Apa yang best kat Penang?

Apa yang menarik kalau ke Pulau PInang?
Banyak… kena ambil masa 3-4 hari menjelajah baru puas. Saya suka bangunan, suka persekitaran di sini. Saya kurang suka pantai berbanding kesenian bangunan ketinggalan sejarah.

Dah banyak kali ke Pulau Pinang sebab saya pun orang Kedah tetapi ikut media trip adalah satu pengalaman berbeza. Selalu bercuti bersama keluarga tetapi kali ini atas urusan kerja.

Apa yang best kat Penang?  Soalan kerap ditanya.

briyani kambing
Nasi Briyani Kambing. Selepas check ini, kami terus keluar makan di Kapitan, Chulan Street depan Nagore Dargah Sharif. Kali kedua saya ke Kapitan, kali pertama dibawa Yonna bulan Mac lepas. Baca Mural Street Art Georgetown

Selain itu, nasi kandar juga sangat popular di Pulau Pinang. Saya bukan pengemar kari dan makanan berkuah, cuma ambil ayam tandori sahaja.

jeruk buah pala
Produk dari buah pala adalah satu lagi trendmark Pulau Pinang. Saya sendiri tidak pasti kenapa buah pala tidak dijual di luar pulau, di Seberang Perai pun susah nak jumpa. Saya pernah naik feri semata-mata untuk beli buah pala dan balik semula ke seberang.

Jeruk memang ole-ole yang paling sesuai untuk dibawa balik.

Penang Street Art, Wall Painting

Street Art dengan lukisan mural, grafiti yang menarik menghiasi beberapa bangunan di celah lorong atau sudut tak terjangka.

komtar
Komtar ( Kompleks Tun Abdul Razak ), satu lagi icon Pulau Pinang menjadi bangunan paling tinggi sejak dibuka pada tahun 1985

Teochew Chendol
Penang Road Famous, Teochew Chendol- cari ‘jendol’ untuk lepaskan hajat Karen.

feri pulau pinang
Keistimewaan tersediri di Pulau Pinang adalah perkhidmatan feri. Kalau ke bahagian pulau melalui jambatan, balik gunalah feri supaya berpeluang merasai pengalaman tersebut.

Sebenarnya ada banyak lagi yang menarik di Pulau Pinang, kami hanya berada di tengah pusat bandar untuk pengambaran.  Kalau ada masa boleh menjelajah di kawasan Balik Pulau atau sekitar pantai.

pulau pinang

Antara lorong dan kehidupan – bagi peminat Street photography , Pulau Pinang ada banyak sudut yang menarik untuk diabadikan.

  1. Assalam..
    actually, saya ter’link’ke blog akak bila baca entry ben ashaari.
    suke bila baca blog akak…
    InsyaAllah, sy akan jd silent reader blog akak lepas ni 🙂
    Sy pernah belaja di Jalan Burma, Georgetown, Penang selama 3 tahun dan dah lebih 10 tahun sy tak jejak ke sana..dan entry akak ni buat sy rindu pada penang…

  2. Walaupun setahun 2-3 kali saya melintasi Tanah Besar Pualau Pinang tetapi tak pernah saya menjengah ke bahagian pulaunya. Kali terakhir pergi masa saya umur 12 tahun. Faktor utama saya tidak memusingkan stereng kereta ke sana adalah bila terpaksa berhadapan jalan2 yg agak mencabar bagi saya. Mau sesat barat kak.
    Jom terjah post menarik dari JunAina ..Rindu Sarat Di HatiMy Profile

  3. pernah bercuti sekali ke Pulau Pinang dengan keluarga sebelum nih , sana syurga makanan dan banyak juga tempat menarik…cuma memandu di sana agak mencabar…
    Jom terjah post menarik dari papa mifz ..Seni KakiMy Profile