sifat kemanusiaan mereka .  Jadi untuk kali ini, buktikan  bahawa kita ini masih ada sifat-sifat kemanusiaan dengan menyumbangkan walau sekadar RM10 bagi menyokong sekumpulan manusia lain yang berkemampuan menjaga kucing terbiar.

Kalau kita tak mampu buat semua,  kita jangan tinggalkan semua…

 

 

kisah kucing terbiar
Kali terakhir saya tatap Yīn & Yáng , moga mereka dapat melepasi tempoh membesar dan mendapat penjaga yang baik.  Hidup dan mati awak di tangan Allah…. saya hanya berusaha untuk mendapatkan tempat yang lebih baik.

menyelamatkan kucing terbiar
Yin & Yang dimasukkan untuk menumpang kasih ibu .  Dalam ni ada 3 ekor ibu yang masih menyusukan anak.

pusat jagaan kucing terbiar
Detik  yang paling terharu. Si ibu terus saja menjilat  Yáng walaupun itu bukannya anak kandung sendiri. Tanda penerimaan dengan kasih sayang.

pusat jagaan sementara kucing terbiar
Pertama kali selepas 5 hari dilahirkan, Yīn & Yáng bersentuhan dengan tubuh seekor ibu kucing sebenar. Sebelum ini saya mencipta kehangatan badan ibu dengan membalut botol yang berisi air suam.

ibu kucing tumpang anak menyusu
Pertama kali dapat menikmati susu dari ibu kucing sebenar. *mode mengalir airmata*

ibu kucing tumpang susukan anak kucing lain
Wajah yang sarat kasih sayang. Terimakasih mak… awak sungguh baik hati.

©kujie – sesekali macam terdengar suara mengiau

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus (contohnya, perubatan, perundangan dan sebagainya yang berisiko) sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Polisi: Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap komen yang ditinggalkan oleh para pembaca. Setiap komen pembaca adalah tanggungjawab mereka. Sila komen dengan menggunakan bahasa yang sopan dan ejaan yang boleh difahami

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Nurdiana Nazurah says:

    Assalammualaikum,
    saya ada 4 ekor anak kucing yg berusia 3 bulan,tapi tidak mampu utk memeliharanya lagi sebab saya ada alahan….jadi kami nk hantar kucing ni di pusat jagaan kucing..boleh tak beri alamat lengkap and number phone.. TQ.. ;3

  2. Tolong letak alamat di FB n semua website jd senang utk org mencari. Tk!

  3. Minta tolong beri alamat lengkap tempat awak serahkan yin dan yang. Sy baru jumpa 5 anak kucing dlm umur 1 minggu. Dah try beri susu formula kucing tp dia tak minum. Risau asyik dengar dia ngiau. Kucing jantan sy risau gak. Dia asyik tgk je baby yg lapar tu

  4. Di Omiey Home kedua kucing ini akan makin terpelihara dan lagi keduanya akan dapat teman untuk bermain
    Jom terjah post menarik dari Jefry ..Jasa Sedot WC Depok Telp. 021-9311-8787 | Sedot WC Jakarta DepokMy Profile

  5. Teringat ibu dan anak kucing yang mati digilis jiran sebelah rumah masa ibu anak cuba melarikan anaknya dari bapa anak kucing tersebut. huhu
    mood mengalirkan air mata. :’(
    Jom terjah post menarik dari HAdira Kifly ..Hujan Jatuh di Atas Gunung RinduMy Profile

  6. syukurlah ni ada yang mau merawatnya dan semoga ada yang berminat memeliharanya
    Jom terjah post menarik dari Ramzi ..Cara Membuat Halaman Laman / Page di Blogger – BlogspotMy Profile

  7. banyak sungguh anak kucing dalam sangkar tu
    meriah2 macam gathering.hehe
    Jom terjah post menarik dari Syahera ..Flora By Gucci Eau FraicheMy Profile

  8. sedih masa baca kali pertama kat phone..
    masih sedih bacva kali kedua kat pc..
    dayah sokong tindakan akak , biar mereka yg lebih mampu jaga…
    dan , akak dah usaha yg terbaik utk diorang..
    Jom terjah post menarik dari hidayah ..@FRIM , PerlisMy Profile

  9. seronok juga pelihara kucing ni..tapi kalau tuan punya badan rajin menjaga dan rajin make up memang sesuai..wahhh nanti nasib kucing2 jalanan akan terpelihara la..hehe..tahniah buat Omie Farm.
    Jom terjah post menarik dari Hafizul ..Desa Murni Batik Batu 6 Kuala TerengganuMy Profile

  10. mudah2an si kenit itu selamat.. huhuhu

    terasa gembira lah fulaks..
    Jom terjah post menarik dari maza ..Kejar-mengejar AmbulanMy Profile

  11. nanti dah besar boleh ganti curious cat yang agaknya nanti pencen..hehehe..

    murni sungguh usaha mereka yang berbesar hati membela nasib haiwan2 ni..nak memelihara kucing rasanya memang tak mungkin berlaku..kalau secara fizikal kita tak mampu nak membantu, tak salah kita menyumbang melalui apa cara sekalipun..

    p/s : rasanya ada tak negative talk yang akan cakap, “ala, kemanusiaan pada manusia pun tak terbuat nak kemanusiaan kat haiwan pulak” ??
    Jom terjah post menarik dari pipoq ..Melihat perkembangan anakMy Profile

  12. Lega rasa dihati apabila sudah jumpa rumah perlindungan sementara.
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Red Wok Restaurant destinasi makan makan di BangiMy Profile

  13. Usaha yang harus dipuji.
    Tersentuh gak hati.
    Jom terjah post menarik dari Affan Ruslan ..#WW : Admin-admin Kacak Busuk.orgMy Profile

  14. sedih pulak baca entri ni.. ibu kucing tu terima dgn kasih sayang.. rasa sebak je dalam hati.. harap2 Yīn & Yáng dapat membesar dengan baik dan sihat..
    Jom terjah post menarik dari Suraya ..Cinta Pertama dan Yang TerakhirMy Profile

  15. Rasa sebak lak bila baca ying n yang dapat ibu tumpang – Semoga Allah membalas kebaikan Kak Jie sekeluarga aminn…..
    Jom terjah post menarik dari azman ..Cara Samak Peralatan HotelMy Profile

  16. Ya Allah..sedihnya…kalaulah dekat,nak ja gi ambik baby kucing tu.Anis pun mmg tgh cari2 anak kucing utk bela kt umah ni.Tp dah baru pindah sini,xtau nk cari kt mana yg dekat2.
    Jom terjah post menarik dari anis ..Nah,penangan anak Malaysia!My Profile

  17. Tahniah kak jie atas usaha murni itu. Segolongan manusia memang hanya tahu menghakimi orang lain sedangkan diri sendiri masih huru-hara.
    Jom terjah post menarik dari hatiputera ..Alpha Lipid SD2: Program Turunkan Berat BadanMy Profile

Trackbacks

  1. Ragam si kucing mencuit hati - AkuBiomed says:

    [...] Tompok adalah kucing betina yang dibuang yang saya kutip. Pantang tikus atau cencorot lalu depan rumah esok akan mati selepas dikerjakan [...]

  2. [...] Saya tak pandai membela kucing baru lahir, sebab itulah bila terjumpa Ying & Yang saya terpaksa mencari ibu susuan mereka ( ibu tumpang ) .  Baca kisah Ying & Yang di entri ini – Mohon Tolong Yīn & Yáng  dan Yīn & Yáng Di Pusat Jagaan Kucing Omiey Home [...]

Titipkan Sebaris Kata, Bukti Kehadiranmu:

CommentLuv badge