Berita “Tergempar” Tentang Kujie Dan Anak-anak…

Oh sebenarnya tak ada lah tergempar sangat. Maafkan saya kerana menggunakan tajuk yang tak boleh blah tu yer kawan-kawan. Tuan rumah tak ada jadi Cik Iza~De~Bintang datang menyibuk sekejap. Watikah izin dah lama tuan rumah serahkan, adinda sekadar menjalankan tugas (^_^)Alkisahnya begini, tiba-tiba saya mendapat MMS dari Kak Kujie yang dalam perjalanan pulang ke Baling dengan anak-anaknya. Terkejut sekejap, ingatkan ada apa-apa peristiwa cemas yang berlaku terhadap kakak kita ni. Rupa-rupanya kisah separa cemas ini berlaku di kawasanΒ  KM230.5 arah utara.

Cerita Kak Jie, tetiba paip depan tu tercabut dan air tersembur-sembur keluar. Telefon ke PLUS. Belumpun sempat PLUS datang, truck tunda bapak POLISI sampai dulu, depa tengah meronda agaknya. Senang saja pertolongan tiba, kan. Tapi bila teringatkan entry ini saya faham bagaimana pertolongan tu boleh datang kiri dan kanan πŸ˜‰

So sebuah Serena yang berisi 6 orang comel telah ditunda oleh truck penunda milik polis… cool kan :mrgreen:

Sempat buat screen shoot tuuu… jom tengok πŸ™‚

Kj1

Kj3

Kj2

Kj4

Kj5

Berita terakhir yang saya terima,Β  Kak Jie dengan anak-anak sudah pun sampai ke workshop. Semua okey. Kata Kak Jie, “Budak-budak ni bukannya nak takut, tapi seronok pulak”.Β  Komen selamba Kak Jie “Indahnya pengalaman”.

Cik Serena tu baru sahaja diservis pagi tadi. Kak Jie telah pun ambil langkah-langkah yang wajar sebelum memulakan perjalanan. Apapun takdir mengatasi segala. Perjalanan hari ini menamba- melebarkan pengalaman.

Selamat balik kampung Kak Jie.Β  Pandu hati-hati okey πŸ™‚

Sekian diri ini melaporkan …wassalam (wah macam reporter dah ni hehe)

Update 1: Berita terkini jam 5.44 p.m,Β  Cik Serena sudah siap dibaiki, dan sekarang mereka on the way balik ke Baling.

Update 2: 9.45p.m, Water pump Cik Serena bermasalah, jadi Kak Jie tak dapat teruskan perjalanan. Bermalam di Parit Buntar. Dengar suara ceria Kak Jie dan hiruk pikuk suara anak2 dan 2 orang anak saudara membuktikan mereka enjoy cuti-cuti Malaysia hari ini πŸ˜€

Talian bebas tol Plus : 1-800-88-0000

64 Replies to “Berita “Tergempar” Tentang Kujie Dan Anak-anak…”

  1. Syukurlah semuanya selamat. Ada hikmah tu…
    sempat cuti-cuti kat Parit Buntar pulak. πŸ˜›
    .-= Kak Long´s last blog ..Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri =-.

  2. alhamdulillah semua selamat , lincah sungguh incik polisi ni. baguih :mrgreen:
    .-= naz´s last blog ..Nur Kasih awesomeness =-.

  3. Pingback: Spongena | Bicara Santai.....
  4. iza depa dah selamat sampai semlm dlm kul 12…

    k.ina pun balik gak semlm tp kejap aje.. ada urusan kat HQ terus balik kg.
    .-= kuina´s last blog ..Hidup Berani Untuk Gagal =-.

    1. @denaihati, tempat tu makin popolur tp agak sesak bila hari cuti.
      .-= kuina´s last blog ..Hidup Berani Untuk Gagal =-.

  5. peh…pengalaman menarik nie, setiap apa yg berlaku tu
    ada buruk dan baiknya kan…
    kenangan camni bkn boleh dibuat2…bila berlaku itulah saat
    utk diingati…

    selamat bercuti…hati2 yer…

  6. Wah! bagus jugak kucing parsi jie tu buat laporan. Lama-lama nanti boleh gantikan karyam singh walya ek. πŸ˜‰

    Ape2 pun selamat bercuti dan enjoy.

  7. Kawan saya pesan,water pump kereta tukar setahun sekali,
    tak kira rosak atau tidak masa buat full service.
    Lebih baik buat daripada terkena kat tengah jalan.
    Saya pernah kena sekali, tetiba suhu mencanak naik..
    tengok-tengok, sudah meleleh air keluar.
    Nasib baik tak jauh dari pomen… drive slow2..

    Alhamdulillah K. Jie dan anak-anak selamat sampai ke destinasi..
    .-= samdaddycool´s last blog ..Jubah labuh corak abstrak kontemporari gaya baju kurung modern =-.

  8. Salam πŸ™‚

    owh,nasib baiklah selamat πŸ™‚
    eheh, budak2 itu yg seronoknya.

    p/s;kimsalam kak kujie ea;p
    .-= arnamee´s last blog ..Dot com dot net dot my – berdomain sendiri , sombong? =-.

  9. cik serina tu single lagi ek?
    kot die gaduh ngan ehem2.. tu yg merajuk kot.
    hehe..
    .-= Azah´s last blog ..Pendeknya Awak =-.

  10. Berhati-hati di jalan raya..periksa kenderaan sebelum perjalanan..tukar tayar jika perlu..
    .-= mrozaidi´s last blog ..Percubaan =-.

  11. alhamdulillah~ semuanya selamat… πŸ™‚

    *tiba-tiba baca entri iza~de~bintang kat blog kak jie pula~
    lama dah saya tak jenguk blog iza~ 😎
    .-= Akuro San´s last blog ..Cara Mudah Buat Komik =-.

  12. perkhh.. berderau darah ku ini.. huhuhu

    mujurlah semuanya dah selamat.. huhu

    kata org budi baik akan dibalas baik jua, kanz.. hehehe

    1. @ariff, blog kak jie boleh diakses oleh beberapa orang kawan
      kalau apa2 terjadi pada kak jie – hilang untuk selama-lamanya
      ada orang lain yang boleh ambil alih

      kita tak tau esok lusa macam mana πŸ˜‰

  13. Mujur Serena okay. Teringat emak pesan kalau nak berjalan jauh
    kena check air dalam radiator even baru je enjin diservis.
    kadang-kadang mekanik terlupa isi.
    Pernah kena sekali tapi alhamdulillah selamat sebab ingat pesanan. πŸ˜‰
    .-= blogresipi´s last blog ..Pulut Sambal Ikan Bilis & Serunding =-.

    1. @blogresipi, semua dah check, malah sehari sebelum tu kereta dah hantar service, air, gear oil semua dah tukar
      tapi yg terjadi kes lain

      kebocoran – itu yg tak dpt nak check..sbb terjadi bila dipertengahan jalan

  14. alhamdulillah semuanya selamat.
    tapi bab polis tolong tu kebetulan atau dirancang (kah3).

    apa pun semoga kak jie sekeluarga selamat pergi dan balik, amin.
    .-= megat´s last blog ..Problogger Khai, Kongsi Pengalaman Sebagai Blogger Sepenuh Masa! =-.

      1. @ariff, aku rasa pun camtu kot!? setahu aku bantuan kecemasan
        kat tepi highway tu hanya sampai ke PLUS
        tapi kenapa tunda polis pula sampai? konpius (hu3)
        .-= megat´s last blog ..Geng Blogger, Ibarat Gadis Cun Dan Pisang Panas!? =-.

        1. @megat, gossip ye… kak jie baca komen2 korang kat RSS Reader kat hp
          dok gelak sorang2..
          kebetulan je kot..dlm minggu ni encik polis ada disekeliling
          tapi mmg teruja – dlm minggu ni 2 kali encik polis jadi HERO :mrgreen:

      2. @ariff, hu..korang ni kan
        sampai ada yang tanya

        kak jie ni sapa?

        tiap kali kereta breakdown – siap ada polis dtg escot πŸ˜†

    1. @megat, dah bersedia tempuh apa saja, tak de lah nak gelabah sangat
      park tepi, suruh anak2 jauh dari highway
      telefon Plus..itu saja πŸ˜†

    1. @beliamuda, pengalaman mendebarkan juga tu
      sebab masa tu dgn anak2 saja… tapi budak2 tu mana tau takut…seronok huhahuha tepi longkah highway πŸ˜†

Comments are closed.