Dalam kesemua platform tersebut, saya paling lama menggunakan blogspot. Blog pertama saya http://daribalingkeserendah.blogspot.com bertahan hanya 9 bulan. Belum sempat menyambut ulangtahun pertama, blog tersebut hilang dipenghujung April 2007 bersama akaun gmail yang invalid.
02-05-2007 saya create semula blog dengan alamat http://kujie2.blogspot.com. Saya mengecapi musim-musim indah di sini dan yang tidak dapat saya lupa bila ranking technorati saya berada pada kedudukan 8,800 !
Saya setiasa ingin menjagi makcik yang up to date dengan internet, sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru sehingga saya membaca sebuah blog . Katanya menggunakankan WordPress adalah seperti mengidap di suite mewah hotel 5 bintang.
Saya sering sakit hati bila membaca blog beliau, sangat berlagak ! Tetapi saya perlu mengucapkan terimakasih kepada En. Mail kerana telah menyedarkan saya untuk berada pada kedudukan sekarang.
untuk semua kesedihan yang ku pendam,
untuk semua air mata yang menitis diam-diam
semua tak terucap hingga tak terjawab,
biarlah rasa ini ku pendam didada.
biarlah….
Supaya tidak ada rasa sakit di hati kerana mengingat kejelekkan seseorang hanya menimbulkan penyakit hati seperti dendam dan benci. Kalau pun cinta harus berlalu .. biarlah menjadi kenangan indah dan jangan sampai ‘mengotori’ hati ini dengan penyakit hati
Itu iklan sebabak saja..tiada kena mengena.
Walaupun benci dan geram saya tetap memjadi pembaca senyap blog beliau kerana gaya penulisan yang jujur dan berterus terang walaupun menikam di qalbu ( kalbu – anjing ) . Penghantaran maklumat itu mengalirkan tindakbalas kimia dan interaksi antara sel-sel otak saya yang dipenuhi nutrien DHA ( Asid Dokosaheksanoik ) yang sihat .
Saya khatam entri beliau mulakan blog denan wordpress bahagian 1 dan mulakan blog dengan wordpress bahagian 2 dengan sekali nafas. Saya temui segala maklumat bagaimana nak beli hosting & domain, cara untuk pasang wordpress (Manual & Automatik) dan di sinilah jugalah saya kenal apa itu Fantastico dan cPanel.
Perasaan geram dan sakit hati itu saya terjemahkan dalam bentuk yang positif. Saya sahut cabaran tersebut dengan mendaftar domain dan hosting sendiri. Waktu itu saya berhubung dengan Arm yang menolong saya mengsetupkan blog ini dengan FOC. Sebelum ini saya sering menolong/ membimbing blogger² baru untuk memulakan blog mereka dan pada waktu tersebut, tibalah harinya Allah mengirimkan seseorang untuk menolong saya.
Terimakasih juga kepada pengantin baru, Ikoko-san yang tanpa jemu melayan YM saya bertanya itu ini. Maaf kerana mencuri banyak masa hujung minggunya. My sweet compliments ini juga untuk Perindu yang menjadi blogger pertama menemui rumah baru saya ini.
What you give you get back!
Ada satu ketika, saya mengalami masalah read more yang melurut seperti helaian kertas A4 di sirami hujan. Tanpa silu saya akan mohon bantuan dan selalunya ramai yang sudi membantu termasuklah life2hire . Dia banyak menyelesaikan beberapa masalah saya termasuk juga KM dari Sembang Komputer yang tidak pernah serik melayan berbagai soal jawap saya.
Makcik ini tak pernah puas dengan apa yang ada. Setelah menggunakan theme putih hijau , teringin pula menggunakan theme magazine. Saya telah mencuba install theme magazine berbulan-bulan tetapi gagal menemui jalan penyelesaian.
Seperti selalu, saya tanpa segan silu akan buat posting SOS mohon bantuan dalam kadar segera. Cepat saja respon dari life4hire dan AzmanIshak @ kreuger dan Perindu. Mereka ini makhluk Tuhan Paling Seksi yang berhati mulia.
Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin laluYang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa
Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan beribu-ribu lemon kepada semua Teman Tapi Mesra yang tidak pernah jemu berulang alik memberi komen pada setiap posting saya. Terimakasih juga untuk pengunjung sengap yang singgah di blog ini.
Saya sangat-sangat menghargainya. Terimakasih AzmanIshak @ kreuger yang bertungkus lumus menyelesaikan beberapa error untuk theme ini.
“Kak Jie nak ape….nanti saya buat entri khas tutorial tu ye…” - seronok dapat msg seperti ni..la la la…la..![]()
©Kujie – Saya akan berada di kawasan Bentong hari ini… selamat berhujung minggu.
Post Lain Yang Berkaitan:


Salam kakjie
terima kasih kembali.. segala puji buat yang berhak amin
Semoga terus mencoret kisah di laman ini
@perindu, Puji Allah bagi Allah
Puji Allah bagi makhluk
Puji makhluk bagi Allah
Puji makhluk bagi makhluk
Assalamualaikum,
selamat ulang tahun blog ye kak
@muhammad fakhruddin, terimakasih kerana sudi bersama Kak Jie
alamak… knape plak name aku tercatat kat sini… kekeke
segan la akak.. aku tulong cume nak memahirkan diri sendiri jugak.
hari ni akak susah… besok besok aku plak..
kene balnce perkara susah dan senang kalau kita ni sedar
yang hidup kite selalu susah… hehehe.
ape ape pon.. template ni masih lagi ade error.
insyaallah.. aku akan segera mencarik masalahnye nanti…
P/S:- terer jugak akak tambah code nuffnang kat template…
RESPECTEDDDD!!!!
.-= Kreuger´s last blog ..Harian Metro: Tak Kawal Blogger =-.
@Kreuger, Man, terimakasih kerana melayan kerenah kak jie yang tak tetap pendirian ni…hahaha..niat nak berubah tapi jiwa kacau.
Kak Jie ni jenis simple & clean…layout tu dah suka tapi mcm berat sgt dgn jiwa kak jie yang ringan mcm gula2 kapas ni…border tu berat….nnt kena haluskan lagi
mgkn kak jie akan ambil masa utk make up …dan buat kemunculan semula.
Salam, menarik theme baru kak Jie ni. Sedap je mata memandang, pandang sekali memang tak cukup.
tapi kenapa purple?
@emme, kenapa purple
erk….tgok hari ni dah kaler lain….
selamat ulang tahun blog mama jie!
.-= fiezabaiduri´s last blog ..Award : Ina =-.
@fiezabaiduri, terimakasih..tak de adiah ke?
sonok baca post kak jie everday….
.-= hazman aka species1980´s last blog ..Pelindung dan fungsi fon telinga =-.
@hazman aka species1980, kadang2 ada juga ‘writer’s block ‘
Salam Kak Jie. Entri Kak Jie selalu beri inspirasi kpd semua, ibarat sebuah stesen tv yg sambut anniversarry ke25 bulan ni.
Keep it up Kak Jie. You rock!!!
@intan, 25?
Bayangkan kak jie mcm nenek dok update blog..hehehe
Uwaaaa………….. napa gambor Tie jadi monster ??
.-= Tie´s last blog ..Selamat Hari Bapa =-.
Waaakakaka………… tersilap tulis email rupanya, ekekeke…………
.-= Tie´s last blog ..Selamat Hari Bapa =-.
Waaa…………… memang musim anniversary….. hehe…………
Macam berjanji je start blogging bulan June, ek!
.-= Tie´s last blog ..Selamat Hari Bapa =-.
jadinya sekarang ni confirm la pakai theme yang ini…
shay pun teringin nak pakai WP tapi nak beli hosting tu la sakit kepala….
.-= shay´s last blog ..HIMPUNAN video dak AIMI =-.
salam.kakjie, xdpt ke emel saya? da 3 emel sy htr… ape pnyelesaian utk mslh mag theme tu ye?
wah…wah…wah…. satu peningkatan yang sangat membanggakan. Tahniah
.-= cikgu panji´s last blog ..Makan Kepala?? =-.
syabas la kak jie..
kak jie merupakan salah satu pjan punya mentor (dalam senyap)..heheh memang betul kadang2 meluat gak baca blog si mail tuh sebab semua cam dia hebat je..tapi takpe sebab apa yang dia tulis tuh memang dari hati dia yang ikhlas lagipun tuh kan blog dia..cuma sedikit teguran la..kalo tak suka sesuatu tuh jangan la sampai menjatuhkan hingga terduduk dan kalau suka sesuatu tu pulak jgn la junjung sampai melangit.
.-= pjan´s last blog ..OST Zati & Mawas =-.
kak jie anda mmg seorang blogger tegar ,teruskan..
Haha..sekali pndang daripaad jauh
ingatkan tersesat td
rupanay baru pndah umah baru
so..kepada penguna blogspot yang tegar..mari ikuti saranan kak kujie itu..hehe
selamat ulang tahun!
jangan pernah mengalah…
.-= Lan Bingka´s last blog ..Peluang Kerja =-.
salam tahniah ulang tahun pertama…
Happy aniversary to the blog dot com…..keep on blogging…..
.-= hazman aka species1980´s last blog ..Pelindung dan fungsi fon telinga =-.
waaahhh.. tahniah kak jie. bila la aku nk merasa ada domain dn hosting sendiri. kekekeke. pemalas sungguh nk daftarlah.
blog menyatukan kita dlm persahabatan tanpa sempadan.
Terkezut jap tadi. Ingat dah salah blog. Tahniah atas kejayaan dan semoga berjaya in your future undertaking (ucapan fav zaman sekolah dulu)
.-= kruel74´s last blog ..Don’t know why I need the morning paper… =-.
Fuiyooo… semakin lama semakin canggih makcik ni… he he he. Tahniah Jie.
hehe… blog kak jie mmg menarik utk dibaca… hehe sy pun rajin la datang melayan blog kak jie nie
itulah kehebatan komuniti blog negara kita. masih ada insan-insan berjiwa mulia dan bukan mengharap semata-mata ganjaran.
.-= megat´s last blog ..Lesen Karpersky Internet Security 2009, Iklan Nuffnang! =-.
@megat, betul tu..ramai yg membantu tanpa fikirkan ganjaran wang ringgit..moga khidmat mereka itu mendapat ganjaran setimpal di akhirat
berpinor2 mato den, ..
cubo menyelak empat huruf di atas sanun.. tapi tak jumpo………huhhu
m.a.z.a
uwakkkkkk
@maza, cuba klik kat lin ‘Teman Tapi Mesra’ tu..ade tak
kini kau bersayap pergilah terbang,
rentas lah langit cita-citamu,
harap nanti kita kan bertemu.
Selamat ulang tahun utk blog ni. Semoga kak jie terus unggul ahaks… jgn lupa yati sudey
.-= yati´s last blog ..TApi Dan Tapi =-.
@yati, anggun dan bergaya
kalau korang tak dtg..lama2 hilang juga mood nk berblog
kadang2 tgok kawan2 bagi sokongan , rasa bersemangan utk hari esok
Tahniah…semoga tetap ngetop… terima kasih sebagai otai yg sudi beri bantuan blogger veteran tapi tak pandai2 hahaa.. malas belajar, nanti kena pulas telinga
baru jer nak off laptop tetiba nampak update.. singgah dulu lah walau pun mata dah ngantuk. blog sendiri tak larat nak update, esok ada kenduri pula…oh Iza kena menyibuk di sana.. selamat malam kak jie..
.-= iza´s last blog ..Beijing…kembara penuh kenangan… =-.
@iza, entri ni sebenarnya di schedulekan…so..masa iza tgok ade update tu..kak jie tgh berdengkor..hehehe
epi anibeseri blog mama
adakah hati sudah terisi?
@cmd, sudahkan…tajuk dah ckp ..lepas setahun..hehehe
indah nya dunia internet..kalau kita tersesat, ramai yang sudi membantu..
@arin, kita kenalah jadi org yg baik dulu..baru kita akan dpt balasan baik..hehehe