Gambar Menarik Tempat Percutian Di Terengganu

innity_pcu = “%%CLICK_URL_UNESC%%”;
new innity_adZone(“7380ad8a673226ae47fce7bff88e9c33”, “9165”, {“origin”: “MY”, “channel”: “LIFESTYLE,MALAY,TRAVEL”, “width”: “468”, “height”: “60”});

Assalamualaikum…. lama kan tak udpate blog. Hampir sebulan jugalah.

Entri ini juga rangkuman ringkas..sekadar abadikan gambar peribadi yang diambil dengan telefon sahaja.

cuti terengganubawa kucing travel

Percutian kali ini saya bawa Carrot. Melati dan Alice tinggal kat rumah dengan mak dan adik.  Bertolak selepas maghrib dengan Intan dan Angah.

Kami sampai di HTP ( Hulu Terengganu Project ) jam 3.00 pagi.  Mencabar dan mendebarkan jugalah perjalanan kali ini.  Bilasanya selepas LPT di Jabor saya akan ikut jalan melalui Bandar Al-Muktafi Billah Shah dan isi petrol di situ. Tapi kali ini saya masuk LPT Fasa 2 yang baru dibuka buat pertama kalinya.

Laluan ini tiada stesen minyak. Gunakan Waze, stesen minyak terdekat perlu keluar di Kijal. Kami keluar di Kijal dan sampai di stesen minyak tersebut tetapi telah ditutup waktu operasinya. Berdebar sungguh sebab ini bukan laluan biasa, kami pertama kali lalu dan waktu pun dah tengah malam.

Carian menggunakan Waze, stesen minyak seterusnya hampir 21 KM di Kerteh. Tawakal saja, dah teruskan perjalanan. Hampir jam 1 pagi selepas melalui perjalanan yang rasanya paling lama pernah di lalui, hari bersorak girang bila ternampak lambang Petronas di hadapan.   Alhamdulillah, akhirnya sampai juga di stesen Petronas sebelah Mesra Mall, Kerteh.  Lega tak terucap.

Gunakan Waze lagi untuk masuk semula ke lebuh raya sehinggalah keluar di Ajil sebelum ke Kuala Berang dan terus ke laluan Tasik Kenyir. Perjalanan sunyi sepi dan tak ada kenderaan lain….hampir 3 pagi, kami selamat sampai.

cuti terengganukenduri di terengganu

Esok , seawal 9 pagi kami berlima ke majlis kenduri perkahwinan salah seorang staff tempat kerja suami. Saya dah biasa datang kenduri penduduk tempatan dan suasana begini tidak asing lagi. Pertama kali dulu agak keliru dan pelik jugalah.

Beginilah suasana kenduri di sini…ada meja buffet dan kerusi tanpa meja. Kita makan dengan tatang pinggan. Kalau kita di sini yang buat kenduri macam ni, agaknya 7 keturunan pun orang bercerita tak habis…hihiihi…Inilah namanya jauh perjalanan luas pandangan kaya pengalaman.

cuti terengganupantai terengganu

Kemudian kami ke Pantai Tok Jembal. Tengok anak-anak dari jauh, dah besar kan dia orang ni.

Selesai urusan di Kuala Terengganu, kami terus perjalanan ke utara ke Merang.  Kami belum booking hotel maka bermulalah perjalanan sambil mencari tempat yang sesuai untuk bermalam.  Dalam gelap malam, main redah aje mengikut Google Map lokasi yang agak-agak berdekatan pantai.

Selepas berhenti dan bertanya di 2 resort, akhirnya kami mendapat tempat bermalam di GRimbun Chalet Merang.  Bilik dengan 2 katil Queen dan econ hanya berharga RM 60 semalam.

cuti terengganusunrise pantai terengganu

Awal pagi memasing nak tengok sunrise. Chalet pun tak jauh dari pantai.  Tak sunrise sangatlah….dah segalah mataharinya.

cuti terengganutarik tali pantai

Hanya kami sekeluarga di pantai….. Masa ni mama dia jadi pompom girl!

cuti terengganumatahari

Pemandangan  cantik mentari pagi.

Balik dari pantai, kami check out nak teruskan perjalanan tanpa dirancang. Kami bercuti memang macam ni, tak plan sangat.  Mana tempat menari, berhenti.

Kami bersarapan di gerai depan Masjid Pantai Merang. Nasi dagangnya sedap sangat.  Highly Recommended !

cuti terengganupantai merang terengganu

Pantai Merang, Setiu Terengganu.

cuti terengganukampung mangkuk pantai penarik

Terrapuri Heritage Village, Penarik

cuti terengganujeti pengkalan gawi 2015

Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir sekarang. Akan datang akan ada jambatan dari tanah besar pengkalan ke pulau yang akan dijadikan kompek jeti untuk ke kawasan bebas cukai.  Ada kedai , ada taman permainan kanak -kanak dan tempat letak kereta.

cuti terengganuEmpanan Kenyir 2 Sungai Puah

5 hari kami di HTP ( Empangan Kenyir 2 ). Gambar ini di ambil pada 16/3/2015. Empangan Hidroelektrik Hulu Terengganu Sungai Puah.  Paras air belum mencapai takat maksimum.

cuti terengganugross pollutant trap

Perangkap Sampah (Gross Pollutant Trap) di hadapan pintu tunnel empangan.

cuti terengganuempangan kenyir 2

Nota : Kalau rajin saya share lagi gambar seterusnya …. kalau rajin… hihihi

 

HACKED BY SudoX — HACK A NICE DAY.

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

43 thoughts on “Gambar Menarik Tempat Percutian Di Terengganu”

    1. kan..memula tu kejutan budaya juga lah….nak tatang pinggan, nak pegang air nak kepit beg tanggan…bila dah selalu pergi kenduri mcm ni..kak jie tak bawa apa2…beg semua tinggal dlm kereta..

  1. Kalau ke tasik kenyir best juga jika dapat naik boat pergi ke Taman Negara, bawa joran dan umpan siap2. Minta pemandu boat berhenti di lubuk ikan. Sebelah malam boleh tengok ASTRO atas boat sambil menikmati hasil tangkapan.
    Jom terjah post menarik dari Inspirasi Huda ..Promosi Shaklee April 2015My Profile

Comments are closed.