Kalau pergi ke Kuala Kubu, tulis nama atas batu

Walaupun sibuk, blog tetap diupdate kan..gigih tak gigih makcik ni. Petang semalam bawa anak-anak saudara naik komuter. Intan dan Naomi dah biasa tapi Syasya dan Aqmal belum pernah. Dari Serendah ke Kuala Kubu Bharu saja. Beli tiket pergi balik seorang RM 2.20.

Stesen Komuter Serendah
Stesen Komuter Serendah

Intan cakap… posing poyo…ah! anak-anak pun tahu berpoyo.

Untungnya Aqmal jadi sebutan...
Untungnya Aqmal jadi rebutan...

Macam berlakon dramalah pula…. berebut pakwe seorang. Janganlah bergaduh hanya berebut seorang lelaki, rugi saja. Masih ramai lagi lelaki baik , nice guy di luar sana..kan…kan.

* Kak Jie nampak ramai yang angguk tu…:lol:

...tren kosong , kita yang punya!
...tren kosong , kita yang punya!

Niat nak naik komuter tapi saya baru tahu tren dari Rawang ke Kuala Kubu Bharu menggunakan koc keretapi biasa. Mungkin KTM kekurangan koc.

Intan dan Aqmal berbeza usia hanya 2 minggu. Mengikut tarikh jangkaan saya bersalin pada 9-09-99 tapi memandangkan ini kelahiran pembedahan ke-3 , doktor tidak mahu tunggu sehingga minggu ke-40. Kena cepatkan sekurang-kurangnya 2 minggu dari waktu jangkaan. Saya memilih 31-08-99 tetapi Intan tak sabar untuk melihat dunia, belum waktunya dia dah lahir pada 23-08-99.

Aqmal pula yang lahir 9-09-99! Dia dan Intan bercukur rambut pada hari kenduri yang sama. Dia anak sulung adik ipar saya dan Intan anak bongsu saya.

* Naomi pula anak kakak ipar saya yang tinggal setamanΒ  Syasya 7 tahun, Naomi 8 tahun , Intan dengan Aqmal 9 tahun..Β  Jumaat nanti anak-anak saudara dari Kedah pula sampai…hohoho….mak saudara yang baik, kan..tentu disukai anak-anak buah.:mrgreen:

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

22 thoughts on “Kalau pergi ke Kuala Kubu, tulis nama atas batu”

    1. @yonna, tak leh….yg bawah 12 tahun je baru mama bawa jejalan..kalau yg over 12thn kena dok rumah..mama suruh menyapu..memasak..persediaan nk jadi anak gadis..hehehe πŸ˜€

  1. agenda cuti2 masih berlarutan..nampaknye sampai bukak sekolah lah kak jie punya jadual pack dengan aktiviti bersama anak2..hehheee..sekarang nie penatlah..tapi bila dorg dah balik umah…rumah kita plak jadi lengang semula..mesti rindu saat2 berpenat bersama mereka kan..betul3(ikut cara upin&ipin cakap) :mrgreen:

    izzahs last blog post..Tulang empat kerat

  2. nampak macam anak2 dan anak2 saudara kak jie cronker abis satu stesen komuter itu.. kosong.. lengang.. gua x pernah melihat keadaan komuter itu yg sangat kosong.. dan gua tak suka kekosongan itu kerana ia meranapkan segala impian jejaka untuk bergesel2..

    lochoes last blog post..Entiti Aura didalam blog anda

  3. makcik yg bagus nie… leh la letak anak kita plak kat ctu. leh depa main ngan kak intan dia. ekekekee..

    sonok sekali sekala melayan bebudak nie. cuma tu lah.. penat nya jgn ckp. lelagi yg ala2 ‘cik nak mkn tu, cik nak makan nie.. haduyai… pastu nak suh masak HADUYAIIII… miahahaha

    Zanas last blog post..Tag dulu ek…

    1. @Zana, hehehehe…takut nnt anak2 tu tak ingat nk balik dah… :mrgreen:

      hehehe..dapur tak sempat kering…baju 2-3 kali basuh..lagi2 musim hujan ni

  4. Hi hi…Tie nak tumpang 2 org lagi..jom Intan..kita serang rumah kujie tuh! Mungkin pengsan jaga anak2 kita nih! He he..

    Ties last blog post..Someone’s Hubby

Comments are closed.