Dari #SBB2013 Ke Bukit Gambang Waterpark

Seperti yang diwar-warkan dalam entri live blogging, saya bercuti bersama keluarga di Bukit Gambang Waterpark. Balik dari majlis Sepetang Bersama Blogger 2013 di Hotel Singgahsana, terus memandu ke Kuantan berdua dengan Ingan.

Along jemput adik ipar saya sekeluarga dari Melaka di Stesen Bandar Tasik Selatan, kami bertemu di hentian Petronas Bentong dan bergerak bersama-sama. Suami saya bergerak seorang diri dari Hulu Terengganu dan kami bertemu di Kuantan. Mak dan ayah saya memang telah sampai ke Kuantan sejak pagi Jumaat.

Kami bermalam dan hadiri majlis kenduri kahwin adik blogger Hairul Azni. Tentu ramai yang tak tahu, Blogger Hairul Azni adalah sepupu saya. Mak dia dan mak saya adik beradik.

Selepas majlis, kami ke Gambang. Saya dah buat tempahan homestay melalui ibilik.my.  Rumah Semi D dengan harga RM 200 semalam cukup selesa untuk kami 13 orang dewasa dan seorang kanak-kanak.  Rumah dilengkali set BBQ, dapur , peralatan memasak, pinggang mangkuk, peti sejuk, meja makan, ruang tamu bersofa , TV astro dan tiga bilik tidur berkatil sais queen.

bukit gambang water park

Hari Isnin 28/1/2013 , kami ke Bukit Gambang Waterpark yang terletak kira-kira 1 Kilometer dari homestay.

tiket masuk taman tema gambang

Kami sekeluarga yang teruja nak berkubang. Mak ayah, suami, anak-anak, adik-adik, ipar duai juga anak saudara – 13 dewasa dan 1 kanak-kanak.  Gebu-gebu semua tangan tuuuu…hiks!

gambang waterpark game

Coco Beach – pantai yang berombak.

game di gambang waterpark

Tak ramai orang, kami anak beranak main Family Raft Ride 4 kali.  Pelampung saiz besar ini boleh  muatkan kami sekeluarga.

gambang waterpark

 

Belum nampak lagi, dah dapat dengar jerit pekik keluarga kami.  Dah boleh agak.. ni  mesti dia orang!  Pertama kali naik, saya memang tak buka mata.  Sepanjang laluan yang berlekok dan meluncur laju , saya pejam mata.  Kena ejek dengan anak buah yang berumur 6 tahun… hahaha

gambang theme park

Seronok mandi manda suka gurau senda… orang tak ramai di Coco Beach, boleh mandi sampai kecut.  Masing-masing tunggu ombak yang belum datang.

journey of ice gambang

Puashati kerana dapat main semua game yang disediakan tanpa bersesak-sesak.  Selepas penat , menyusur laluan sungai yang tenang dan berombak .

harga tiket masuk gambang waterpark

 

Harga Tiket Masuk Bukit Gambang Waterpark ( Januari 2013)

  • Desawa RM 23.90
  • Kanak-kanak RM 16.90 ( berumur bawah 12 tahun dan ketinggian dibawah 90cm adalah percuma )

Waktu Operasi Bukit Gambang Waterpark

  • 10.30 pagi hingga 6.30 petang
  • 9.30 pagi hingga 6.30 petang ( cuti sekolah, hujung minggu dan cuti umum)
  • Di tutup setiap hari SELASA kecuali cuti sekolah dan cuti umum

Lokasi Bukit Gambang Waterpark.

  • Dari Kuala Lumpur lebih kurang  230 KM .
  •  Melalui Lebuhraya Pantai Timur dan exit di Persimpangan Gambang.
  • Melalui Lebuhraya MEC terus hingga jumpa simpang empat.
  • Ambil laluan ke kanan. Kat sini dah ada papantandan Bukit Gambang Resort City.

 

evalue

 

Semua urusan pembelian makan minum atau penyewaan pelampung/tube tidak menggunakan wang tunai di dalam waterpark.  Kita perlu ada kredit yang akan ditolak setiap kali membeli.  Bila dah keluar dari waterpark, kita boleh redeem semua baki yang tidak digunakan pada hari yang sama.

Harga makanan/minuman dalam waterpark memang mahal, jadi makan secukupnya sebelum masuk. :p

Balik dari waterpark, masa sedih pilulah pula… kami berpisah di Plaza Tol Gambang.  3 Kereta bergerak balik ke KL, hanya suami memandu seorang balik ke Hulu Terengganu.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Assalamualaikum, nak tanya ni. boleh bawa makanan masuk x kat situ n makan kat cabana tu?

  2. nak pergi 7hb ni..best sgt2 ke..

  3. Saya dah pergi dulu.

    Memang seronok tak terkata.

    Speechless a.k.a wordless. Terutama pergi dengan family. YahOooo ..

    seronok ..
    Jom terjah post menarik dari Asyrof Asri ..Wordless Thursday – International Family DayMy Profile

  4. salam kak kujie..nak tanya anggaran satu set makanan dlm berapa hinggit yer..tq
    Jom terjah post menarik dari bitt ..duri kaktus!My Profile

    • sebenarnya kami tak luangkan masa mencari makanan sangat sebab dah isi perut sebelum masuk… cuma beli air tin dan sosej.. tapi dari info org lain, dia org ckp mahal.

  5. selamat bersenang – senang 😀
    Jom terjah post menarik dari Jefry ..Tips & Cara Efektif Menggunakan Sikat ToiletMy Profile

  6. Semoga untuk lawatan berikutnya bisa kembara kesini.
    Jom terjah post menarik dari Bang Iwan ..Inilah Daftar Lengkap Pemenang Infotainment Awards 2013My Profile

  7. woah cam best je gambang waterpark ni sebab lengang tak ramai orang macam kat lost world of tambun, perak
    Jom terjah post menarik dari azrijohan ..Ini Semua Salah Event #SBB2013 Anjuran Denaihati !My Profile

  8. leeza pernah plan nk ke sana.. tp tak pernah sampai2 lagi.. harga murah gak erk… mgkin boleh plan pg sana cuti thn baru cina.. hehehe
    Jom terjah post menarik dari Leeza dayasari ..Pantang Larang LelakiMy Profile

  9. Seronoknya kak jie… dapat bercuti-cuti dengan keluarga.. 🙂
    Jom terjah post menarik dari Aya ..Anugerah Blogger Popular 2013My Profile

  10. murah dr genting harga tiket.mcm tak ramai org je kt situ?best tak?tak pernah pegi lagi ni.

  11. blm pernah smp di gambang ni. teringin juga nak pergi tetapi sebenarnya saya dan isteri agak kurang gemar dgn aktiviti sebegini. untuk anak2 mungkin takpe

  12. memang best main air nih. kalau pergi mesti ramai-ramai baru best.

  13. Namun, di saat berpisah, kasih sayang semakin erat. Indikatornya, kita sukar untuk melalui perpisahan itu.

  14. setiap pertemuan pasti ada perpisahan.

  15. wow!! best gilerr.. ade dorang tambah lg x ?

  16. sedihnya dengar part yang akhir sekali tu. Itulah, setiap pertemuan akan ada perpisahan.

  17. Bestnyer gi mandi manda..

  18. perkhh.. maza anak beranak sudah lama mengidam ke sana… dah dua kali plan, semuanya tak menjadi.. harap2 kali ini menjadi ler.. hehehe

    tengok gambar tu terasa sampai ke tekak meriahnya.. ahaks

  19. nama blog saya ada di mention dalam ni la.jeritpekik..haha..perasan

  20. Agak-agak ada yang tidak mahu naik ke darat tak? Sebab sudah lupa diri apa bila jumpa air. 🙂

  21. Alhamdulillah keluarga yang bahagia. TAHNIAH.

  22. syaifuddin alias says:

    sini agak okay laa…org cakap bolehlah daripada tak ada 🙂

  23. bestnyeee main air.. dh lama xg tempat2 camni.. nak ajak en.suami gi la.. heheh

  24. wah berjalan jauh tu

  25. memang syok habis berkubang dalam tu..nampak gaya tempat macam besar..skali masuk brape lama tu baru kena halau keluar??ke main sepuas-puasnya sepanjang hari??

  26. perghh bestnya..dah lama tak gi sana..kene gi pulak ni..tapi makanan agak mahal..

    • mmg dah agak , jadi makan sebelum masuk dan selepas keluar. kat dalam tu belilah juga burger untuk alas perut sorang sikit.

  27. wah, seronok nampak ni.. tak ramai org, nak berkubang pun tak segan kan.. macam nak pergi jugak…

    • Gambang Waterpark ini antara yang murah dan dekat … jadi itu saja yang mampu..hehehe

      kebetulan memang ada urusan lain di Kuantan, ambil peluang berkumpul keluarga

  28. huissshhh… memang seronok main air di Gambang water park tu kan kujie… teringat kunjungan suri dn family ke sana 4 thn lepas… waktu tu tempat tu baru2 jea dibuka… org sesak x hengat… tp taim tu hotel dia msh ada promosi..so msh murah lg.. skrg ni dh mahal dh… should amik homestay mcm kujie buat kan… ok.. next time nk carik homestay gak… hehehehe…

  29. Bestnye! Semua nampak macam dah nak menggigil dalam air =)

    Sesekali bercuti ramai2 camni mmg best, cuma yg tak bestnya bila dah nak kena balik sini balik…huhuhu

    p/s. thanks kak jie kongsikan entri ni…mmg ada fikir2 nak cari info pasal Gambang WP ni…terbaiklah!

  30. baru tau gambang ada waterpark. keh3..

  31. aku rasa tiket masuk gambang water park ini memang agak berpatutan, kalau dekat afamosa pun dah 40lebih tapi ok la tu.

  32. memang seronok kalau tak ramai orang, tak perlu nak bersesak dan menunggu giliran..

    p/s : domain problem sikit, jadi harap maaf kalau tak dapat nak diterjah

  33. mana makciknya nih..

  34. Double Happines nampaknya,lepas SBB2013 terus ke Kuantan.

    Cadang nak pergi CHNY ni,Makanan ok tak Kak Jie?.Selalunya water park makanan tak byk pilihan.:)

  35. Anonymous says:

    Salam..sape tau ticket masuk gambang water part brape…dewasa…

Trackbacks

  1. […] lain buat live update, saya baru nak bersiaran. Apa nak buat, lepas acara saya teruk bercuti ke  Gambang Waterpark, Kuantan, kemudian mak dan ayah ikut ke rumah. Semalam dah hantar mak dan ayah balik kampung, adalah masa […]

  2. Bukit Gambang Waterpark| Hidup Biar Sedap says:

    […] PINGBACK NEGARAKU.MY: Bukit Gambang Waterpark| Hidup Biar Sedap […]