Cuci Mata Isi Perut Di Wang Kelian dan Satun, Thailand

Sambung kisah percutian keluarga , selepas menjelajah Gua Tempurung , mendaki puncak tertinggi Gunung Jerai, menyeberang Jambatan Pulau Bunting, mengimbau sejarah kota melayu Kota Kuala Kedah dan mengunjungi Taman Rahsia Gua Kelam, kami singgah ke Wang Kelian.

Selepas balik dari Gua Kelam, kami singgah ke Wang Kelian.  Tak jauh pun kedudukan kedua tempat ini, lebih kurang 12 kilometer.

lokasi wang kelian
Perjalanan meredah bukit bukau yang indah ini sangat mengasyikkan. Dalam perjalanan saya cuba membayangkan bagaimanakah keadaan di Wang Kelian nanti memandangkan lokasinya terpaksa mendaki bukit bukau dan jalan bengkang bengkok.   Cuba bayangkan bagaimana perkampungan tradisi penduduk di sempadan, apa aktiviti penduduk dari segi ekomoni dan rutin kehidupan.

Bila sampai, Wang Kelian hanyalah satu lokasi bersempadan dengan Satun di Thailand yang hanya berfokuskan kepada aktiviti membeli belah.  Tiada aktiviti sokongan lain atau perkampungan tradisi penduduk. Wang Kelian merupakan pintu keluar masuk sempadan antarabangsa antara Malaysia dan Thailand yang dibuka sejak 1992.

Saya pernah berada di sempadan Thailand dari 4 negeri yang bersempadan iaitu Bukit Kayu Hitam di Kedah, Pengkalan Hulu ( Betong ) di Perak, Rantau Panjang ( Golok ) di Kelantan dan Wang Kelian ( Satun ) di Perlis. Tempat yang paling murah di Rantau Panjang tetapi tempat yang paling best  untuk membeli belah ialah di Padang Besar.

melawat wang kelian

Setiap hari Sabtu dan Ahad , pintu sempadan dibuka untuk pergerakan kedua penduduk Malaysia dan Thailand keluar masuk tanpa dokumen dalam radius 1 Kilometer dari sempadan. Suatu ketika dulu, Wang Kelian agak popular sebagai destinasi membeli belah rombongan cik kiah tetapi hari ini untuk melihat sebuah bas rombongan pun susah.

Pada pendapat saya ada beberapa sebab kenapa Wang Kelian gagal mempertahankan dirinya di dalam carta lokasi popular rombongan cik kiah..antaranya

  • Wang Kelian semata-mata – tempat ini dibina untuk sempadan negara tanpa ada penduduk yang membentuk komuniti asal. Tak ada pekan/bandar , sekolah atau sumber ekonomi lain untuk meransang perkembangan Wang Kelian.
  • Tempat untuk membeli belah berada di sebelah Satun , Thailand. Walaupun pelawat boleh membeli belah dan memasuki secara bebas tetapi terpaksa berjalan jauh untuk kembali membawa barang yang berat ke tempat letak kereta di sebelah Malaysia. Kalau cuaca panas, memang panas terik.
  • Pelawat lebih berminat ke Padang Besar kerana lokasinya di sebelah Malaysia, boleh membawa kenderaan dengan selesa  dan rasa selamat.
  • Bukit Kayu Hitam juga adalah saingan kepada Wang Kelian kerana mudah untuk dikunjungi melalui lebuh raya.

perjalanan ke wang kelian

Peta wilayah Satun untuk kemudahan pelawat yang ingin meneruskan perjalanan memasuki Thailand

pintu sempadan malaysia thailand

Pengunjung perlu berjalan kaki melintasi pondok imigresen untuk melepasi sempadan antarabangsa.  Ada banyak papan notis ada banyak papan amaran di kawasan ini.

membeli belah di wang kelian

Memandangkan kami merancang untuk ke Padang Besar, kami cuma cuci mata dan isi perut saja di sini. Tengok sesuatu yang pelik , semua berkerumun. Majoriti penduduk sempadan Thailand beragama Islam dan boleh bertutur di dalam bahasa Melayu.

ais krim

Pakcik penjual ais krim ini tidak berapa pandai berbahasa Melayu dan agak kurang cekap untuk membuat kiraan dalam mata wang Ringgit. Dia gunakan kalkulator untuk mengatasi masalah sebutan dalam urusniaga. Lainkan tong ais krim dia… tong plastik.

nasi kerabu

Nasi kerabu yang 100% kerabu sampai nasi pun dah tenggelam disebalik sayur-sayuran. Kelainan dari dari nasi kerabu pantai timur, tiada budu !

pulut ayam
Pulut ayam… menu yang tak pernah tinggal bila ke Perlis. Pernah mencuba nasi ayam di Padang Besar yang lebih sedap.

somtam
Ini somtam , bukan sotong dan ketam. Somtam ialah kerabu betik muda yang pedas.

penjual aiskrim sedap
Penjual ais krim ini namanya Mariam, sempat lagi tu nak berkenalan. Saja tanya-tanya sambil dia siapkan order. Dia jual aiskrim, somtam , jeruk dan rojak buah dengan motosikal besar bergaya ini.

ais krim pudina
Inilah ais krim buatan sendiri Puan Mariam. Ada sagu, pulut dan cebisan roti yang berharga RM 2.00

pengankutan awam di sempadan malaysia thailand
Kalau dah membeli belah dan tak larat nak bawa barang balik ke kereta, sewa saja perkhidmatan pengangkut barang bermotosikal.  Kami tak beli banyak barang, cuma buah dan payung warna pelangi yang besar.

Papan tanda check point malaysia thailand
Papan tanda check point Malaysia dan Thailand.

freeland sempadan antarabangsa
Ini adalah kawasan bebas – jarak antara pagar sempadan Malaysia dan Thailand. Kalau kita berguling-guling kat sini ada orang nak tangkap tak ye… inikan kawasan bebas.

Lepas balik dari Wang Kelian baru kami bertolak ke Kuala Nerang, hantar Angah balik ke kolej.  Esoknya kami ke Padang Besar.  Entah bila tak tau entri pasal jalan-jalan ni nak habis.  Sampai tahun depan kot…hihihi..sabar sajalah.

Ini gambar yang baru ditransfer dari telefon suami – batu sempadan Malaysia-Thailand.

image

Juru ukur…. memang alert dengan benda macam ni… :p

Apesal Tak Klik?

Comments

Trackbacks

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge