Catatan Raya Sepanjang Lebuhraya Timur Barat

Blog belum stabil, jadi kita layan saja gambar orang-orang yang saya rindui sekarang. Seminggu bercuti bersama, sekarang kembali tinggal berdua dengan Intan.

Tasik Banding

Hari raya ke – 3 , kami melalui Lebuhraya Timur Barat sejauh 123 kilometer meliputi 61 km di negeri Perak dan 62 km di negeri Kelantan.   Laluan ini merentasi Tasik Temenggor yang merupakan empangan hidroelektrik di Perak.

Lebuhraya Timur-Barat mula dibina pada tahun 1967 dan dibuka pada 1 Julai 1982. Lebuhraya ini merupakan pembinaan lebuh raya yang memakan masa paling panjang di Malaysia kerana sering terganggu akibat perbuatan khianat pengganas komunis yang menyerang hendap pekerja binaan.

Pada tahun 1989, apabila pihak komunis menyerah diri sepenuhnya barulah laluan lebuhraya ini dibuka kepada kenderaan tanpa kawalan ketat pihak tentera. Sebelum itu, pemandu hanya boleh melaluinya pada waktu siang sahaja dan perlu melapor diri setiap kali menggunakannya.

tasik banding

Kami terjumpa monumen seperti ini di sekitar Jambatan tasik Temenggor. Mungkin inilah kubu  kegunaan tentera untuk berkawal suatu ketika dahulu.

 

Lebuhraya Timur Barat

Suami dan anak-anak yang berkongsi catatan perjalanan bersama.

Hentian Titiwangsa Lebuhraya Timur Barat

Lokasi ini adalah di Hentian Puncak Banjaran Titiwangsa, salah satu tempat rehat di laluan Lebuhraya Timur Barat .  Ada dua tempat rehat sepanjang lebuhraya ini iaitu di Hentian Tasik Banding dan di Hentian Titiwangsa. Berhentilah dan nikmati satu pemandangan amat menakjubkan lukisan alam dengan gunung-ganang serta lurah seluas saujana mata memandang.

Tolong jaga kebersihan untuk memelihara alam harta milik bersama ini. Di lokasi ini suami saya telah menegur seorang kakak yang tanpa segan silu membuang plastik bekas makanan keluar dari tingkap kereta yang sedang berhenti di situ.

 

empangan elektrik pergau

Kemudian di Kuala Yong, terjumpa Empangan Pergau. Mesti berhenti untuk tujuan pembelajaran.  Suami sekarang pun sedang bekerja untuk projek empangan hidroelektrik.

“Itu watershed… itu dam..nanti kalau air dah sampai satu-satu level, dia akan keluar ikut situlah….”

  • Empangan Pergau adalah stesen janakuasa hidro terbesar di Malaysia dengan keupayaan 600 MW.
  • Empangan terbesar di Malaysia adalah Empangan Kenyir.
  • Stesen janakuasa tertua adalah Empangan Chenderoh.

pemandangan indah sepanjang lebuhraya

Sempat mengabadikan gambar kenangan ini sewaktu kereta sedang bergerak.

Pusat Membeli Belah Bukit Bunga, Tanah Merah

Pusat Membeli Belah Bukit Bunga, Tanah Merah Kelantan. Bila melalui kawasan ini, saya terpandang papatanda 2 KM dari sempadan Malaysia – Thailand. Terus buka google map di telepon dan melihat Bukit Bunga adalah tempat laluan kami yang paling hampir dengan sempadan Thailand.

Terdapat gerai makan,minuman , buah-buahan , cenderamata , wakaf, tandas awam di kawasan ini. Kami beli buah salak yang sangat sedap. Puas hati!

 

melawat muzium

Kami juga melawat muzium sewaktu di Kota Bharu… ada sesuatu yang menarik di peti surat klasik ini.

catatan sejarah pejabat pos

Nama syarikat yang membina peti surat ini… sesiapa boleh baca?

pemandangan tasik kenyir

Ini dah di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir pada hari raya ke- 4 selepas kami bermalam di Wakaf Che Yeh.  Suami dah mula bekerja, kami anak beranak ambil kesempatan untuk berjalan di sekitar Pengkalan Gawi.

pokok menarik
Hanya satu-satunya pokok yang masih bertahan di lereng ini… sampai bila? Kami dibawa oleh suami mengelilingi tempat projek empangan hidroelektrik yang sedang dibina.

pengkalan gawi tasik kenyir

p/s – lewat malam nanti, blog akan ditutup sejam dua untuk kerja-kerja senggaraan

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Myra kaalu ke Kelantan wajib singgah Kawasan rehat Titiwansgsa..
    Kalau kena hari sejuk smpai ke tulang..
    kalau tak panas sampai menggigit kulit 🙂
    Jom terjah post menarik dari Myra Jay ..Dah lama tak makan – Sotong KangkungMy Profile

  2. sallehen samat says:

    Assalamualaikum, nak mintak info sikit, berapa lama dari jeli ke grik? Insyallah saya akan melalui jln yg sama.

  3. sronok nya berjalan2 di iringi boipreng2 :)) ahakz
    da bujang2 besaq2 no? da anak dara da sowang tu. sat2 ja no?
    *kat tasik ni geram jek nak memancing :p*

  4. perrghhh, terbaeekkkk!!!
    Jom terjah post menarik dari HAdira Kifly ..Kehilangan FirmanMy Profile

  5. mmg keluarga yg minat pd sejarah. sgt bgs utk mendidik anak2 supaya xlupa peristiwa2 lama
    Jom terjah post menarik dari Ekspresi Ruang ..Hamilton Scotts: Memparkir Kereta Mewah Di Aras 14 Kondominium Serendah RM24 JutaMy Profile

  6. sy tertanya2 apa agaknya yang menarik dengan peti surat tu ye ?
    Jom terjah post menarik dari pipoq ..Nikon D4 pur only RM35 ?My Profile

  7. wah…best gambar2 ni…nampak mesra dan ceria semuanya =)

    kami biasa kalau lalu, mmg lalu sungguh…berhenti pun boleh kira berapa kali…maklumlah, nak lari jem..last2…jem jugak…hahaha
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Celoteh Kakak #6 Kahwin?My Profile

  8. Jeles gambar lengkap satu famili … huwaa
    Jom terjah post menarik dari puanbee ..Tips Senaman : Ikut Gangnam StyleMy Profile

  9. Wow! Kak jie sudah menyelesakan diri dengan kamera canggih DSLR!
    Tahniah Kak Jie.. lepas ni mesti meletop2 gambar di blog ini.. hehehe

    maza suka gambar Kak Jie no. 1 dan yg berpelukan tu..
    memang nampak kemesraan dan kemeriahan.. dan itu bikin maza jeles.. uhuk!
    nak jugaaaaakkkk….
    Jom terjah post menarik dari maza ..Gadis Bertudung Servis TubuhMy Profile

  10. Kak jie, terimakasih byk-byk hantar kad raya.
    Bila dtg KB? Dah dekat dgn rumah saya.
    Jom terjah post menarik dari rumah kuning ..10 SyawalMy Profile

    • kami singgah semalam saja… tidur kat hotel area wakaf che yeh
      cadang malamnya nak berfoye foye anak beranak, tapi hujan turun dengan selebatnya…apalagi masing2 tarik selimut tak keluar.

      esoknya melawat muzium dan pergi dua rumah je..tak sempat nak pergi ke tempat lain… maaf ye cikgu, lain kali ye
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Catatan Raya Sepanjang Lebuhraya Timur BaratMy Profile

  11. Nampak gaya kak Jie memahirkan bidikan mengunakan kamera DSLR. Bro Azman Ishak bila hendak komen hasil bidikan? 🙂
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Sudah masanya pulang ke sarangMy Profile

  12. Bestnya jalan-jalan sambil belajar. 🙂 Menikmati keindahan alam bersama family. Dah mula keja balik ni, tiba2 rindu suasana dengan family raya hari tu.

  13. sibbaik x jumpa masa kat atas pulau banding tu kanns.. ehhheee
    Jom terjah post menarik dari en_me ..THEN AND NOW: HOTEL SERI MALAYSIA KUANTANMy Profile

  14. Last pic… kamera apa tuh? Yg lense tercapah tuh macam best jer 🙂
    Jom terjah post menarik dari zack ..Kelebihan Memiliki Emas Yang WAJIB Anda Tahu…My Profile

  15. rugi x memancing kat situ
    Jom terjah post menarik dari auc dot com ..Buah Kundang | Colek KundangMy Profile

  16. kalau ambil gambar lompat satu keluarga berlatarbelakangkan tasik tu mesti best..hehe
    Jom terjah post menarik dari cikgu naman ..10 entri terbaik DenaihatiMy Profile

    • ada gambar2 lompat tu..tapi bukan utk siaran umum, tak memua boleh dikongsi, kena tapis juga.

      yg umum yang sedang2 saja boleh disiarkan..kehkeh
      duck face pun ada aih!
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Baling Wakaf Che YehMy Profile

  17. Lawanya…hopefully dapat sampai sana satu hari nanti.
    Seronok tengok gambar family kak jie 😀
    Jom terjah post menarik dari zharmin ..10 entri terbaik DenaihatiMy Profile

  18. Tiada apa yang lebih bermakna dalam hidup melainkan keluarga sebab tu mujahadah sangat nak tinggalkan keluarga walaupun kerana agama …
    Jom terjah post menarik dari Denaihati ..Bonus Raya Aidilfitri 2012My Profile

  19. ApplePurple says:

    Mesti happy dapat jalan2 complete satu family..dan seronok tengok along,angah dan intan dah besar2.. 🙂
    Jom terjah post menarik dari ApplePurple ..iOS 6 Review – Shared Photo StreamsMy Profile

  20. seronok kan… saya ni kalau drive, pikir nak sampai je… jarang nak berhenti lama2 nak rehat…
    Jom terjah post menarik dari Rizal ..Tawaran Domain MurahMy Profile

Trackbacks

  1. […] entri lepas ( baca di sini :  Ratus Kilometer Dengan Seribu Kenangan atau baca yang ini :  Catatan Raya Sepanjang Lebuh Raya Timur Barat ) sewaktu melalui Lebuh Raya Timur Barat dari Gerik ke Jeli saya ada menceritakan mengenai plak […]

  2. […] Kenyir -> Jeli – Lebuhraya Timur Barat -> Kuala Kedah -> Langkawi   – LIMA […]

  3. […] bergerak ke Langkawi. Tapi bukan terus memandu ke Langkawi. Kami memilih untuk ke Langkawi melalui Lebuhraya Timur Barat).  Singgah Rantau Panjang memborong entah apa ( orang lelaki bertiga tu ), saya dengan Intan […]

  4. […] Catatan Raya Sepanjang Lebuhraya Timur Barat […]

  5. Catatan Raya Sepanjang Lebuhraya Timur Barat| Hidup Biar Sedap. says:

    […] PINGBACK NEGARAKU.MY: Catatan Raya Sepanjang Lebuhraya Timur Barat| Hidup Biar Sedap. […]