Air Terjun Serendah Dan Perigi Tujuh Serendah

Air Terjun Serendah adalah  antara tempat menarik untuk dilawati , untuk ke tempat lain sila klik sini – Tempat Menarik Untuk Dilawati

Serendah terletak di Daerah Hulu Selangor, lebih kurang 35 kilometer dari Kuala Lumpur. Kalau ikut Selayang, selepas melepasi Rawang kira-kira 10 kilometer.

Sampai di pekan Serendah, di sebelah kiri ada Balai Polis Serendah .  Selepas tu jumpa persimpangan lampu isyarat Kampung Dato’ Harun.  Masuk kanan di persimpangan ini.

lokasi ke air terjun serendah

Dari persimpangan Kampung Dato’ Harun ke Air Terjun Serendah kira-kira 4 kilometer. GPS Coordinate – 3.366042,101.636704

lokasi air terjun serendah

Selepas Taman Idaman, ambil laluan ke arah Kampung Orang Asli / Pusat Serenti Serendah.

Air Terjun Serendah

5 minit memandu melalui perkampungan orang asli, sampailah ke lokasi Air Terjun Serendah atau lebih dikenali sebagai Templer Kai dikalangan penduduk tempatan.  Di sini ada gerai, tapak perkhemahan, taman permainan untuk anak-anak  juga tandas yang bersih.

Jangan memandu terlalu tergesa-gesa, ambil masa untuk menikmati kehijauan hutan, pemandangan rumah² penduduk orang asli, tasik , air terjun di jambatan hadapan Pusat Serenti atau sebelum balik singgahlah di Perigi Tujuh Serendah (Seven Wells)

perigi tujuh serendah

Dekat je , kan………… apa lagi?  Bawalah anak-anak berkubang hujung minggu ni.

 

  1. Pingback: Air Terjun Serendah | AI MEDIA NETWORK

  2. Pingback: Beraya dengan blogger kujie2.com | Puanbee.Com

  3. Pingback: Hubungan Blogger Di Luar Talian | Hidup Biar Sedap

  4. Pingback: Bersih Di Sungai Kedondong | Hidup Biar Sedap

  5. ok tak airnya kak jie? jarang lalu situ. lau bandingkan air ulu yam atau sg sendat dgn yg ni mana lagi best dan lebih sesuai utk anak kecil? tima kasih
    Jom terjah post menarik dari fiezaradzi ..PenatMy Profile

    • jalan nak pi air terjun ni bertar – ada tempat letak kereta lagi.
      memang selesa dan mudah nak sampai sini
      bawa bekal bentang tikar , ada tapak perkhemahan…. air pun tak deras
      anak2 boleh mandi , tak de la risau sgt

      owh…………. ada jambatan!
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Pasar Karat Stadium Shah AlamMy Profile

    • ait.. kan kat pantai timur lagi banyak pantai2 best… tapi beza pantai di pantai timur dan pantai di pantai barat – kt pantai timur gerun nak mandi2… cuma boleh dinikmati dgn mata. ombak kuat.

      kalau kat pantai barat sebab selat…. selesa utk mandi manda.

      kalau dtg dekat2 situ, jgn lupa roger2.

      • Yup, memang banyak pantai best2, cuma biasanya kalau kat sini, saya lebih suka cari pulau, baru lerh mandi dengan tenang… air tenang jer… hehehe… cuma kalau tiap kali nak gi pulau, jenuh aa plaks…

        InsyaALLAH kak jie, kalau saya gi sana nanti saya roger…
        Jom terjah post menarik dari Eizil ..Teknologi yang menyusahkan pengguna?My Profile

  6. Bila agak-agak kak jie nak pergi? boleh berkelah bersama-sama family saya.Dalam minggu ni(hari ni tak lah kut)

    * dah lama tak buat terapi air terjun.Biarkan air terjun jatuh atas kepala bagi sejuk sikit otak nih 🙂 🙂
    Jom terjah post menarik dari azman ..Milo Ais RM 3.50My Profile

    • he he he… pergi air terjun mcm ni, jarang nak plan
      tetiba tergerak hati je.. jom
      ada masa2 org yg jaga air terjun tu tak bagi pergi dekat, pergi bawah air terjun
      tgok keadaan air dan musimlah.

    • tempat tak curam…kalau yg lasak tu bolehlah naik lagi tinggi
      kalau yg bawa anak2, keluarga..kt bahagian bawah tu dah selesa
      sesuai utk anak2..tak bahaya