Kami Dari Bumi Bukan Planet Entahmana


Intan dah balik – seperti dijangka patlima jam lagi bernanahlah telinga nak dengar cerita 13 siri macam drama tv.

Bukan anak saja yang teruja … mak dia ni pun sama. Kejap² sms  “ Intan kat mana “.  Pertama kali lepaskan anak keluar dari ketiak.:lol:

“Apa yang best Intan pergi dengan kawan²? Boleh bergedik , mama tak de nak tegur?”

Dijuihnya mulut.

“Jadi perhatian, makcik pakcik, orang sekeliling kat Pizza Hut macam tak pernah nampak orang , macam group kami dari planet.”

Satu meja 8 orang, hanya Intan budak melayu. Ada budak melayu lain tapi dia tak bertudung, tak berapa nak menonjol sangat dikalangan murid² cina.

Kat Tugu Negara, ada 2 kali pelancong dari mana ajak bergambar, dia cakap 1Malaysia.

“1Malaysia baru je orang sebut, Intan dah bertahun² ada kawan dengan budak cina , budak india… peliklah orang ni ”

Dengar tu… komen budak yang tak hairan dengan slogan.  Dia bawa 20 peket kerepek pisang, habis di kongsi dengan kawan².  Dia makan bersama² di Pizza Hut dan berkongsi bil RM 117.00.

Orang dewasa yang terlalu paranoid dengan bayang² ciptaan sendiri.

.…. Intah dah terlelap kat sofa..kehkeh..

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

23 thoughts on “Kami Dari Bumi Bukan Planet Entahmana”

  1. Assalamualaikum,
    Tak payah bulatkan kepala Intan, semua orang dah tau…pengalaman pertama ikut rombongan ya, letih tak terkata sampai lelap kat sofa he he he

    Malam karang dia ngigau jerit dinosour hu huh u
    Jom terjah post menarik dari Anyss ..Berpadalah Bila BerhiburMy Profile

  2. dulu masuk kolej dok satu dorm dengan budak Cina dan India…5 Melayu, 2 Cina dan 3 India…memang orang pandang geng kami pelik lagi-lagi kalau naik bas dan jalan2 dalam group….
    Jom terjah post menarik dari azura ..Period pain semasa senggugutMy Profile

  3. hahahha….
    entahnya, maza pun dah lama 1Malaysia..

    dari sekolah kebangsaan, (ada sorg dua india) kat sekolah menengah (memang didominasi oleh Cina) dan kaum2 lain selalu gak ler beraya kat rumah maza yg gubuk kecil itu..hehehe

    apa2 hal pun, kami pentingkan keharmonian dan kesejahteraan.. apa mau gaduh2? satu pinggan makan kongsi2 apa salahnya… kan?

    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari maza ..Garden of Eden- Contest Organised by Gubuk Kecil Kembara JalananMy Profile

  4. Dari jauh pun lerh nampak intan, tak perlu pakai papan tanda untuk kenalpasti mana intan… 😀 bagus tul… tengok gambar ni, tetiba rasa macam nak gi rombongan gak

    Bertambah paranoid apabila bayang hilang dimamah persekitaran.

Comments are closed.