Hari Terakhir -ICT

matahari naik di pantai
Awal pagi keluar menjejak pasir di pantai. Menunggu sinar mentari menyinari alam.

kolam renang legend cherating resort
Pengunjung hotel semakin ramai. Mungkin tiba malam tadi. Hampir 11.30 kami pun mendaftar keluar.

image

Singgah kali kedua di restoran pinggan besar untuk makan tengahari. Warung Aziz Satar & Otak-otak di Kuala Kemaman. Dari Cherating kami ke Kuala Terengganu. Dalam perjalanan yang basah disirami hujan, kami singgah di pantai Dungun.

Jam 5.00 petang, selamat sampai dan check in di Citi Point Hotel. Memang sengaja mencari hotel yang dekat stesen bas kerana saya dan Intan akan balik ke KL esok pagi dengan bas. Suami akan kembali semua ke tempat kerja di Tasik Kenyir.

Percutian dari ke Tasik Kenyir, Muzium Sungai Lembing , Pekan , Cherating dan akan diakhiri di Kuala Terengganu.

Kejap lagi nak cari ICT – ikan celup tepung!

sent from my GT-i9300

16 Replies to “Hari Terakhir -ICT”

Comments are closed.