Air Terjun Jelawang Gunung Stong Dabong

Cuti lepas, sewaktu melalui Lebuh Raya Timur Barat dari Baling untuk balik ke tempat kerja suami di Tasik Kenyir, kami melalui Dabong. Kali pertama melalui Lebuh Raya Timur Barat dulu kami melalui Kota Bharu, bercuti semalamam sebelum meneruskan perjalanan ke Hulu Terengganu.

Kali ini kami melalui lain lain iaitu  jalan  Jeli – Dabong dan Sungai Sam.

Jalan Jeli - Dabong - Sungai Sam
Bagi yang tak biasa melalui jalan raya persekutuan , beginilah keadaan jalannya. Kecil dan sunyi bukan seperti lebih raya.  Jadi jangan terkejut kalau laluan yang tak pernah kita pergi itu boleh buat pengambaran sambil baring-baring  atau planking.

Sepanjang jalan  kita akan dihidangkan dengan kehijauan bukit bakau, langit yang biru bersama awan putih menggebu. Kita akan jumpa beberapa nama kampung yang unik dan menarik perhatian seperti Kuala Balah, Kampung Pak Abu, Kampung Slow Pak Long, Kampung Slow Temiang dan lain-lain.

Selepas Kampung Sungai Batu, dari jauh mata akan terpandang arah air terjun di atas Gunung Stong .  Lokasinya di Dabong iaitu sebuah pekan kecil yang terletak di Gua Musang, Kelantan.  Kalau dari arah pekan Dabong, air terjun ini boleh dilihat beberapa kilometer jauhnya.

 Air Terjun Jelawang

Tak jauh dari jalan utama, kira-kira 500 meter adalah Air Terjun Jelawang yang terletak di dalam Taman Negara Gunung Stong  ( Gunung Stong State Park (GSSP).

Gunung Stong setinggi 1433 meter merupakan puncak yang tertinggi di Kelantan teletak di dalam hutan simpan Dabong.  Terdapat 7 air terjun di Taman Negara Gunung Stong dan Air Terjun Jelawang setinggi 303 meter dari aras laut merupakan ait terjun tertinggi di Asia Tenggara.  Air terjun yang paling tinggi berada dari aras laut.

Kami hanya singgah dalam perjalanan, sekadar melihat disekitar lata air terjun di kaki Gunung Stong.  Terdapat surau, bilik air, gerai makan dan resort di kaki Gunung Stong.

Sebelum memulakan pendaki, pelawat perlu mendaftar di kaunter dan dikenakan tiket RM2 seorang.

Stesen Keretapi Dabong
Selain jalan raya, Dabong boleh dikunjungi melalui keretapi yang akan melalui Stesen Keretapi Dabong.

Pelawat boleh boleh menginap di Rumah Rehat Majlis Daerah Dabong yang terletak kira-kira 500 meter dari stesen keretapi. Harga sewanya antara RM 20 – RM 60 bergantung kepada bilik yang berlainan saiz.  Boleh hubungi Pak Din : 09-9663345. ( sumber : Majlis Daerah Dabong )

Selain Taman Negara Gunung Stong, Dabong juga memiliki tempat menarik lain yang boleh dikunjungi seperti Gunung Ayam, Gua Ikan,Lata Kertas dan Air Terjun Lata Rek.

Sesiapa yang melalui jalan ini, ambil masa untuk mendekati keindahan Air Terjun Jelawang ini.

Bagi mereka yang berminat mendaki, boleh masukkan Gunung Stong didalam lokasi yang mesti dikunjungi.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. air terjunnya tinggi juga
    Jom terjah post menarik dari Jefry ..Cara Membuat Sabun Mandi Padat NaturalMy Profile

  2. lokasinya2 masih sangat rindang dan asri, dipenuhi banyak semak dan pepohonan hijau, bikin mata jadi segar. btw Kak Jie tidak menyempatkan mampir ke air terjun itu ya ??
    Jom terjah post menarik dari Rina ..How To Get and Create a Free Blog From .Edu DomainMy Profile

  3. suke benar ambe tengok gambar2 yg kak jie kongsi…mmg rasa “ada jiwa”

    belum pernah lalu ikut dabong ni..tunggu anak2 besor2 sikit..hehehe
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Hargai Kesihatan Buah Pinggang AndaMy Profile

  4. Air terjun stong pun popular di kalangan tourist mat saleh tau. Tempat menarik tu

  5. waa bestnya. Saya suka sangat air terjun. Tapi saya tak pernah sampai lagi ke Kelantan. Bila la rezeki ke sana huhu
    Jom terjah post menarik dari Bidadari ..Wanita : Tips Kembali Bekerja Setelah Melahirkan AnakMy Profile

  6. suka suasana di Dabong melalui penceritaan di blog ini. dengarnya cikgu-cikgu yg bertugas di sini kena bangun awal pagi bagi memulakan satu perjalanan ke sekolah pada hari berkenaan……
    Jom terjah post menarik dari sukma ..Apakah Tanda Dan Gejala Kesan Jerebu Kepada KesihatanMy Profile

    • betul betul.. kami ambil masa masuk persimpangan ke stesen keretapi kerana tahu cerita2 mengenai kesusahan, perngangkutan kat sana… singgah masjlid
      mgkn sebab kami ni jenis nak selidik je nak tau je apa benda yg dijumpa…biasalah perjalanan tu ada mcm2 cerita

  7. air terjun dabong antara yg terkenal kat kelantan..
    Jom terjah post menarik dari Wan Fauzi™ ..Demontrasi Mesir “Hamlah Tamarud”My Profile

  8. dabongg!! even sy ore kelate ni pon tak pernah sampai situ lg… thanx for this entry kakjie
    Jom terjah post menarik dari cikcloudy ..The Apprentice Asia Episode 5: Nik Got Fired!My Profile

  9. Semasa remaja dulu, penah gak daki gunung stong tu…memang terbaik air terjun tu..dulu sebelum nak daki, kena naik sampan..mungkin sekarang dah ada jambatan…

    • oooo… tak pasti ada sampan ke tidak sebab tak mendaki pun
      kami lalu area situ je.. pertama kali melalui laluan ni
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Gajah Menetek Di Tasik KenyirMy Profile

    • dulu sampan tu lps turun dr kereta api dabong menuju ke seberang tuk ke jelawang gunung stong tu dgn menaiki van/kereta tambang.
      sekarang xlg sbb dh ada jmbatan.

  10. Sungguh asing tempat ni….tapi udara segar…kalau tak ada hal,mmg tak sampai la kat Dabong ni…

    • kebanyakkan orang ke Kelantan, jadi dia org lalu Jeli – KB
      kami nak ke Hulu Terengganu, cuba laluan ni utk pertama kali
      seronok sebab akan nampak view yang bukan biasa kita nampak
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Gajah Menetek Di Tasik KenyirMy Profile

  11. tak baring lagi ke kat tengah jalan??
    Jom terjah post menarik dari titan ..Apa benda sebenarnya KakaoTalk ni?My Profile

  12. wahhhh madam, sakkan menyejukkan mata ya, cantik bila hijau di sana sini hehe

  13. tinggi benor…kalau bawak anak2 kecik payah gak ni…tp nmpk seronok
    Jom terjah post menarik dari Alin Marlini ..Selamat Hari Lahir Adik TengahMy Profile

  14. Dah ke sana…hampir 20 tahun yang lepas.
    Jom terjah post menarik dari TR ..Harga Tiket Genting Highlands Theme Park 2013My Profile

  15. tenang je pemandangan tue kan.. hijau je~
    Jom terjah post menarik dari fyna ..Review Blog Bersama : http://www.mindasyukri.comMy Profile

  16. Tinggi betul kedudukan air terjun.
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Rasa Kampung Buffet Tropicana Golf & Country ClubMy Profile

  17. dalam gambar tu nampak rumah pencawang api yg di panggil SSU Dabong, itu salah satu tempat saya berkerja di kawasan Dabong ni. Dari situ nampak air terjun Stong yg seakan2 muka org sedang menangis.
    Jom terjah post menarik dari haritzer ..Country Vs ClubMy Profile

  18. wahhhhhhhhhhhhhhh…. ada gambor lebih dekat tak?
    Jom terjah post menarik dari rohaizad ..Cinta orang dulu-dulu… di zaman sekarang.My Profile

  19. Saya yang dulu dah bertahun2 dok Kelantan tak pernah lagi sampai tempat ni.. Sekarang dah keluar dari Kelantan memang takde peluang dah nak pergi..
    Jom terjah post menarik dari Anarm ..Download Aplikasi Android Chef Jo di Google PlayMy Profile

  20. Lawo gambar. 🙂

    Seronoklah Kak Kujie travel ya. 😉
    Jom terjah post menarik dari Asyrof – Blogger Tanah Arab ..Koleksi Gambar Hadiah Blogger Contest Tanah ArabMy Profile

  21. Ambo oghe klate pun dok sapa lagi kak
    Hehe
    Jom terjah post menarik dari cikgu naman ..Danish Genap Setahun Hari IniMy Profile