Rindukan saya….
Cuti-cuti Malaysia, Perayaan May 26th, 20088.00 pagi.
Hentian Duta, Kuala Lumpur.
Mengikut jadual saya akan menaiki bas Bas Transnasional dari Hentian Duta ke Baling. Balik kampung bercuti dengan anak². Suami saya tidak dapat bercuti dan saya teramat malas untuk memandu. Kali terakhir saya balik , saya telah memandu sejauh 1161KM. Kali ini saya akan balik dengan bas dan kembali semula dengan keretapi. Kali terkahir kami berkeretapi adalah pulang dari Langkawi 3 tahun dulu.
Sebenarnya…. jika saya kembali semula berblogging petang ini, itu bermakna saya TIDAK DAPAT MENAIKI BAS!! Panjang ceritanya tetapi biarlah saya jadikan cerpen sahaja.
Suami saya telah membeli tiket untuk 3 dewasa dan 1 kanak² 2 minggu lepas. Nak dijadikan cerita, beg duit suami saya hilang termasuk tiket yang belum sempat diserahkan pada saya. Lapuran polis telah dibuat. Saya telah bertanya kerani tiket di kaunter Transnasional mengenai kes ini dan mengikut nasihatnya saya perlu bawa slip lapuran polis sebagai bukti sewaktu menaiki bas nanti. Dia tidak dapat mengeluarkan tiket gantian kerana takut terjadi pertindihan tempat duduk.
Kawan² blogger dan pengunjung semua..doakan semoga perkara ini dapat diselesaikan dengan baik dan saya selamat menaiki bas nanti ye..janganlah sampai saya terpaksa usung bag balik rumah semula, menonggeng berendam airmata ….huwaaa….. saya sudah berbayang² betapa indahnya menaiki feri yang penuh kenangan manis itu meredah selat utara selatan ke Pulau Mutiara!
Sekiranya blog ini tidak diupdate dalam tempuh yang agak lama itu bermakna saya sedang bersenang lenang menyedut udara segar di kampung atau berkubang mandi air panas di Ulu Lenggong atau pun sedang mengelus pipi yang disimbah tempias air laut di Pulau Mutiara.

Atau lebih kronik lagi, sila bayangkan saya menikmati mee udang Sungai Dua atau meneroka harumnya Nasi KandaQ kambing… Oh…Transnasional, jangan musnahkan angan tak sudahku ini….!!!!
Walaupun saya mempunyai kemudahan untuk berblogging dari mana sahaja, tetapi rasanya saya ingin menikmati cuti saya ini sepenuhnya.
Moga kita jumpa lagi ( itu pun kalau saya berjaya meloloskan diri menaiki bas )

May 26th, 2008 at 9:09 am
huhu. mama rehatlah semaksima mungkin… bleh blogging bile balik nnt…
btw, beg hasben mama dh jumpa ke?
May 26th, 2008 at 10:02 am
selamat bercuti kak jie!
May 26th, 2008 at 10:31 am
amboi akku nih..selamat bercuti ye..masa cuti sekolah ni mmg ramai amik kesempatan rehatkan diri..:)
May 26th, 2008 at 12:07 pm
ok tu…bawa bertenang…selamat bercuti…
May 26th, 2008 at 2:09 pm
hehehe…selamat bercuti….jgn jadi cam kami2 yang masih tengah stress dan ter’press’ dengan suasana hiruk pikuk KL ni…
May 26th, 2008 at 2:18 pm
Insya Allah - everything will be fine..Enjoy your holiday!!!!…ish jelessss
May 26th, 2008 at 2:18 pm
samat bercoti2 kujie. indah nampak nya gambar desa pingitan itu. x mo jemput pak cik dtg ke? ;)) hik hik hik
May 26th, 2008 at 2:46 pm
sila2 bercuti…:)
May 26th, 2008 at 3:00 pm
Bestnye balik kg.Saya dah dok/tinggal di kg, tak boleh balik kg lagi….berbelit2 pula ayat.
May 26th, 2008 at 4:46 pm
kim salam kat org baling semua…klu lalu kuala ketil kim salam kat akak saya kat simpang 4 tu ya…hehe!
May 26th, 2008 at 5:16 pm
selamat bercuti..have a nice holiday…nka ikutttttttttttt
May 26th, 2008 at 10:49 pm
selamat ber cuti kak,j
mpa d entry akn dtg..muahhxxx..
moga sealamt semuanyer..
May 27th, 2008 at 8:14 am
Selamat bercuti… moga2 dapat naik bas…:D
May 27th, 2008 at 1:00 pm
semoga kak jie berjaya meloloskan diri menaiki bas
May 27th, 2008 at 1:21 pm
Waaa…Makan angin…
Cuti-cuti msia…
Cuti skolah ngan anak-anak…
Huwargh…
Ini tidak adil..
Kak Kujie tipu!!!
May 27th, 2008 at 7:04 pm
semoga kak jie tak update blog petang ni..
hehehe… kalau kak Jie update blog, maknanya kak Jie tak dapat balik laaaa… sedih la pulak…
kak Jie enjoy lah puas2 ye… tenangkan fikiran dan badan…
semoga balik nanti, lebih happy
May 27th, 2008 at 10:25 pm
selamat bercuti kak jie!!!
May 27th, 2008 at 11:03 pm
Salam Jie, lama x usik2 Jie..wah balik kg ek..jauhnya..Jie org utara ke? Kak ummi pun asaii utara gak..Penang..hehe..selamat bercuti la noo..mmg sedap dpt makan Mee Udang Sg Dua tu..ish ish Char Kuey Teow kat Tg Gawai pun sedap..Best gak noo naik keteapi sesekali..penah naik zaman remaja dulu je..hehe..Selamat Bercuti la Jie nooo..biarpun tnpa suami, moga keseronokan nya tetap ada…Buleh laa bwk blk jeruk byk2 nnt..pas kat Ktn sikit naa..
May 28th, 2008 at 9:46 am
salam mama. hehe. diya dtg lagik. tapi, versi AA plak… ekeke. windu sama mama lah
btw, diya dh tunaikan permintaan maa 
May 28th, 2008 at 12:58 pm
cewah3…tu tgh mebjeleskan saya ler tuh…
tgh dok lepak tepi bendang ke??…
atau tgh dok ngadap nasi kandaq…
heheeh sungguh geram…!!
p/s: takperrr..sy pun nak cuti puas nx week…
May 29th, 2008 at 10:44 am
Happy holiday K.Jie…
Berjaya jugak akhirnya
May 29th, 2008 at 1:54 pm
dah bercuti?
May 29th, 2008 at 3:07 pm
selamat cuti2 kak jie!!

May 29th, 2008 at 11:22 pm
best arrr kak jie balik kedah, mee sg udang, gunung ganang Baling
May 30th, 2008 at 2:05 am
selamat pergi dan selamat pulang kak jie ..
moga semuanya berjalan lancar

May 30th, 2008 at 5:31 pm
pssttt .. ayat last skali tu salah tu ;)) kalo tak lolos naik bas sure gerenti wajib dah jumpa di sini kembali :p
*pemeriksa kanun bahasa negara - kunun nya lah kan*
May 31st, 2008 at 11:13 am
diya, mama ranggie , faisal, kemam-sagok , umi mia, neomesuff , mz, muadzlife, cikgu panji, kailan, lady d, pu2nemo, fikriah, jiji, bani hassim, neeza, arin,ummi,intan, maksu, ziana, zany, lily - terikamasih semua…saya selamat sampai ke kampung tepat jam 2.30 petang 26/5/2008.
perjalanan yg selesa dan sangat besttttt…..
mak ayah pun sihat,ayam itik pun sama…
May 31st, 2008 at 11:15 am
mz - iyolah pakcik…saya dah lolos sampai ke penang nun ha…..