Jalan Gua Musang – Tasik Kenyir Melalui Felda Aring

Edit 01/01/2014 – Jalan Felda Aring terbaru

 

jalan felda aring

 

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

EDIT : Baca entri terkini – Jalan Felda Aring 2013 ( Nov 2013 )

Faiz says:
Menarik jugak kisah perjalanan akak ni. Saya pun tak lama lagi nak gerak balik dari Kangar ke Kemaman, Terengganu. Teringin lalu jalan gua musang ke hulu terengganu tu. Tapi saya banyak dgr cerita mengatakan jalan di Felda Aring teruk. Betul ke kak? Boleh kongsi dengan saya tentang keadaan jalan die Felda Aring tu? Saya cuba search dalam internet, cuma yang jumpa pengalaman pengguna2 dari tahun 2010,2011. Yang terbaru tak ada pulak.

 

Kalau dari Kangar , ikut highway PLUS sampai Ipoh, exit di Simpang Pulai – Cameroh Highlands – Gua Musang – Felda Aring – Tasik Kenyir – Kuala Berang – masuk lebuh raya di Ajil dan keluar di Bukit Besi- Al Muktafi Billah Shah – Kemaman. Jauhnya…… 750 KM juga tu.

Kali terakhir saya melalui Jalan Felda Aring hari Ahad  lepas keadaan masih serupa, tak dibaiki. Cuma baru hujan jadi tak berdebu seperti Rally Dakar sangatlah. Kalau musim kering, pokok-pokok di tepi jalan tu macam alami musim salji , putih diseliputi debu.

Tapi lubang-lubang besar dah tak ada, dah ditutup batu kerikil bukan tar.  Bila hujan, batu-batu dihanyutkan air , keadaan kembali berlopak seperti biasa.

Saya ada ambil video , nak share kat Instagram tapi talian tak berapa kuat, failed.

Ini saja gambar yang ada.

jalan felda aring gua musang

Berbanding saya lalui tahun 2012, keadaan makin elok walau tidak baik sepenuhnya.  Jalan yang agak mencabar ini lebih kurang 100 meter.  Selain tu jalan persekutuan kawasan luar bandar, jangan nak berharap lebih-lebih.

Lalu jalan ni tak ada penempatan atau perumahan atau stesen minyak.  Pastikan minyak mencukupi dan isi minyak atau buang isi perut di R&R Gua Musang kalau dari arah Kuala Lumpur.  Mungkin ada tetapi bukan di tepi lalaun. Sesekali ada kedai makan , mungkin untuk pekerja ladang kelapa sawit. Kalau sakit perut, tahanlah kalau sanggup.

tandas

Nasib baik ternampak ‘rumah kecil’ di belakang kedai makan yang tidak dibuka di sebuah simpang kilang sawit … atau apa pun tak pasti.   Jangan nilai apa yang dilihat, kata Along… dalam tandas tu ada tisu dan sabun .  Tandas awam yang kena bayar 30 sen pun tak ada tisu dan sabun tau!

jalan Gua Musang Kuala Berang

Kalau nampak pokok tu, maksudnya dah sampai sempadan antara Kelantan dan Terengganu.  Kami paling suka berhenti di sini untuk bergambar.    Background batu bukit tu nampak sangat cantik di dalam gambar .  Macam cover album muzik rock!

Jalan Tasik Kenyir

Jalan Kuala Berang ke Gua Musang sebelum sempadan negeri Kelantan akan dihidangkan dengan pemandangan indah Tasik Kenyir.   Jangan lupa singgah Santuari Gajah Sungai Ketiar, tak lama lagi kalau penempatan kekal di Pengkalan Gawi siap, gajah-gajah ini akan dipindahkan ke sana.

Jalan Gua Musang – Kuala Berang (Tasik Kenyir).   Laluan ni dah dibina menara telekomunikasi tetapi belum ada talian telefon.  Tak lama lagi adalah kot.

Jalan Gua Musang Kuala Berang Tasik Kenyir

Jalan cantik ini belum diwartakan. Dua kali terakhir saya lalu jalan ni, semua lubang telah ditampal.  Ada beberapa lokasi yang mengalami tanah mendap dan runtuh telah dibaiki.

Ini lah laluan setiap bulan suami saya berulang alik, perjalanan 6 jam setiap kali nak balik bercuti 3 hari dalam sebulan.

Selamat bercuti, selamat balik kampung dan semoga selamat dalam perjalanan.

 

 

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Salam , jika saya dari ipoh, nak pergi ke kuala terengganu… apabila sampai di simpang kuala jeneris, ambil ke kanan (k.berang) atau kiri utk jalan paling dekat ke bandor KT. Terima kasih atas maklum balas.

  2. update 1 Januari 2014 = Felda telah menurap 2km jalan yang rosak teruk, jalan aring kini boleh dilalui, iaitu hanya 25 minit dari Esso Ciku 3 ke pos polis bantuan kedua di Aring. Thanks to FELDA.

    Berita baik buat SEMUA
    Jom terjah post menarik dari ibnunajib ..Mazhab Fiqh Imam Al-BukhariMy Profile

  3. Salam…sy bertugas di aring 8..saje search kt gugel padal aring…sbnrnya jalan ni teruk sikit je..cme perlu peka tentg lubg2 yg ade..kete potong spring seksa sikit la lalu jln ni..nk pulak berselisih dgn lori bijih…wlupun keadaan sekeliling sawit je semua tp ade pnduduk ramai kt aring 1 2 3 4 6 10 n 8…pos polis bantuan ade n rondaan mpv polis bantuan sentiasa ade jika blaku mslh…cuma minyak klu nk ke kuala berang perlu isi full dkt simpang ciku 3…caltex n shell ade kt sane 24 jam…skadar berkongsi…tq

    • Anonymous says:

      Assalam, saya bercadang nak guna laluan nie ke kuala berang. Nak tau berapa jauh jalan yg teruk? Adakah keseluruhannya?

      • Anonymous says:

        Jalan dlm pembikinan sekarang ini..ada jalan yg dh cun…jaln yg rosk time mula2 masuk dr simpg ciku n berhmpirn aring 6…jalan rosak klu cmpur2 dlm 600 meter je…

  4. update 14 sep 2013, Jalan FELDA Aring dah teruk semula kerana musim hujan (tengkujuh) mengakibatkan batu kerikil semua tenggelam ke dasar bumi, ditambah pula dengan lori bijih besi semakin kerap melalui jalan ini. Sila abaikan info berakhir 4 Ogos 2013 yang saya post bulan lepas.
    Tayar kereta pesona (berusia 6 bulan) saya bocor dan pecah semalam selepas lalu jalan ini

    Alternatif, boleh guna jalan FELDA Perasu yang akan tembus di Felda Aring 4, kemudian jalan kecil menuju Felda Aring 6 ambil simpang ke kanan terus ke Aring 10 sepanjang 12 km.

    Jalan ini dekat bagi mereka yang datang dari Ipoh atau Merapoh atau Bandar Gua Musang tapi jauh bagi mereka dari KB/Kuala Kerai kerana kena turun lagi 15 km untuk masuk simpang Felda Perasu
    Jom terjah post menarik dari ibnnajib ..Hukum tidur berlebihan di bulan puasaMy Profile

  5. Jalan insya Allah ok. Macam ni panduannya:
    1. Best for 4WD dan good for kereta standard. Worst for modified car.

    2. Jalan felda aring sekitar 30km.

    3. Kalau dari simpang chiku tu, sehingga 22 kilometer, boleh drive purata 60km/j ke 120km/j. Jalan tak teruk cuma kena alert lubang kecil bagi kereta yang dah ubahsuai absorber jadi lower. Lepas tu akan jumpa 2 km jalan berlubang teruk. Maximum speed pesona standard ialah 60km/j, minimum speed 30km/j. Lebih kurang 10 minit bertarung, tapi kalau kereta yang modified, setengah jam juga nak lalu jalan 2km ni. Kemudan baki 8km tu dah ok macam 22 km tadi.

    4. Kalau dari jalan sempadan kelantan terengganu pula, drive dari simpang Felda Aring 8 tu sepanjang 8 km ok, lepas tu 2 km red alert, lepas tu 22 km ok.

    5. Kesimpulan: Jangan lower kereta anda jika anda pengguna monthly/annually jalan ini. Walaupun anda guna pesona yang modified, kancil standard tetap boleh potong anda di jalan ini.

    Take care.. itulah info berakhir 4 Ogos 2013

    • Anonymous says:

      Berapa jarak dari simpang aring melalui jalan in hingga ke simpang jalan besar kt dan setiu? Berapa jarak dlm negeri k’tan, berapa jarak dlm negeri terengganu? Dalam total jarak km ni, berapa km elok, berapa km tak elok? Rasanya dah 10 tahun, tak siap sepenuhnya lgi ker? Lembabnya, membahaya dan menyusahkan org ramai…..nasib sesuatu projek kemudahan asas yg penting di pantai timur selalu tersangat delay dan membahayakan….em!!!!

  6. Tidak sangka, jalan Gua Musang itu sudah lebih bagus berbanding saya lalu sebelum ini. Lama jugalah nampaknya tak travel.
    Jom terjah post menarik dari Earnic ..Teknik Rahsia Bayar Zakat Kurang 7 Saat!My Profile

  7. saya plan nak balik ke terengganu dari kuala kangsar pada hari raya ke 3…
    saya drive bersama wife n beby 4bulan..
    maybe bertolak siang -pukul 8pagi dari kuala kangsar

    manong -gua musang-felda aring- kuala terengganu.. 1st time nak lalu.. agak2 ok tak kalo saya nak lalu jalan ni.. pasal ade beby kecik… mohon pandangan kawan2 kt sini

    • selamat balik kampung…
      tak ada masalah untuk lalu jalan ni, bukan bahaya
      ada dua pondok pengawal polis bantuan kita akan tempuh
      isi minyak penuh di R&R Gua Musang…lebih kurang 30KM saja jalan kecik, selepas masuk sempadan Terengganu, jalan dah elok dan cantik.

      • kak,kalau nk brtolak time petang jam 5 ptg dri kuala berang,agak2 selamat x jln lalu felda aring ni,dh tntu malam gelap gulita.

        • kalau 5 ptg… dari Kuala Berang, kul 6 dah area Projek Hidroelektrik tu, masih siang.

          6.30 tu area Aring, masih siang. Lepas tu dah sampai Chiku nak ke Gua Musang tu dah ramai org

  8. wow dah macam nak pergi main Rally tue…macam bahaya je
    Jom terjah post menarik dari eddie ..Hukum Tidak Berpuasa Di Bulan Ramadhan Dengan SengajaMy Profile

  9. Teringin juga nak lalu, tapi risaukan anak2 yg kecil ni. Tunggu besor sikit, lehla balik ikut sini. Segarkan minda dan luaskan pengalaman.

    terima kasih kak jie berkongsi….cayalah kak jie!
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Wordless Wednesday #41 Penangan Eizil?My Profile

  10. saya belum pernah lagi menggunakan laluan sini. walaupun nampak sunyi tetapi panorama alam lagi lagi waktu sejuk memang best
    Jom terjah post menarik dari Juan ..Contoh Membuat Resume Kerja TerbaikMy Profile

  11. untuk masuk laluan baru Gua Musang- Aring-Tasik Kenyir….kita perlu masuk ke kanan simpang 100m selepas persimpangan ciku 3,4,5,6,7 dan disitulah bermula jalan yang agak teruk dan teruk sepanjang 30km dan selepas itu baru lah kita dapat merasa jalan yang cantik sepanjang 70 km hingga ke tasik kenyir.
    Tetapi 10km sebelum simpang ciku (iaitu berhampiran Felda Perasu) …kita akan jumpa simpang ke tasik kenyir juga …jalan ini cantik juga dan boleh lalu tetapi jaraknya lebih jauh.

  12. Belum pernah sekali pun lalu ikut laluan ni…planning ada, tapi last2 ikut Jln Raya Timur Barat juga. Nampak gaya macam lebih cepat sedikit kot
    Terus ke Kuala Berang, turun ke Ajil..hm, raya ni mungkin boleh ajak hubby cuba lalu jalan tu
    Jom terjah post menarik dari Dja@Sishaza ..TUKAR !My Profile

    • Kalau ada masa, jadikan perjalanan balik kampung tu sebagai satu percutian, sambil lihat suasana keliling… jadi kita tak stress sangat kalau berada lama dalam perjalanan.

      Jalan kecik jalan besar jalan elok jalan tak berapa nak elok… jadikan itu pengalaman .

      Macam tu lah cara kami bercuti
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Tiap Hari Macam Ni.. Bukan Hari Rabu SahajaMy Profile

  13. jalan ni cepat sikit. hehe
    Jom terjah post menarik dari encik bakul ..Pengalaman kena tipu dengan Jobdirumah.My Profile

  14. Kalau jalan tak rata sesuai memandu kenderaan pancuan 4 roda gamaknya.
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Mencari Lailatul Qadar di bumi PalestinMy Profile

  15. Tak pernah2 saya lalu jalan ni nak balik kg kesayangan kat Ajil tu..hehe
    Memang balik ikut jalan “urban” je..
    hehe
    Jom terjah post menarik dari Fakarepain ..( GAMBAR ) WATAK KARTUN YANG DI BOGELKANMy Profile

  16. Belum pernah lagi pergi ke negeri pantai timur. Tapi belah utara dah jalan sampi perlis. Anak2 masih kecil lagi, tunggu dah berumur 3 tahun mungkin nak jelajah ke pantai timur pulak.
    Jom terjah post menarik dari Aarman ..Apa perniagaan Internet Yang Anda Pilih?My Profile

  17. Mencabar betul perjalannya Kak Jie, kalau saya nak emmandu mesti fikir banyak-banyak kali.

    Demi tanggungjawab redha jugaklah ye Kak Jie. Semoga suami Kak Jie sentiasa selamat tika melalui jalan2 ini.
    Jom terjah post menarik dari JunAina ..Cabaran Sepuluh Malam TerakhirMy Profile

  18. di mana2 hijau, pemandangannya benar2 bisa menyegarkan perasaan
    senangnya bisa lihat Kak Jie jalan2 ke gua Musang..

  19. terasa kedinginan dan kesunyian laluan ini….pernah lalu sekali jer….22 tahun lepas….kalau tak silap…lalu Gua Musang jalan lama nak pergi Kelantan…….
    Jom terjah post menarik dari sukma ..Zakat Fitrah Di Sabah 2013M/1434HMy Profile

  20. cantik pemandangan kat sana…sejuk jer mata memandang…:)
    Jom terjah post menarik dari papa mifz ..Akhirnya Hijau Juga RumahkuMy Profile

  21. dekat dah rumah saya dari bandar Al Muktafi Billah Shah tu 🙂
    Jom terjah post menarik dari eliss ..Koleksi Sampul Duit Raya 2013 dan ice trayMy Profile

  22. Assalamualaikum kak, mak sheila rajin jalan kat Gua Musang tu.. sheila kadang2 je dapat ikut. hehehe. lawa tempat-tempat ni 🙂
    Jom terjah post menarik dari Sheila Salim ..Puding TriffleMy Profile

  23. perjalanan mcm ni yan adventure kak jie….SA suka..kiri kanan hijau..tp bab nak membuang isi perut tu mcm SA x sanggup…

  24. laluan wajib saya kalau buat kerja-kerja TNB di Hulu Terengganu. Sebenarnya jalan ni lebih jimatkan masa.

Trackbacks

  1. […] Ini adalah laporan bergambar laluan Felda Aring pada 18/11/2013.  Rujuk entri terdahu pada 30 Julai 2013 – Jalang Gua Musang – Tasik Kenyir Melalui Felda Aring. […]