Jalan Alternatif Ban Canal

jalan terusan utama
Semalam saya balik kampung satu hari berdua dengan suami. Suami saya cuti 3 hari, malam ni dah balik Hulu Terengganu.

Biasanya kami ikut laluan pantai – melalui Tol Bukit Tagar, UNISEL – Tanjong Karang – Sekinchan – Sungai Besar dan Sabak Bernam. Kali ini kami ikut laluan tepi  terusan utama/ tali air.

Kalau jalan di Sekinchan atau Tanjung Karang sesak teruk, ini adalah alternatif yang boleh digunakan.

Terusan Utama Sungai Sireh

Terusan Besar Sungai Sireh, Tanjung Karang.  Penduduk tempatan panggil Ban Canal atau Bankènal ( sebutannya Keynal)

Ban Canal Tanjung Karang

Dulu pintu air yang merentasi Sungai Tengi ini adalah laluan sempit selorong tetapi sekarang telah dibesarkan dengan laluan 2 lorong.

rumah burung walit

Banglo mewah burung walet / swiftlet di kawasan Sungai Burung.

penanaman padi di Tanjong Karang

Padi dah mula menguning, hasil akan dituai tak lama lagi. Sekawan bangau berderet di tali air.

Nampak dalam gambar ini selain pokok padi?  Deretan anak jagung bersusun dan anak pokok keladi yang baru disemai.  Tiap ruang akan mengeluarkan hasil tidak lama lagi.  Berbudi kepada tanah, itulah ganjarannya

bangau ditengah sawah

Putih bangau berlatarkan hijau kekuningan sawah.   Cuaca petang yang mendung, kalau siang panas terik mesti langit biru dan sawah hijau kekuningan akan terbitkan panorama indah yang mempersonakan.

rumah tepi sawah
Rumah siapa ni?  Seronoknya….

 Perjalanan balik kampung yang sangat santai dan kami berhenti di satu tapak pasar petang untuk makan satay ditepi terusan utama.

“berdua saja….? anak-anak mana?” tegur ramah seorang peniaga.

“anak-anak dah besar… kami berdua saja”

“untung tengok orang muda-muda  anak dah besar….”

Owh… perkataan muda tu rasa menambah ceria cinta yang mengebu-gebu saat berdua menjelajah seperti ini.

Pantai Bagan Nakhoda Omar (BNO)

Pantai Bagan Nakhoda Omar, kami panggil BNO.

Bila waktu air surut , bot dan sampan akan keluar masuk melalui kawasan yang lebih dalam yang ditanda dengan pancang kayu sepanjang laluan sebagai sempadan panduan kepada nelayan.

 

 

Nota :  semua gambar diambil menggunakan S3.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. cantik betul kawasan sekinchan ni ya.

    SIap ada terusan lagi
    Jom terjah post menarik dari Mazni Azmi ..Beli Tudung Online Koleksi Labuh Bidang 60 Inspirasi HanaMy Profile

  2. Masuk ikut mana kalau dari jalan utama, nak lalu jalan belakang tu…?
    Jom terjah post menarik dari Mohd Shubhi ..7 kepercayaan karut yang buat anda tak berniagaMy Profile

  3. Emm seronok kan balik kampung lalu pulak pemandangan yang indah macam ni..hehe
    Jom terjah post menarik dari Hafizul ..Contest SEO EridyMy Profile

  4. Musim hujan perlu hati lalu kerana air parit melimpah ke jalan raya.

  5. Kak jie,
    Gambar rumah burung walet spt suasana di overseas gitu…hehe
    Jom terjah post menarik dari Naimah Wahab ..Kebaikan OmegaGuard Untuk Semua OrangMy Profile

  6. Kalau orang jual satay tu tegur macam tu..nak kena pi singgah situ jugaklah..tengok apa pulak dia kata..hehe
    Jom terjah post menarik dari Hairul Azni ..Terkini Keadaan Banjir Di Kuantan 2013My Profile

  7. pandangan memang cantik!
    Jom terjah post menarik dari Bahrain ..Majlis Konvokesyen USIM ke-11My Profile

  8. subhanallah…cantiknya gambar akak…
    tak terkata bila tengok..
    psst kak.. ada typo tang pokok selain padi tu.. cer tengok.. 😉
    Jom terjah post menarik dari rozita ..Musim Tengkujuh bermula!My Profile

    • terima kasih – dah dibetulkan. semalam tengah dok upadate entri , elektrik terputus. terus tido tak checking pun.

      kak jie suka alam..suka gambar pokok…kebanyakkan gambar adalah view pemandangan.

      guna kamera telefon saja..sebab malas nak usung dlsr
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Jalan Alternatif Ban Canal My Profile

  9. iya kak jie itu pemandangannya indah sekali hamparan padi yang menguning dan akan panen membuat suasana sejuk….

  10. Kita tengok rumah papan kecil di tepi sawah sebagai sangat mengujakan, damai tetapi bagi saya yang sah terbiasa dengan kebisingan sekejap mungkin rasa seronok lama2 mungkin akan ada satu perasaan sunyi…

    Gambar2 akak semua cantik2. Suatu hari mungkin saya boleh bersantai memandu ke daerah ini.
    Jom terjah post menarik dari JunAina ..GD Express Nasib Saya Tak BaikMy Profile

  11. waaahhh. bestnya k jie berchenta berdua jer dengan suami.

    p/s: gambar2 k jie memang kelas la…
    Jom terjah post menarik dari sohoque ..Contest SEO Eridy Pentas Menguji Ilmu SEOMy Profile

  12. rumah sebiji di tengah sawah tu macam biasa tempat shooting drama jer……cantik pemandangannya…..
    Jom terjah post menarik dari sukma ..PERCUMA CALENDAR 2014 BERGAMBAR SENDIRIMy Profile

  13. ni memang laluan alternatif saya dari dulu k.jie. masuk dari parit 4 kalau dari sg besar.

    dulu hujung jalan tu, atas empangan tu, cuma muat satu kereta je boleh lalu. saiz lak ngam-ngam je. tayar yg sport rim lebar sikit mesti sangkut.
    Jom terjah post menarik dari azwan ..Kuasa Politik Berada Di Mana SahajaMy Profile

  14. fuhh..cuti-cuti malaysia nih..
    Jom terjah post menarik dari titan ..Contest SEO EridyMy Profile

  15. seronoknya tengok gambar pemandangan alam. ada sawah padi. saya tak pernah lagi pergi area sini. cantik juga.
    Jom terjah post menarik dari Fadhil Husin ..Contest SEO EridyMy Profile