Kali Kedua Ke Pameran Raja Kita Muzium Diraja Istana Negara

melawat pameran raja kita istana negeraHari ini saya melawat Pameran Raja Kita di Istana Negara lagi. Ini adalah kunjungan kali ketiga ke Istana Negara, tetapi kali ke dua memasuki kawasan istana. Kali pertama, hanya berpeluang bergambar dan melihat para pengawal istana melakukan rutin tukar giliran bertugas di luar pagar istana.  Kali kedua sewaktu Istana Negara ini buat pertama kalinya dibuka untuk lawatan umum pada 29/4/2012 .

Entri lawatan terdahulu.

Lawatan kali ini selepas Istana Negara lama ini dengan secara rasminya menjadi Muzium Diraja mulai 1 Februari 2013. Ini adalah lawatan Muzium Diraja ke dua selepas melawat Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan Pahang akhir Disember 2012 dulu.

pameran raja kita

anak cucu pi melawat Tokwan, tapi Tokwan dah pindah…

Lawatan pertama dulu, hanya Balairong Seri Istana Negara yang dibuka untuk pameran kepada umum .  Pada buku catatan pelawat, kami menulis komen supaya ruang lain di dalam istana ini dibuka untuk lawatan.

lawatan pada 29/4/2012, Angah tulis mohon buka ruang lain untuk dilawati

Akhirnya, pada  1hb Februari 2013 , Istana Negara yang dijadikan Muzium Diraja telah membuka Bilik Beradu Yang di-Pertuan Agong , Bilik Beradu Kerabat Diraja, Bilik Santapan, Bilik Permaisuri , Bilik Menteri , Bilik Duta malah Bilik Mandi Permaisuri pun dah boleh dilihat.

Semua ruang peribadi ini tidak dibenarkan mengambil gambar. Kalau diikutkan, mudah saja nak ambil gambar dari telefon tetapi saya tak akan berkongsi di sini. Kalau nak tengok, silalah melawat Muzium Diraja Istana Negara.

Tengok bilik mandi bermarble, langsir , perabut yang cantik dan ukiran tersendiri.

melawat istana negara

Intan, Ayu dan Shira di hadapan Singgahsana Balairong Seri Istana Negara

Saya tak ambil banyak gambar kali ini.

 

Bayaran Masuk ke Muzium Diraja Istana Negara

  • Dewasa RM 5.00
  • Kanak-kanak  / Pelajar Sekolah Menengah Beruniform RM 2.00
  • Pelajar Sekolah Menengah Tidak Beruniform RM 3.00
  • Warga Emas & OKU  RM 3.00

Waktu Lawatan

  • Setiap hari –  9.00 pagi hingga 5:00 petang

 

melawat muzium diraja istana negara
Intan bersama kawan sekelas Shira dan Ayu.  Pergi berdua tak seronok, saya ajak kawan-kawan Intan yang juga anak jiran-jiran taman perumahan kami.  Macam cikgu bawa anak murid pergi rombongan…

senget

nampak gambar ni macam senget je… kena sabotaj ke?

Macam cikgu bawa murid pergi rombongan tak?

Kalau nak cari idea dan informasi tempat bercuti , baca entri saya di Tempat Menarik Dilawati

Apesal Tak Klik?

Comments

Trackbacks

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.