Kembara Komuter Seremban Bak Pelancong VIP

Bangunan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan

Cuti sekolah…. nampaknya cuti sekolah saya tahun ini paling meriah. Sebelum cuti lagi saya dah berfoye-foye dengan keluarga ke utara. Pertengahan November saya ke Kedah lagi sampai 5 hari. Sepanjang masa tersebut, saya on and off ke sana sini, bercuti singkat. Cuti singkat maksudnya keluar pagi balik petang.

Seperti percutian singkat ke Taman Orkid Kuala Lumpur minggu lepas, saya juga merancang ke Seremban menggunakan perkhidmatan Komuter KTM.

rajah laluan komuter

Saya pernah menaiki komuter laluan Batu Caves – Klang ( kes tersilap komuter sebenarnya, sesat )  , pernah menggunakan perkhidmatan laluan komuter Tanjong Malim – Rawang tetapi laluan komuter Rawang – Seremban hanya pernah sampai ke Batang Benar. Teringin untuk ke Seremban tanpa memandu.

Akhirnya semalam kami , saya, Intan dan Wani ( anak saudara ) ke Seremban. Seminggu sebelum tu, saya dah buat temujanji dengan Kak Long, sebagai pemandu pelancong kami.

Perjalanan pagi Selasa tepat jam 10: 22 pagi akhirnya selamat tiba di Stesen Komuter Seremban pada jam 12: 28 .  Dua jam juga kami mengembara.  Bermula di Rawang, stesen seterusnyanya Kuang – Sungai Buloh – Kepong Sentral – Kepong – Segambut – Putra – Bank Negara – Kuala Lumpur – Kl Sentral – Midvalley – Seputeh – Salak Selatan – Bandar Tasik Felatan – Serdang – Kajang – UKM – Bangi – Batang Benar – Nilai – Labu – Toroi – Seremban.  Perjalanan tren komuter diteruskan sehingga ke Senawang dan Sungai Gadut.

Apa yang menarik?

Saya baru tahu nama satu tempat iaitu Tiroi.  Menarik , kan?  Comel macam nama kucing jiran saya.

sms lucu

Siapa sangka akan tempuh pengalaman tersipu-sipu seperti ini.  Nasib baik dia duduk di sebelah Wani bukan betul² di sebelah Intan.  Inilah cara berkomunikasi di dalam tren komuter.   Berkongsi text takut terkantoi, orang dengar.

wisma negeri sembilan

Tunggu 5 minit di Stesen Komuter Seremban, Kak Long pun sampai ditemani anak bongsunya Aiman. Kak Long memandu membawa kami  bersiar-siar di sekitar bandar Seremban.  Kemudian kami dibawa ke  kawasan pejabat -pejabat kerajaan negeri berdekatan Taman Tasik Seremban.

Antara bangunan utama di sini adalah Wisma Negeri, Wisma Persekutuan Seremban 

Bangunan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan

Cantikkan bangunan  ini yang dulunya Perpustakaan Awam Negeri Sembilan, Seremban.  Dihadapannya terdapat satu tugu peringatan yang ditulis : Kepada Perwira² Kita Yang Telah Gugor 1914 – 1918 , 1939 – 1945,  1948 -1960.

masakan negeri sembilan

 

Selepas tu Kak Long bawa kita menjamu selera masakan Negeri Sembilan di Restoran Nelayan Seafood di Rahang Square  dekat Wisma PBNS . Berapa banyak wisma dah kami jumpa di Seremban ni.

Katanya ini adalah restoran popular yang terkenal dengan masakan negeri sembilan sejati.

Ada berpuluh-puluh jenis masak lemak  cili api Negeri Sembilan di sini, antaranya udang ,  ikan sembilang, ayam kampung,  daging salai, daging rusa , cendawan kukur, siput sedut , ketam dan…. saya dah lupa berjenis-jenisnya.  Banyak sangat.

Yang bestnya, di setiap menu ada harga mengikut sukatan senduk.  Kita boleh nampak makanan yang kita ambil dan tahu harganya serba sedikit.

 

masak lemak daging salai

 

Ini yang saya suka , masak lemak cili api daging salai.  Pertama kali juga saya  makan masak lemak cili api  landak.  Rasa landak………… emmm… macam daging  .  Saya tak tau nak cerita rasanya secara tepat.

perjalanan ke port dickson

Selepas makan, Kak Long bawa kami ke Port Dickson macam boss besar.   Pelancong VIP semua duduk di belakang…. layan movie yang dipilih Aiman.

 

Muzium Tentera Darat,

Kami luangkan masa ke Muzium Tentera Darat, Port Dickson.  Saya akan buat entri khas nanti ye kerana ada banyak  benda menarik yang nak diceritakan.

 

raptai perbarisan tamat latihan tentera darat

Nampak barisan perajurit yang sedang mengadakan raptai perbarisan tamat latihan.  Dilarang mengambil gambar, jadi saya kongsi sikit saja.  Pertama kali nampak begitu ramai askar sedang berbaris dan berkawad dengan penuh disiplin.  Kagum!  Bunyi derap kasut yang berirama senada membangkit semangat perajurit.

 

melawat port dickson

Selepas solat,  kami di pekan Port Dickson.  Pekan Port Dickson yang tak ramai orang pernah singgah.  Biasanya pelancong melalui jalan terus melepasi bandar Port Dickson ke kawasan perkelahan pantai di Teluk Kemang.

 

bandar Port Dickson

Cuaca petang sekejap panas, sekejap gerimis.  Intan dan Wani tak habis-habis berpossing.

minum petang kopi dan roti bakar

 

Sebelum hujan turun selebar-lebatnya, kami  minum petang.  Kopi, roti bakar dan anak-anak dengan ice cream wafer , mushroom soup dengan garlic bread.  Menu romantik kala hujan!

Kami singgah ke rumah Kak Long di Bandar Springhill untuk mandi dan solat Maghrib. Saya minta maaf kerana tidak dapat menerima pelawaan bermalam di rumah Kak Long. Cukuplah keizinan suami hanya bercuti satu hari. Kalau ada masa, ada kesempatan, InsyaAllah kita merancang untuk bercuti bersama lagi.

Selepas makan malam, Kak Long hantar kami ke Stesen Komuter Seremban. Tak perlu tunggu lama, tren ke Rawang pun sampai.

tren baru komuter ktm

Koc baru komuter KTM ada plug untuk cas bateri telefon. Tapi hati-hatilah…. kalau terlupa memang selamat tinggal romeolah jawapnya.

 

Kak Long, terimakasih atas layanan istimewa dan sudi luangkan masa seharian bersama kami, juga bekal Durian Crepes tu.

27 Replies to “Kembara Komuter Seremban Bak Pelancong VIP”

  1. Pingback: Lawatan blogger dalam gerimis | Mawar Merah
  2. Menariknye! Paling best 2 perkara ni;
    1. daging salai =)
    2. Muzium tentera darat…
    Terima kasih kak jie berkongsi…lehla terjah2 nanti..hehe

    p.s-dah rasa macam baca jurnal travel…best!
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..10 Blog Pilihan TerbaikMy Profile

  3. salam kujie..dah lama x jenguk blog ni. wow! jln2 cari mkn di NS ye? teringat masak lemak cili api yg disediakan di asrama sek dulu..pedas tp sedap!

Comments are closed.