Percutian

Cinta Berkembang Di Cameron Highlands

Salam semua, moga masih rindukan saya..hekhek :lol:

Kejap lagi pukul 7 pagi saya akan ke Cameron Highlands – untuk kali entah yang ke berapa puluh., dah tak ingat sebab kerap sangat. Saya pernah bercuti dan berjungle tracking di Robinson Fall , Cameron Highlands bulan puasa tahun lepas.

Tak pasti kenapa saya dan keluarga kerap bercuti di Cameron Highlands, mungkin di sinilah tempat berbulan madu saya 19 tahun dulu… kata orang tempat jatuh lagi di kenang inikan pula tempat cinta berkembang…

Jumpa lagi ye……… have a nice day! Selamat bercuti juga untuk Ijad – backpacker tanpa laptop! Blogger tanpa talian internet, menarik kan?

pisst….pissst klcitizen! gambar romantik saya ada di sini

=== Sejarah Cameroh Hinglands ===

Cameron Highlands dijumpai oleh Wiliam Cameron, Juru Ukur Kerajaan British sewaktu menjalankan  kerja-kerja mengukur di Banjaran Titiwangsa pada tahun 1885.

Ada 4 laluan untuk datang ke Cameron Highlands iaitu :-
1. Dari Tapah [Perak] – 80 KM
2. Dari Simpang Pulai [Perak] – 95 KM
3. Dari Gua Musang [Kelantan] – 105 KM
4. Dari Raub [Pahang] – 85 KM

©kujie – isteri land surveyor buat entri pun bagi data ukur! oooppp…. ibu  bakal land surveyor juga!  ( Along akan daftar di KLIUC pada 19hb Jun untuk kos Geomatic Engineering )

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

45 thoughts on “Cinta Berkembang Di Cameron Highlands

  1. aku dah lama tak pergi ke cameron highland dengan keluarga.dah lama tak kesana tentu banyak perubahan yang berlaku sekarang ni.baru-baru ni ada cerita pasal kisah disana dalam Aduan Rakyat tempohari.tentang pasar tepi jalan yang menghalang laluan kenderaan untuk berulang-alik dari simpang pulai puncak berinchang..buat perubahan……….

  2. Hari Raya 4-5 tahun lepas, saya & wife sempat minum teh dkt Cameron Highland. rasanya sama tempat mcm dkt gambar tuu..mmg best..leps minum teh terus pergi ladang teh dkt sebelah tuu..

    1. sememangnya suasana di Cameron Highlang cantik sekali untuk dilawati oleh semua insan di bumi ini.rugi kalau kita tak ke sana.betul tak farah…

  3. ke cameroon masa pregnant 8 bulan.. hahaa.. siap naik turun tangga kat taman yg de lebah tu.. teringin nak pergi lagi wpun de org kata dah tak bape sejuk..

    1. bergantung pada musim – paling murah pernah dapat rm 15 untuk sekilo. Biasanya rm 25 sekilo. Semalam lagi mahal – pek setengah kilo = rm 15. Saya dapat dgn harga rm 10 ( air liur letak gula + madu asli kot ).. heheheeh

      Kalau sayur kat area Kea Farm ada yg 10 bungkus rm 10, 15 bungkus dan 7 bungkus. Jgn tengok bilangan bungkusnya..sebab saiz memang tak sama.

  4. kujie

    dah tengok gambar romantik yang 19 tahun lepas tu….
    nanti gi Cameron , ambik gambar romatik berdua saja, waktu senja berlatar belakang ladang teh ya….

    ala-ala silhoutte pun cantik jugak…
    Jom terjah post menarik dari klcitizen ..Pandangan Saya….My Profile

  5. baru 2 kali pergi cameron. memang best. banyak gak duit abis beli bunga2an..

  6. Saya baru ke Cameron HIghland last 2 week lalu nak bali kampung singgah minum teh. Saya suka kesana sebab mcm boleh rileks tapi sekarang mcm sedih tgk CH sebab tempat tak di jaga elok nampak kotor dan byk tempat kena teroka

  7. sha tengah planning nak pergi tp bukan sekarang…maklumlah musim hujan. lagipon nak melepaskan adik sha belajar dulu. lepas raya mungkin. haaiii…jeles pulak ngan kak jie…jeles yang amat!

    setiap kali ke cameron highland, sha jatuh cinta. suka betul pemandangan kat cliff boh tuh:)
    Jom terjah post menarik dari cheryna ..sha: because of miera@merr!My Profile

Comments are closed.