From Penang With Love

Nak mula cerita dari mana ye…rasanya saya tidak mahu terlewat untuk blog it out tentang pertemuan di harijadi dengan seseorang di Penang semalam. Mengikut rancangan saya akan pulang dengan keretapi 9.30malam tetapi agak malang kerana semua tiket keretapi malam tadi untuk ke selatan telah habis. Saya cuma mendapat tiket bas jam 6.00 petang sahaja. ( maaflah kak nita, kerana tak sempat jumpa- saya dah bawa acar buah dalam beg tau…)

Semalam saya jumpa birthday girl Yonnaselamat ulangtahun Yonna – moga dihindari daripada segala kepayahan yang merungsingkan, pemikiran yang membingungkan dan pengalaman yang menyedihkan di sepanjang tahun² yang akan datang ini. Moga terpelihara keselamatan dalam pemeliharaan-Nya dan dilindungi dari sebarang kejahatan, keburukan dan kekusutan. Moga dipanjangkan umur dalam keimanan, sihatkan tubuh badan dengan kecemerlangan akal juga diberikan kesenangan harta benda yang penuh keberkatan.

Ikuti perjalanan kami dengan feri menyeberangi Selat Utara – Selatan. Feri yang penuh nostalgia dan bas antik yang kami naiki hingga ke Komtar.

Lama tak naik feri, Angah sendiri dah lupa bila kali terakhir kami naik feri. Rasanya 3-4 tahun lepas. Tambang untuk dewasa rm 1.20 dan kanak² 60 sen.

Ini di bahagian feri yang menempatkan kenderaan. Bahagian atas untuk penumpang.

Jumpa Yonna kat jeti dan terus naik bas antik..hahaha…sungguh klasik ! Kami yang tak sabar ini penumpang pertama yang naik. Banyak tempat kosong tapi nak juga berhimpit²… nak bergossiplah tu.

” mama, what happen?”
” ape..tak de apelah….”
” mama ni poyolah….”

dush…dush….selamber dia je cakap mama poyo!

Kami raikan birthday girl kat pizza hut saja. Tak banyak masa untuk merayau cari pilihan yang lain.

Sekejap ada…. sekejap tak ade! menang masing² tengah lapar . Pantang nampak…

Waktu balik semula ke jeti, kami memilih sikit, nak bas yang baru…hahahaha.. jahat tau. Kami naik bas Rapid Penang tapi kesian pula dia orang yang terpaksa bergayut. Seronok sangat kerana saya memang suka mendedahkan anak² saya dengan pengalaman seperti ini. Biar berpeluh bersesak² kerana mereka sedang belajar erti hidup.

Yonna asyik risau takut saya tertinggal bas. 5.15 petang saya masih di dalam bas dan perjalanan dengan feri mengambil masa 15-20 minit tetapi saya tak pasti bila akan mendapat feri. Berlari² kami sepanjang laluan ke feri takut tertinggal. Syukurlah kerana tepat 5.48 petang feri yang kami naiki sudah merapat ke seberang.

Akhirnya jam 10.15 malam , kami selamat turun di R&R Rawang menunggu suami datang menjemput. R&R Rawang ditutup untuk kerja² pembinaan, jadi kami menunggu di tepi lebuhraya. Ada beberapa orang lain di situ.

Tengok gambar ini… ada objek bulan di belakang sedangkan bila kami menoleh tiada apa² sumber cahaya di situ. ha ha ha.. serammmm…..

Jangan Pandang Belakang…..hiks!

Nota : Gambar dan cerita lain, klik blog Yonna

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. diya – mama tak wat lawak arr..betul ni..

    mgkn satu hari..kadang2 benda2 ni tak leh rancang..kalo dah takdir…kita akan jumpa juga

  2. hehe. tak pelah mama. diya okeh je sbnrnya. *AA yg jeles sbnrnya,harharhar* 😛

  3. diya – nnt mama bagi kt diya gak..erk.tunggu raya..hahaha

    cute je anak2 mcm ni….

  4. ssupen tul kak jie, mana datangnya cahaya tu?

  5. syam – pergi syam..jumpa blogger kt penang pula..inilah untungnya …kenal di alam maya pun boleh diteruskan…dlm dunia realiti.

    penang best tau syam..tu belum lagi tgok pic kat pantai..erk..tp kat t’ganu pun pantai2 best gak…tp penang lain..

    jgn lupa try pesembor!

    neeza– betullah tu neeza…kakjie pun tunggu anak2 dah besar baru bawa dia org mcm tu..dulu anak kecik2..blk kg pun naik kereta gak..mcm2 nk di bawa..skrg ni… dia org dah pandai bawa diri….nk jalan mcm tu pun best sikit

    ni tgh tunggu intan besar nk g taman negara

  6. mat gebu – eeee…tak sanggup kakjie…. menandai je..time tu divaantu dah terkurung kt studio..mana antu leh merayau time tu..kehkeh

    mgkn rerleksi dari cahaya depan kot..kan tepi highway tu…

    tapi masa along tunjukkan gambo..kami menoleh tgok mmg tak de apa2 pun kt belakang…time tu seram gak..tapi kena buat2 beranilah depan anak2..hahaha

    cepotet – isshhh….tak de apelah..hehehehe

    penang best tau…romantik je..teringat segala kenangan yg manis2 ..je…

    cuti ade byk tu…g la cuti..nek feri!

    sipunat – hah….pergi jgn tak pergi..naik feri….mengimbau segala kenangan…

  7. jeles sama kak yonna… dapat adiah kain gitu… huhu… :p

  8. Neeza Shahril says:

    seronoknya berjalan kak Jie… naik feri.. naik bas.. neeza nak sangat dedahkan anak2 dengan pengalaman gitu.. biar diorang rasa susah sikit..
    tapi, ingat lagi kami pernah ambik experience naik LRT. Masa tu neeza tengah pregnant 2nd child. Sophea yang sulung baru dapat kaki. Dia boleh berlari kat station tu… huuuhhh!!! macam nak gugur jantung neeza bila tengok dia berlari dekat dengan benteng landasan…
    selagi diorang tak umur 10 tahun keatas, memang takleh bagi experience tu lagi la rasanya… 🙂

  9. bila lah agak nye dapat naik feri..hoo..hoo..hoo..ade yang ajak p penang ni tapi cuti plk banyak.. :p

  10. sipunat says:

    Wah seronoknya naik feri, lama dah tak naik, esok nak p penang arr lepas rindu…

  11. cepotet says:

    err.. scary la plak gambar yang ada bulan tu. akak ni, takut tau. :p

    besh nye. nak gi penang lah. rindu..

  12. Mat Gebu says:

    salam kak jie…
    Uikk lepas ni leh laa jadi volunteer utk rancangan seekers musim ke-6…Tah2 tuan benda yg mcm bulan tu dok sebelah kak jie, siap rebahkan kepala kat bahuu lagi, sayang beno dia dgn kak jie…hehehehehehe….

  13. tunggu kejap je tu… abg dtg lepas tu..hahaha..seram gak bile along tunjukkan gambo tu..tp ckp je..ala….pantulan cahaya dr depan tu..sedapkan hati..hehehe

  14. mama jie..jangan pandang belakang..he..he..he.he tak takut ke dok kat situ

Trackbacks

  1. […] Pulau Pinang , saya telefon Yonna, anak siber yang saya kenal sejak 7-8 tahun dulu.  Kali terakhir kami ke Pulau Pinang tahun 2008, […]

  2. […] Kami pernah bertemu beberapa kali, dan kali terakhir di Penang tahun 2008 – From Penang With Love […]