ICT Dan i-City Kuala Terengganu

Ni cerita percutian hujung tahun ke Pantai Timur yang tak habis lagi. Selepas ke Muzium Sungai Lembing , ke Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan , melawat Tanjung Agas dan makan Murtabak Mengkasar, kami  check out dari Legend Resort Cherating dan meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu.

Saya merancang untuk balik ke KL melalui Kuala Terengganu dan suami akan terus balik ke tempat kerja di Hulu Terengganu.

Dari Cherating ke Kuala Terengganu lebih kurang 170 KM .

Dijangkakan kesesakan teruk  kerana  projek pembinaan jambatan baru Bukit Kuang, kami mengambil jalan alternatif  Chukai- Kampung Ibok- Kijal .  Bukannya pernah lalu pun jalan tu, tapi sempat baca papantanda jalan alternatif ke Kuala Terengganu.

Bila lalu jalan ni, terjumpa Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman yang terletak di Kampung Ibok/Bukit Takal. Baru bercadang-cadang nak berhenti, hujan turun betul-betul di depan mini zoo.

Sampai di Kuala Terengganu hampir jam 5.00 petang.  Cari hotel yang berdekatan stesen bas kerana senang nak balik ke KL esok paginya.  Lepas Check in di DJ Citi Point Hotel Kuala Terengganu, kami mengoogle maps mencari Teluk Ketapang. Kata orang ada ICT di situ. Orang bercerita tempat ini sangat popular di Kuala Terengganu kerana menu ICTnya.

Hari hotel,  melalui Jambatan Tengku Mizan .  Selepas jambatan, belok kanan ke arah Seberang Takir.  Teluk Ketapang berdekatan Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu.

A

ICT Pok LOng

Akhirnya sampai sejam sebelum kedai ditutup. ICT – Ikan Celup Tepung Pok Long, Teluk Ketapang.

Memang ramai orang walaupun hujan selebat-lebatnya.  Bukan saja kereta persendirian,  pelawat dengan bas pelancongan pun ada.

ikan celup tepung

Kalau kat sini, memang tak ‘lalu’ sangat nak makan ikan celup tepung.  Maklum ikan dah seminggu sejuk beku.  Tapi di sini ikan dan makanan laut sangat segar.   Kami ambil kan kembung dan ikan pari celup tepung.

udang goreng tepung sedap

Udang Celup Tepung ini sepinggan RM 5

keropok losong sedap

Keropok ikan .  Kalau kat sini kita makan keropok tepung perasa ikan.  Kat ICT Pok Lang,  memang keropok ikan yang betul-betul mengandungi  kandungan ikan.  Satu tu harganya RM 0.50.  Sos cicah pun sedap.

Kami juga ambil sotong celup tepung.  Tak sempat nak ambil banyak gambar kerana melayan nafsu…hiks!

Tetapi…….  Kuala Terengganu memang mempunyai i-Citynya.

Balik dari Teluk Ketapang , kami luangkan masa pusing-pusing bandar Kuala Terengganu.

kuala terengganu waktu malam

Nampak saja pokok berlampu warna warni , mesti akan cakap i-city.

lampu ict

Lokasinya terletak di Pulau Warisan , Jalan Hiliran berdekatan dengan Chinatown.  Kuala Terengganu .   Saya tak pernah ke i-City Shah Alam walaupun dekat , tetapi dapat pula melawat i-City Kuala Terengganu walaupun tidaklah sehebat i-City Shah Alam.

Yang pasti percuma, tak semahal i-city Shah Alam.  Parking pun percuma.

tempat menarik di  kuala terengganu

Merentangi terusan ini ada satu jambatan besi yang cantik.  Bukan Putrajaya saja ada jambatan gagah menarik, Kuala Terengganu pun ada.

penyu terengganu

Penyu pun ada kat Kuala Terengganu.  Kedudukan tersorok arca ini masih dapat kami kesan!

kampung cina di kuala terengganu

Pulau Warisan ini terletak di belakang Kampung   Cina  di muara Kuala Terengganu berselebelahan  Hotel Seri Malaysia Kuala Terengganu

jagung bakar

 

 

Dua kali pusing melalui kawasan ini, kami ke Pantai Batu Buruk.  Beli jagung bakar dan  luangkan 15 minit di pesisir pantai ini.

Kuala Terengganu betul-betul ada i-city  dan ICT ( Ikan Celup Tepung )

©kujie – ada banyak gambar tetapi tak berapa rajin nak menulis. 🙁

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. masakannya khas sekali dengan nuansa pantai, pasti lezat sekali 🙂
    Jom terjah post menarik dari Jefry ..Cara Cek dan Pembayaran Tagihan Listrik PLN Secara OnlineMy Profile

  2. tliur pulak tengok keropok salut tepung perasa ikan.. yg nie tak pernah makan lagi ne..
    Jom terjah post menarik dari Wan Fauzi ..Erti Ketenangan Yang SebenarMy Profile

  3. Ikan celup tepung…mmg menu wajib bagi pelancong ke Terengganu…

    Alamak, sayepun belum sempat ke i-city Terengganu…malunya…hehe
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Jadual Liga Super Malaysia Musim 2013 | Bola SepakMy Profile

  4. KT memang meriah malam-malam.
    saya ke sana ada satu tempat tu pasar ape ntah,dekat2 bandar gak.
    borong keropok ikan dan segala2 yg ada.
    Jom terjah post menarik dari Izwan ..3 Kali Pusing di Big Bad Wolf Books 2012My Profile

  5. tak payah melancong sampai keluar negara pun dah cukup seronok melancong kat dalam negara sendiri..

    sy dan isteri pun ada perancangan nak pusing satu Malaysia bawak anak-anak bila bila berkesempatan..
    Jom terjah post menarik dari pipoq ..Peka dan belajarlah memahamiMy Profile

  6. jagung tu nampak mengasyikann sungguh. lama tak makan jagung bakar.
    Jom terjah post menarik dari ohcikgu ..Rezeki contest awal tahun 2013My Profile

  7. rasa macam nak bercuti pergi terengganu juga.
    saya pun blm pernah pegi ict shah alam. patah balik bila dpt tahu parking kereta pun dah mahal.
    Jom terjah post menarik dari Ladfe Amir ..Giveaway Contest Pengajaran Di Sebalik Kisah Lagi RM20 SahajaMy Profile

  8. na na na na na… ganu kite.. tahun 2013 tahun melawat terengganu.. jupe mung di nung..
    Jom terjah post menarik dari KiD ..PROMOSI UNIFI FREE SEBULAN SUBSCRIPTION FEEMy Profile

  9. ok kampung ku… lama dah tak balik kampung ni…
    apa2 pon sotong celup tepung terbaeekkkk!
    Jom terjah post menarik dari sohoque ..Faktor Dalam Memilih Penyedia Perkhidmatan Jalur LebarMy Profile

  10. bakk sikit keropok ikan tu. hantar ke banting.
    Jom terjah post menarik dari titan ..Konsep asas bila buat Contest.My Profile

  11. Kak Jie catat ke setiap tempat Kak Jie pergi? Sebab biasa kalau pergi mana-mana, lepas tu nak tulis blog.. mesti lupa apa yang nak diceritakan. Haha
    Jom terjah post menarik dari Izzat Aziz ..Tinggi dan Rendah Moral ManusiaMy Profile

  12. HP 3 hari kat hotel seri malaysia kuala terengganu. Nak ronda-ronda tak leh sebab hujan manjang.
    Jom terjah post menarik dari hatiputera ..Traffic 1000+My Profile

  13. syaifuddin alias says:

    semua celup tepung punya dekat ICT sana..hihi..terbaik lah
    Jom terjah post menarik dari syaifuddin alias ..Vote Blog Syaifuddin Alias Dalam Social Media Week 2013My Profile

  14. Nak juga nama ICT untuk nama kedai. Memang nama yang memainkan peranan. Mudah ingat dan ringkas.
    Jom terjah post menarik dari Arrazi ..Perancangan Blog My Arrazi Pada 2013My Profile

  15. tahniah kerajaan negeri terengganu sebab buat ict.dapatla pelancong buat aktiviti waktu malam.
    Jom terjah post menarik dari qadar ..Finance guide basicsMy Profile

  16. PM lebih tertarik dengan udang celup tepung tuh…
    Jom terjah post menarik dari papa mifz ..Sebelum dan SelepasMy Profile

  17. Nampaknya kalau ada rasa dan keinginan nak pegi ke i-City Shah Alam yang mahal tu,sekarang dah ada pilihan..sebelah pantai timur pulak tu..memang nak kena pegi..

    ** Haa..haa..ICT (Ikan Celup Tepung)..menarik..menarik..
    Jom terjah post menarik dari Hairul Azni ..Tiket Taman Tema Air Bukit Gambang Resort City Belum Terusik.My Profile

  18. Memang makanan fvv tu terutama sotong,5 ekor sotong boleh habis. 🙂 lapar rasa perut ni dah.

  19. membaca entri ini membuatkan hati kuat nak pergi kembara ke Trengganu dan lansung ke Pulau-pulau yg cantik kat sana …. azam tahun ni.
    Jom terjah post menarik dari Denaihati ..Goodbye 2012, Welcome 2013My Profile

Trackbacks

  1. […] Ada banyak warung yang menjual ikan celup tepung di sepanjang pantai. Saya pernah makan di Ikan Celup Tepung Pok Long, baca si ini – ICT dan i-City Kuala Terengganu […]

  2. […] Antara tempat keropok lekor sedap di Terengganu yang popular ialah BTB ( Bukit Tok Beng ) yang terletak di Seberang Takir berdekaran ICT – Ikan Celup Tepung Pok Long, Teluk Ketapang. […]