Berendam Di Kolam Air Panas Ulu Legong
Percutian

Berendam Di Kolam Air Panas Ulu Legong

Bagi orang Kedah, kalau sebut Ulu Legong, Baling akan sinonim dengan komunis. Sekitar tahun 70’an, kawasan ini digunakan oleh Angkatan Tentera Malaysia ( ATM ) sebagai markas operasi untuk memburu anggota komunis.

Masa saya masih bersekolah rendah tahun 70’an , setiap hari boleh melihat trak tentera dan melambai² anggota tentera yang berulang alik di sekitar jalan raya di kampung kami.

Pada tahun 1980 berlaku tragedi serangan komunis terhadap penduduk kampung di Ulu Legong dan seingat saya peristiwa terakhir yang terjadi adalah pada tahun 1981 apabila komunis telah menyerang hendap konvoi tentera sehingga mengorbankan 7 anggota.

Tahun 1981 saya di Tingkatan 1 dan sekolah saya terletak hanya kira-kira 5 kilometer dari Ulu Legong. Murid sekolah dari kampung ini berulang alik ke sekolah dengan trak tentera.

Salah satu tarikan menarik di Ulu Legong adalah kolam air panas yang sekarang diurus dan diselia oleh Majlis Daerah Baling.  Hujung minggu lepas saya sempat bercuti balik kampung.  Sempatlah juga datang berendam di sini.

Menurut cerita, Sultan Abdul Hamid, iaitu nenda kepada Sultan Abdul Halim ( Yang Dipertuan Agong sekarang ) berkenan untuk berkunjung dan bersiram di Kolam Air Panas Kampung Ulu Legong. Penduduk kampung telah bergotong royong membina kolam simen empat segiyang mana bahan-bahan binaan ini telah diangkut masuk menggunakan gajah.
sumber : mdhbalingtourism.gov.my

kolam air panas ulu legong
Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong ( Ulu Legong Hot Spring ) mula beroperasi sejak tahun 1998.  Terletak di Mukim Siong, kira² 21 kilometer dari Pekan Baling.  GPS Coordinate – 5.818734,100.934559

Terdapat 5 kolam di dalam pusat rekreasi ini dan beroperasi  24jam .  Untuk lebih selesa, datanglah waktu malam.

kolam air panas ulu legong baling
Kolam utama, sumber air panas dengan suhu sekitar 49°C, kedalaman 1.3-1.6 meter.  Ayah pernah cerita, para mengamal ilmu persilatan akan berendam apabila tamat perguruan  di dalam kolam ini tetapi bukanlah untuk tontonan awam.  Orang berilmu mesti buat diam², sorok² kelebihan mereka.

ulu legong hot spring
Kolam kedua dengan suhu 47°C dan kedalaman 1 meter.  Tak ramai yang bertahan untuk berendam di dalam kolam ini.

kolam mandi air panas ulu legong

Kolam mandi  utama dengan bahagian kedalaman untuk kolam  orang dewasa 1.6 meter dan untuk kanak-kanak  0.6 meter.  Suhu airnya antara  41 – 47°C .

air panas ulu legong
Kolam mandi untuk kanak-kanak dengan suhu 39 – 40°C

kolam mandi untuk wanita sahaja
Terdapat juga kolam yang dikhaskan untuk wanita sahaja dengan suhu antara 39-40°C

tempat rekreasi air panas di kedah

Di dalam kawasan pusat rekreasi terdapat juga anak sungai yang mengalir jernih menambah indahnya pemandangan.

ulu legong hot spring

Kalau nak bermalam, boleh sewa chalet yang berhawa dingin dengan kadar harga RM 100 hingga RM 350 untuk bilik VIP.

bilik untuk di sewa di kolam air panas ulu legong
Kat sini juga ada dormitori, tapak untuk berkhemah , surau , medan selera, tandas awam , dewan seminar , kiosk cenderamata dan tempat letak kereta percuma.

Saya pernah melawat Sari Ater Hot Springs Bandung, Kolam Air Panas Labis, Kolam Air Panas Bentong, Kolam Air Panas Pedas, Kolam Air Panas Ulu Tamu , Kolam Air Panas Setapak dan Kolam Air Panas Selayang, tetapi Kolam Air Panas Ulu Legong inilah yang terbaik. Bukan sebab luas dan bersih tetapi dekat dengan rumah saya.

Kalau korang pergi sana nanti, lambai²lah mak dan ayah saya di Kampunt Bandar ye….

lakasi ke kolam air panas ulu legong

Kalau  dari luar Kedah, datang dari mana² arah pun cari papantanda Baling.   Dari Pekan Baling ikut Jalan Weng .  Ada banyak papantanda merujuk arah untuk sampai ke lokasi Air Panas Ulu Legong.   Selepas pekan Kampung Lalang, ditepi  SMK Siong, masuk simpang ke kanan untuk ke Ulu Legong.  Dari simpang tu ke pusat rekreasi kira² 5 kilometer.

Kalau orang Kedah hampa mai ikut Sik pun buleh, tak jumpa pekan Baling dah.

Terdapat juga Homestay Kampung Desa Keda Ulu Legong iaitu projek pelancongan Inap Desa Keda ( Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah ) berhampiran kawasan rekreasi.

Tiket masuk untuk orang dewasa RM4 dan untuk kanak-kanak RM2.

mandi air panas dalam kolamjangan beremdam lama² bang… nanti telur masak!

Senyummmmm…………. anda sekarang di dalam blog kujie2.com!

 

No telefon homestay di Air Panas Ulu Leggong , Baling

  • 013 4271636 ( Aini Hasliza )
  • 019 4375485 ( Hj Yaakub )

EDIT 07/05/2014 – Saya balik kampung baru ni, kata orang kampung tiket dah naik sekarang. Semakkan laman web, ini adalah harga tiket masuk ke Kolam Air Panas Ulu Legong, Baling

Setiap pengunjung dikenakan bayaran tiket kecuali mereka yang menginap di Seri Baling Inn, Rumah Rehat Baling dan Pusat Rekreasi ini. Kadar tiket adalah seperti berikut :

  • Dewasa RM6.00. Tanpa MyKad RM10.00
  • Kanak-Kanak RM3.00 Tanpa MyKid RM6.00
  • Pesara,Warga Emas,OKU MyKad, Kad OKU, Kad Pesara RM4.00

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

34 thoughts on “Berendam Di Kolam Air Panas Ulu Legong

  1. dah baca novel sebenar kisah tragedi ulu legong amat menyayat hati. 3 ORNG tentera telah dipotong anunya oleh komunis ..alfatihah utk perwira

  2. K.jie bestlaaa baca apa yg k.jie tulis..mcm cikgu bm..tq promosi homestay saya..tp klau k.jie tukar nama ja tu kpd aini lg bagus kerana kt cni jg ada nama tuu so bila org smpai sini depa silap umah..mcmana pun tq sgt..

  3. Assalam Family saya pn ada bkak homestay kat sana…untuk keterangan lanjut. @ tempahan homestay harga berpatutan termasuk sarapan boleh hubungi no ni kawan2 0194230345 En ROMLI AHMAD my Abah

    1. dah baca kisah sebenar tragedi ulu legong. 3 ORANG TENTERA TELAH DIPOTONG ANUnya oleh pengganas komunis. Ini diceritakan sendiri oleh komunis yg menyerah diri dan seorang tentera yg terselamat. Tentera yg terselamat juga diminta cerai oleh isterinya sebab …..

  4. Hari tu 15 feb baru je pergi.
    Tapi pergi malam, rendam kaki je.
    Balik sejuk bukan main lagi sebab naik moto. Hehe..

    Satu je tak berkenan ngan tempat ni sebab parking untuk motosikal tak disediakan dengan keselamatan.
    Tempat gelap.

    Harap-2 perkara ni dapat di selesaikan bagi kemudahan pengunjung yang bermotosikal datang.

    Peace!
    🙂
    Jom terjah post menarik dari Alan ..Lelaki, Perempuan, Best Friend & BercintaMy Profile

  5. Dah semakin cantik.. dan dah lama betoi Iza tak pi mandi2 sini.
    Kali terakhir pi kolam yang nombot 1 belum berpagar macam tu, ada orang dok pi rebuih teloq, kolam yang ke 2 belum ada besi yang tengah tu. Kawasan mandi muslimah masih kayu.

    Teringin pulak nak bermalam di resort situ, nampak macam syok ja 😀

Comments are closed.