Amboi Cikgu Panji, saya tak update sehari dah riuh tau… orang lain dah berminggu blog bersawang…( mcm makcik Combi tu ) Cikgu rindu nak pantau kerja sekolah anak murid ye.. Esok dah mula bertugas cikgu…opppp….Terengganu hari ini dah mula sekolah, kan.
Banyak sebab kenapa saya agak sibuk semalam. Taman tempat tinggal saya anjurkan Karnival RT. ( Rukun Tetangga )
Saya dan keluarga – adik ipar, kakak ipar, biras dan semua anak² termasuk anak saudara jual tepung kek , tepung goreng pisang, tepung goreng ayam -home made!
Saya masak 4 biji kek cokelat kukus. Habis kesemuanya. Maaf ye neeza, cuma gambar saja yang tinggal.
Karnival ini bukan saja disertai oleh penduduk taman dengan menjual berbagai barangan seperti makanan, minuman, kain baju tetapi disertai juga berbagai jabatan kerajaan dan pihak swasta seperti Bomba, Majlis Daerah, Wakil Insuran dan Kementerian Kesihatan. Suami saya menderma darah untuk kali yang ke – 6 dan Intan mendapat tempat ke-2 bagi pertandingan mewarna.
Ada juga sukaneka untuk kanak² dan ibubapa. Ada pertandingan gubahan bunga . Saya dan suami peserta bidan terjun bagi acara lari ikat kaki tetapi kami mendapat no. 1. Haha.. Jangan ingat makcik kantin ini dah tak ada stamina ye.. Juara Dunia Lari Ikat Kaki.
Korang juara apa? Lari dalam seluar…? he he he…
Adoilah… pagi ini bangun rasa cekang dan tegang seluruh badan, macam pakai SK-II pula..!
Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus (contohnya, perubatan, perundangan dan sebagainya yang berisiko) sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.
Post Lain Yang Berkaitan:


ooo…kita kat kelantan le
intan -erk..time tu tak rasa apa2 pun..mmg hari2 pun romantik mcm tu..hahahahaha
reez – itu snap jejauh..takut derang terliur :p
mz – Keluarga baju oren..
keluarga mana plak ni? keluarga pak malau atau kluarga cik kiah?
Sedapnye kek cokelat tu!!!!!!!!…
Hehehehee…
Nampak meriah sungguh K.Jie…
Yg part lari ikat kaki paling best! Romatika gitu. Kena peluk kuat2 baru leh menang..ahaks
Diya – kalau katogari terbuka utk semua peringkat umo, mama pun nak ikut gak.. he he he
kumpul semua tepung, balik buat kuih… harga barang dah mahal ni..
hehehehe.. tak nampak makcik kantin tu berlari..hahaha…
arsaili – mmg pun… best sebab adik beradik turut serta…
su – Betullah tu Su, rasa tegang seluruh kaki..sebenarnya dari mlm sebelum tu lagi dah buat persediaan..masak 2 biji kek, pagi2 kul 6 dah masak lagi 2 bii..lepas tu duduk kat Karnival sampai petang..kehulu kehilir..
seronok sgt bersukaneka…lupa segala beban harga minyak..hehehe
Lily – seronok sebab kita berkenal berjumpa bergurau bersenda dengan jiran tetangga kita..
Cikgu Panji – apa pula mengata… Cikgu kat T’ganu memang dah keja hari Ahad , kan… kami cuti lagi..hehehehehe
Combi dok isi tembolok dgn nasi minyak..kekekeke
bersungguh bebeno bebudak tu tiup tepung ye mama.
zino – mmg meriah sangat² kerana ianya anjuran sebuah Rukun Tetangga sebuah taman perumahan di daerah Hulu Selangor..bukan kawasan elit di KL.
BH – Selamat betugas cikgu…cuti dah abis ni..
Ramai betul cikgu kat sini..
kadang2 lupa..kadang2 je ingat..hehe
Neeza – Yup..tepung kek tu perlu di campur
3 biji telur
1 cawan minyak masak
kacau… lepas tu campurkan
1 cawan air panas
Kukus 1 jam. Boleh di campur 1 sudu nescafe utk sedapppp…
OOO… mengata ye. Ini menunjukkan Hidup biar sedap sentiasa di hati.Pagi, ptg saya dtg. Dlm kepala mesti ingat ada benda best yg nak baca. Combi takpe sbb dia dah bagi surat awal-awal.
sonoknya kak jie ada karnival mcm nih ..
meriah la !!
bes besss
Salam K’Jie…
Hehehe… itu baru ala-ala pakai SK-II, kalau ada sukan lumba lompat katak, mesti ala-ala pakai masker telor putih, tak leh bangun katil sbb semua sendi macam terkunci je.
salam..wow happening jer
meriah betul karnival tu Kak Jie.. menang lari ikat kaki lagi tu.. bestnyaa.. sambil lari, sambil peluk pinggang che’ abang hehee…
bestnya nampak cake coklat Kak Jie.. hitam gelap color dia.. yuummmyyyy!!!
Kak Jie jual tepung cake? kiranya bancuh terus kukus ke tu? menarik tu.. senang la kan.. untuk orang malas cam neeza ni hehee…
Amalkan senaman 20 minit setiap sesi, 3 kali seminggu yer???
Hehehehe…
Ni dok nasihat kat dr sendirik gak…
pasti meriah tu..