boat di tasik kenyir

Hidup Dengan Pengalaman Bukan Sekadar Kenangan

Selepas habiskan masa hampir 2 jam di Cameron Highlands, kami teruskan perjalanan melalui Lojing ke Gua Musang.

Serendah – Simpang Pulai – Brinchang = 232KM ( kalau ikut Tapah  lebih dekat )

Brinchang – Lojing – Gua Musang  =  115KM

Gua Musang – Jalan Felda Aring – Tasik Kenyir = 121KM

Lojing

Keadaan cuaca mendung mengiringi perjalanan pertama kali melalui jalan ini.  Terpegun terkejut terkesima melihat seluas mata memandang segala bukit bukau diratakan untuk projek penanaman sayur.  Kata Along macam nak supply sayur untuk seluruh Malaysia saja.

landmark tanda sempadan

Selepas Gua Musang, kami memasuki laluan Jalan Felda Aring.  Selepas melalui jalan berbatu, berdebu dan berlopak , akhirnya kami memasuki sempadan Negeri Terengganu.

sempadan daerah hulu terengganu

Tiap kali melalui tempat ini, mesti berhenti.  Rasa best sangat dengan view batu keras dan pokok sebatang yang menjadi landmark sempadan dua negeri ini.

sempadan kelantan terengganu

Memang tak banyak kereta yang melalui jalan ini.   Seronok pula budak-budak ni main tengah² jalan.

menumpang kereta

Sanggup tak berhenti bila ada orang cuba menumpang ditengah-tengah hutan belantara seperti ini?

Suami saya kerap juga tumpangkan orang ( mungkin pekerja balak/kebun/kelapa sawit ) tetapi mereka hanya menumpang di luar kenderaan .  Duduk kat bahagian luar Frontier.  Dia pun tak berani nak bagi orang asing yang tidak dikenali masuk ke dalam kereta.  Bukan berprasangka buruk, cuma berhati-hati untuk keselamatan diri walaupun sedang melakukan kebaikan.

makan buah strawberry

Sampai saja ke tapak projek Hidroelektrik Hulu Terengganu, suami dah tunggu.  Kami tak boleh masuk kecuali dibawa oleh seseorang yang dikenali.  Kawasan kerja projek mega berisiko tinggi, kena dapatkan pas kebenaran masuk.

Tengok gambar ni – anak beranak berbaju biru dan semua bercermin mata!

Kami tinggal 3 malam di sini.  Suami masih kerja, belum cuti.  Berlonggoklah kami anak berada dalam satu bilik.  Walaupun nun duduknya ditengah hutan belantara, bandar terdekat kira-kira 60 KM, segala kemudahan lengkap termasuk bilik berhawa dingin,  siaran Astro, dapur, peti sejuk dan komplek penempatan pekerja yang dihuni lebih 300 orang ini juga mempunyai surau, kantin, kedai dan klinik.

Talian telefon saya terputus kecuali Maxis yang menggunakan satelit yang dipasang khas di kawasan pejabat .

Sesekali bila saya keluar ke bandar Kuala Berang atau melalui Pengkalan Gawi ( 30 KM dari tapak projek ) barulah telefon menerima signal.   Notification untuk Email, sms, missed call, whatsapp, Twitter, Facebook masuk menderu-deru termasuklah pesanan mengenai blog saya yang mengalami masalah.

boat di tasik kenyir

Hari terakhir di sini, kami menaiki bot menjelajah sekitar Tasik Kenyir.  Kawan suami pinjamkan bot.

menaiki bot di tasik kenyir

Bot  ini agak sempit untuk kami 5 orang jadi terpaksalah berganti-ganti ambil giliran.

bercuti di tasik kenyir

Saya suka gambar ni….

Sedang riuh rendah tunggu giliran nak menaiki bot, ada yang memanggil bila sekumpulan gajah melintasi kawasan tersebut.

gajah liar

Saya dah ke sini 4 kali dan belum pernah sekali pun terserempak dengan gajah.Menurut suami, dia dah banyak kali terserempak gajah bila melalui kawasan ini. Berung pun pernah nampak.

gajah liar terengganu

Keluarga 5 ekor  gajah liar ini bersama 3 ekor anak termasuk seekor bayi gajah.   Bila tengok keluarga gajah ini ada generasi baru, ada anak kecil , saya rasa populasi gajah liar di Malaysia masih terkawal.

gajah di hulu terengganu

 

Memang beruntung bila dapat melalui pengalaman melihat secara dekat haiwan mamalia daratan yang terbesar di dunia.  Along cakap nak tunjukkan bukti kepada kawannya kerana dia tak percaya, kat Malaysia ada gajah!

Memang sesiapa yang dapat melihat gajah liar di kawasan ini boleh dikatakan beruntung kerana ada pekerja yang telah setahun tinggal dan kerja di sini, belum pernah sekali pun berpeluang berjumpa.  Seronok dan puas hati kerana anak-anak dapat melalui pengalaman seperti ini.

28 Mac 2013 – kami bertolak meninggalkan kawasan aman damai ini menuju ke Langkawi melalui Kuala Krai dan singgah di Rantau Panjang dan bermalam di Baling, Kedah.

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

39 thoughts on “Hidup Dengan Pengalaman Bukan Sekadar Kenangan”

  1. sepanjang di hulu terengganu (hydro electric project) sy x pena jumpe gajah… selalu tengok dlm gambar shj…. tak pon hanya tengok gajah di Santuari Gajah Sungai Ketiar SHJ…

  2. oppp…bukan 300 pekerja…tapi yang tepat adalah 978 pekerja yang datang dari pelbagai negara…antara nya China,Viatnam,Bangladesh,Indonesia,Pakistan,India, philipina,Canada dan semestinya Malaysia.
    Jom terjah post menarik dari Ann ..Kembali ke tanah tumpah darah kuMy Profile

  3. Eeeeeee….bestnye tgk gajah life… Dyh tak sangka mmg ada gajah liar Kat Malaysia… Lagi Kak…..lagi cerita…..lagi…
    *jeles betul tgk anak anak akak baiiik punye bergambar tgh jln tu..
    Hehe..
    Jom terjah post menarik dari dayah ..Contact UsMy Profile

  4. Seronoknya dapat travel beribu batu macam kakjie. Agaknya berapa kos anggaran ye untuk mengembara macam tu? Best jugak kalau akak dapat share..
    Jom terjah post menarik dari Cikgu Hairul ..Mudah ingatMy Profile

    1. sebenarnya nak share bab perbelanjaan ni secara terbuka payah sikit, jadi kak jie share di sini aje lah

      Ini kos untuk 5 dewasa

      Tempat tinggal – percuma ( Kenyir tempat tinggal suami, Baling rumah mak, Langkawi rumah saudara )
      kos minyak – lebih kurang RM 300 + tol RM 60 + minyak di Langkawi RM 20 ( kereta percuma )
      kos feri – RM 230 ( pergi balik dari Kuala Kedah ) + parking kereta RM10
      kos bot chartered mengelilingi pulau – RM180
      Tiket LIMA – RM 50
      makan ( 6 hari ) – RM 300

      tak termasuk kos singgah Rantau Panjang membeli belah
      beli cokelat RM 300
      lain-lain

      Anggaran RM 1500
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Hidup Dengan Pengalaman Bukan Sekadar KenanganMy Profile

    1. itulah kak jie cakap kat anak-anak
      dia orang beruntung sebab abah dia kerja merata tempat, semua tempat dah masuk
      kadang2 tempat² yang orang biasa tak boleh dekat, atau tengok projek² mega yang orang lain dapat pandang dari luar saja
      ini pengalaman utk dia orang
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Hidup Dengan Pengalaman Bukan Sekadar KenanganMy Profile

Comments are closed.