Hari terakhir di KK

Sedia!

Mula!


Eeyahhh….!!!

Pagi terakhir, kami berkunjung ke Pantai Tanjung Aru. Niat ingin bersarapan di tepi pantai tetapi satu kedai pun tak buka. Layan je lah bapa budak dan anak².

Selepas bermain bebas di pantai, kami balik ke KK semula untuk sesi shopping raun ke-2


Cik nak beli buah..betik ada, tembikai, limau, mangga dan avacado.

Ini makanan tradisi orang Sabah. Kuih cincin dan yang bulat² yang pada anggapan saya makanan ikan itu adalah Amplang.

Kat airport saya jumpa awek cun dari Sandakan ini…. member Teratak Santai bernickname ‘snow’.

Kendian…group kami disertai Combi. Terharu sangat kerana dia sanggup memandu dari Tuaran ke KK. 2 kali dalam satu hari dia menghantar orang ke airport… he he…

Terimakasih atas segala layanan baik yang diberikan juga cenderahati .

Terimakasih bah…

Percutian yang lancar dan indah segalanya sempurna. Dari hotel, pengangkutan dan segalanya cukup memuaskan hati saya. Terimakasih tak terhingga untuk suami yang menghadiahkan kenangan indah ini sempena hari jadi saya. Juga anak² yang melengkapkan kehidupan saya. erk…September ada lagi bang…. :p

Jawap pertanyaan :

echah_syed said… nmpk tak water fall kat gunung otw turun dari kundasang??


Menang nampak air terjun di kejauhan dalam perjalanan turun….tinggi. Klik gambar ini untuk melihat dengan jelas kerana Canon EOS pinjam saya tidak mempunyai lanse yang hebat.

muadzlife said…
bagus juga service resort tu yer…
camane stay kat situ ok tak…mana tau kot2 ada rezeki ke KK…bleh dok situ 🙂

Untuk bilik Deluxe ( katil king size ) – RM 155 semalam dan saya gunakan 2 bilik. Kat Kinabalu Pine Resort sahaja kami tidak berkongsi bilik. Malam pertama dan malam terakhir saya tinggal di Sri Borneo Hotel dan berkongsi bilik dengan 2 katil saiz king berharga RM 176 semalam.

Untuk pengetahuan kawan², kedua² tempat tinggal saya memang memberikan perkhidmatan yang amat memuaskan. Pihak hotel sentiasa menghubungi kami memastikan kami tidak tersesat untuk ke destinasi.

Layari laman web Kinabalu Pine Resort untuk rujukan. Untuk pemandangan yang paling menarik, tempah block R atau S. Block ini betul² mengadap ke arah Gunung Kinabalu.

Saya menyewa kereta Kenari dengan harga RM 90.00 sehari. Kerana saya amat berpuas hati sewaktu bercuti di Sabah, saya pun nak iklankan mereka di dalam blog saya…

Kinabalu Pine Resort : (+60)88 889388
Sri Borneo Hotel : ( +60)88 280777
Kereta Sewa : 013 – 869 7986 – tatau nama sebab dia hanya berurusan dengan suami saya.

NOTA KENANGAN: Malam terkahir saya di KK, satu Sabah bergelap tak de elektrik!

~ entri cuti dah habis…tamat…the end ~

Semua entri tentang percutian di Sabah…

  1. normally as if your web page however you ought to look at the spelling upon several of your site content. A lot of them are generally rife by using punctuational concerns and I in finding that pretty worrisome to express to the truth however , We’ll unquestionably are available just as before again.

  2. hi.. saya menawarkan perkhidmatan kereta sewa pandu di kota kinabalu.. harga budget .. penghantaran ke airport dan hotel2 area kota kinabalu adalah percuma… 😉 siapa yang berminat boleh hubungi saya terus di talian 0138999242 ataupun di website kami http://www.kkrentacar.com … terima kasih.. selamat datang ke sabah di bawah bayu 😛

  3. Aku pun dah lama plan nak bercuti kat KK nie, kira affordable jugak lah nak gie bercuti ke KK nie, cuma nak kena plan awal awal dapatkan tiket Airasia yg murah murah 😀

  4. Tumpang Lalu, untuk mereka yang mencari kereta sewadi Kota Kinabalu.

    Kota Kinabalu ialah Ibunegeri Sabah dan merupakan pintu masuk ke tempat-tempat pelancongan menarik yang berada di seluruh negeri Sabah Di bawah Bayu. Dalam menyempurnakan percutian impian anda atau bagi kegunaan sewaktu keadaan yang memerlukan kami berusaha menyediakan khidmat kereta sewa dengan harga yang berpatutan dan layanan yang pastinya memuaskan.

    Antara kereta yang terdapat pada kami ialah

    Proton Wira 1.5 – Manual
    Honda Civic – Auto
    Toyota Avanza 1.5 – Auto n Manual
    Proton Saga LMST – Manual
    Perodua Myvi – Manual
    Perodua Kancil 660 – Auto n Manual
    Proton Waja – Manual
    Van Nissan Urvan – Manual

    Untuk kereta-kereta jenis lain akan disediakan mengikut permintaan.
    Harga sewaan amat berpatutan dan boleh dirunding mengikut tempoh sewaan.

    Untuk Maklumat Lanjut atau untuk bertanya sebarang pertanyaan mengenai hotel, laluan, kemudahan atau perkara lain yang melibatkan Kota Kinabalu bolehlah menghubungi kami
    di Talian : 012 2822655 – Karim
    atau email : zilhelmy@yahoo.com

  5. Pingback: Pulau Manukan | Hidup Biar Sedap

  6. jiji – mutiara tu makanan hati..hahahah…hati hepi nengok benda2 camgitu..tipikal makcik2 kan…hahahaha

    ita ujan emas negeri org…baik ujan ribut kt tmpt sendiri… he heh

    riani – next time nk terus mendaki..tunggu intan dlm 12thn ke..dah besar utk bawa barang sendiri..heheheh…

    kasawari – kakjie faham…sbb tak bleh terbang…:p

    Pakngah – terimakasih.

    betul tu pakngah… kejap ada kejap tak der….mcm main nyorok2 pula puncak kinabalu tu..buat kita lagi teruja…

    neomesuff -nk kirim ..ha ha ha..

    mz – uik..pakcik nk repot erk…mana bukti..mana saksi?

    kehkeh… bawa canon eos sedebak besar tu..dia nyer pramugari tak tego pun…owhhh…tahap kejelesen pakcik setinggi awan putih…mana de awan kaler biru..tipu arr….langit pun tak de kaler biru…putih kelabu je….hahaha

    mika – mama pun tak sabar nunggu offer lain…nk p tmpat lain lak..hiks!

  7. iyerrrr..saya jelesss..
    cantik pemandangan kat sabah,,,huhuuu air asia biler nak buat ticket free nie…huuu

  8. – hep hep! mana bleh amik gambar dlm kapalterbang!!!! report!!!!!! *dgn nada jeles*
    – o0o0o0o0 .. sabah gelap pasal kujie ekkk. report kat tnb! 😀

  9. KK memang best!!!!! they have all in one, gunung, island, nature, shopping..mmg terasa nk p lagi dan lagi

  10. :: salam… happy belated birthday…

    :: di Kinabalu Pine Resort tu sememangnya baik utk berbulan madu & perjalanan amat bermakna jika ada kenderaan sendiri… tapi PakNgah ke sana cuma baru 2 kali… itupun untuk tugas rasmi.

    :: perubahan cuaca yg tak menentu antara sejuk berkabus dgn teriknya matahari itulah yg mengindahkan pemandangan… tambahan pula di kejauhan sana kelihatan air terjun di Gunung Kinabalu… begitulah kurniaanNYA kepada kita…

  11. cantekkk² gambar yg kak jie captured…memang mendamaikan suasana di kundasang kan…next time dtg tawau laks kak…hehehehe…hugs…

  12. Hish hish makcik dari semenangjung nehhhh@!~

    Mutiara 4 lima kilo bukab boleh makan.. udang laa beli pat lima kilo@!~ buat sambal petai…

    Alahaiiiiiii lapar dahhhhhhhhhh@!~

    *self reminder ON!* .. nasi is fattening nasi is fattening@!~

  13. jiji – eh..bkn kt makcik buah je…tu awek2…kat pasar pilipin tu pun..sebut je….ckp makcik dr semenanjung yg beli mutiara patlima kilo dulu tuuu…ha ha ha…

    lestat – 1st anniversary nnt plan la p sana…

    cendawanintim – bila masa tiba… adalah tu..kakjie pun tak de rancang..alih2 airasia ade offer….terus jalan…:p

    umi mia – kereta sewa tu rasanya murah..sebab ada org ckp dia org dpt mahal.. kalau WIRA pun RM 100 je. Anak² pilih Kenari sebab dia org tak pernah naik..hehehe

    nk pergi ckp ye..nk kirim kristal lagi..hahahahha..bile blk mcm tak cukup je beli..:p

  14. Umi Kalthum Ngah – Waalaikumsalam.. cuti mmglah seronok..lepas cuti tu yg perit tu…mencuci!

    Arin – ooo…kalau dah ngidam kuih sabah tu…wajib pergi tu arin…he he he..

    muadz – hargai sewaktu ada..

    kuden – dah kakjie p cuti dendiam..takut kuden nk ikot..he he he

    thn 98 tu…rasanya tak byk sgt perubahan …

  15. favourite my husband tu..keropok ikan ambleng tu…thanks for the info on hotel and kereta sewa tu…gonna be good info for our future reference…hehehee

  16. suealeen – itulah..byk programe mlm tu tak jadi..alih2 pakat tido awai..dah penat ptg tu g pulau.

    kempunan ikan bakaQ..he he he

    Intan – Intan sebulan tu dah dok tick kat kalender..hehehe..dok kita hari nk naik kapaiterbang..sedanakan masa 1st time bawa dia naik kapaiterbang tu..dia kecik lagi..baru 3 thn..belum ada ghairah nk bercuti..ini dia dah faham..tu yg hepi sgt tu…

    Terpegun tgok airterjun tu..tinggi…………

  17. cikgu panji – betul tu…kalau tak cukup sorang..rasa mcm tak lengkap..kami tak pernah bercuti tanpa salah sorang…

    Rockrider 9.1 – amboiiii dia…. sihat ke kembang?

    he he he… enitaim dear!

    Neeza – kakjie p bkn peak season…jgn la pergi time cuti sekolah… ramai org, tak selesa pula.

    Bila la neeza nk p..he he he…erk..bila la neeza nk balik..

    echah_syed – huhuhu…ingat mlm last tu merayau sampai pagi..alih² tak dak karan….awai lagi dah lena..dah le ptg tu penat berenang2

    Ikan bakaQ pun tak dan nk merasa.

    OOO..cik abg dia dah blk tu..hepi sakan la…Kirim salam ye…ramah juga dia…masa kita jumpa pestaim tu diam..belum jumpa gu kot..

  18. sonot cuti kan K. Jie, petah lagi bersama insan2 tersayang..turn saya bila laaaa…..uwaaaaaaaaaaaa…

  19. sorii! post hari terakhir baru saye tulis kak.. wow!! besttnyerrrrr!! nampak ikan tu yg tak tahan tuuu.. rasa nk gi je kat sana..

    waaa best best… kali pertama dan terakhir saya gi ranau ialah masa 98.. waaa sedekad yg lalu hehe

  20. Waktu saya pregnant, saya teringin sangat nk mkn kuih cincin tuh..luckily, aunty ader dok kat Sabah..di poskan kuih cincin tuh pakai Pos Laju..heehhehe..nenanti saya nak ke Sabah lak..cam aman damai je..

  21. Kak Jie…
    Intan tumpang seronok tgk gambar2 K.Jie & family. Esp gambar2 kat pantai yg tgh melompat2 tu 😀 Si Intan kecik tu mesti happy sesgt!

    Pic air terjun tu mmg superb. Ciptaan Ilahi…(termenung kejap). Terasa nak terbang ke Sabah skrg gak 😛

  22. ha.. tu dia.. penangan malam terakhirl… mesti tak sangka kan… banyak2 tempat sabah yang bergelap.. sabo je la

  23. kenangan paling manis..takde karan ! :p

    aku baru balik ambek abg kat epot ni..td sempat dia gi jupe precious 10 minit jer.pastu terus ambek ERL gi KLIA.

    adehh! rindu kat anak dia 🙂

    ~ dia bw buah tgn dari sana kek kurma 2 bantal & kek buah sebantal beli kat epot lagi tuu.. :p

    ~ aku suh beli dunkin donat..tp dia tak sempat sbb kejo flyte takut lmbt..

    OK LAA TUU !!

  24. Bestnya dengar cerita Kak Jie ni.. ni yang buat Neeza rasa macam nak pergi jugakkkkk!!!!
    Murah tu sewa hotel dan kereta..

    Terima kasih bagi contact number tu Kak Jie..
    neeza tak salin lagi.
    Nanti, nak pergi, neeza check blog Kak Jie balik ye 😉

  25. kak jieeeeeeeeeee………….
    akak makin sihat la…alhamdulillah.

    yongtaufoo jom! ;D