Day #1- Gua Tempurung
Percutian

Day #1- Gua Tempurung

Saya merancang untuk bercuti sepanjang laluan untuk menghantar Angah balik ke kolej di Kuala Nerang. Dia perlu balik pada hari Sabtu jadi kami ada 2 hari untuk bercuti sambil bergerak ke utara. Kami tak menetapkan tempat untuk bermalam. Di mana rasa sesuai dan semua ahli keluarga bersetuju, kami akan bermalam. Awal pagi tadi kami berlima dah keluar dari rumah. Memasuki lebuhraya PLUS di Tanjong Malim.

image

Ternampak ‘peminat’ di tepi lebuhraya bersiap sedia untuk mengambil gambar. Sempat buat ‘peace’ tapi flash tak menyala pula….hiks!

image

Lokasi pertama, ke Gua Tempurung, Gopeng, Perak.

image

Melalui Lebuhraya PLUS , keluar di Plaza Tol Gopeng. Ambil kiri arah ke Kampar dalam 5 KM akan jumpa simpang ke Gua Tempurung. Jarak dari jalan utama hanya kira-kira 2KM.

Ada 4 pakej yang ditawarkan untuk pelancong.

  1. Golden Flowstone – Tiket berharga RM 6 dan mengambil masa lebih kurang 40minit.
  2. Top Of The World – Tiket berharga RM 9 seorang dan mengambil masa 1 jam 45 minit.
  3. Top Of The World & Short River Adventure – Tiket berharga RM 11 dengan masa 2 jam 30 minit.
  4.  Grand Tour – Tiket berharga RM 22 dengan masa perjalanan 3 jam 30 minit.

Pakej 1 & 2 adalah laluan kering dan pakej 3 & 4 adalah laluan basah.

 

Waktu lawatan di Gua Tempurung mengikut jenis.

  • Golden Flowstone bermula dari jam 9 pagi hingga 4 petang
  • Top Of The World bermula dari jam 9 pagi hingga 3 petang
  • Top Of The World & Short River Adventure bermula dari jam 9 pagi hingga 12 tengahari
  • Grand Tour bermula dari jam 9 pagi hingga 11 pagi

 

Entri dan gambar Gua Tempurung yang lengkap di sini – Stalaktit dan Stalagmit di Gua Tempurung

image

Keluar dari gua, kami menjamu durian Perak. Durian awal gugur. Bercadang nak ke Taman Herba Negeri Perak tetapi hujan lebat membasahi bumi Perak.

Saya sedang menaip entri ini sementara suami memandu memasuki bandar Ipoh…. destinasi seterusnya belum diketahui….

image

Memasuki Bandaraya Ipoh ternampak taman dan wakaf. Saya tak tau nama taman tersebut tetapi berdekatan Sjkc Perak.

Kami berhenti untuk makan tengahari. Saya memang biasa bawa bekal mangkuk tingkat apabila keluar dari rumah.

sent from my GT-i9300

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

41 thoughts on “Day #1- Gua Tempurung

  1. Eh! Ngape tak masuk?

    Kali terakhir kami pergi ke situ waktu cuti Hari Raya. Ada 2 makcik pakai kebaya ketat dengan handbag masuk dalam tu. Tu yg tak tahan. Bukan apa, banyak tangga kat dlm tu — takut rabak je kebaya sendat nanti.

    U guys dah siap makan, mesti takde masalah nye?
    Jom terjah post menarik dari JomJalan ..Beli belah ke-2My Profile

    1. masuk… kami ambil pakej no2. ni entry live blogging secara ringkas. gambar dari telefon. baru rumah nnt baru buat entri lengkap gambar dari dslr

  2. thanks kak jie bagi idea nak ronda-ronda satu Malaysia cuti sekolah ni.
    gambar pertama tu memang terbaik.. sebelum dia tangkap gambar kita, baik kita tangkap gambar dia dulu. hahaha
    Jom terjah post menarik dari Cikgu Hairul ..Di mana kita berada?My Profile

  3. Senang bawa bekal sendiri. Paling kurang pun roti sandwich sebagai alas perut. Rasanya makanan disebelah utara lebih murah daripada Lembah Kelang.

    Kalau kawasan cantik macam ini akan jadi bidikan kamera DSLR.
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Ragam si kucing mencuit hatiMy Profile

    1. blogger tegar hihihi
      kalau dari phone tak apa
      tapi kalau membaca suratkhabar atau buku je tak boleh
      tapi touch screen ni agak bahaya…bergoyang sana sini, typo je tersentuh huruf lain :p
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Day #3 – SomtamMy Profile

    1. kalau berjalan, kita tak pasti masakan gerai yang kita singgah tu menepati selera…kalau bawa dari rumah, itu mmg selera anak beranak kita..senang

      biasanya utk lunch pertama, dah hari lain mana sempat nak masak… kalau keluar bercuti dua tiga hari
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Day #3 – SomtamMy Profile

    1. dah install wp for android? kalau ada mcm biasa pilih new post. nak letak gambar klik icon kamera kat belah kiri bawah tu… kak jie biasanya resize dulu gambar supaya tak ambil masa utk loading

Comments are closed.