Kenangan Mesra Orang Utan Di Semenggoh Wildlife Centre

orang utan semenggoh centre

Sebenarnya entri percutian ke Kuching tu belum habis, saya cuma pause sekejap dah selitkan cerita lain. Kalau hari-hati cerita sama berturut-turut mesti bosan, kan.

Ini adalah tempat lawatan terakhir kami sebelum terbang balik ke Kuala Lumpur.

Selepas keluar dari tempat penginapan Kampung Benuk Homestay yang sangat best… saya sangat-sangat mencadangkan homestay ini apabila ingin bercuti di Kuching. Antara sebab lokasinya berdekatan Bnadaraya Kuching dan boleh menyelami sendiri kehidupan masyarakat Bidayuh. Homestay bukan sekadar tempat bermalam, malah tinggal bersama tuan rumah dan berhubung secara lebih dekat untuk mengenali budaya dan adat resam kehidupan masyarakat tempatan.

Baca catatan pengalaman saya di sini – Melawat Rumah Panjang Bidayuh Di Homestay Kampung Benuk dan Resepi Ayam Pansuh Homestay Kampung Benuk

Semenggoh Wildlife Centre terletak di Padungan, kira-kira 25 kilometer dari Kuching. Mesti masukkan Pusat Pemuliharaan Orang Utan Semenggoh didalam kalender lawatan ke Sarawak kerana ini adalah peluang pengalaman seumur hidup melihat kehidupan orang utan dihabitat separuh semulajadi.

Orang Utan (Pongo pygmaeus) ditemui di hutan hujan Borneo (Sabah dan Sarawak), Indonesia (Kalimantan) dan Sumatera Utara. Ia adalah salah satu mamalia yang sepenuhnya hidup di pokok (arboreal).

Orang Utan di Semenggoh bukanlah seperti pameran  di zoo yang terkurung didalam sangkar.  Pusat Pemuliharaan Orang Utan Semenggoh  adalah tempat memulihkan orang utan yang tercedera atau yang dirawat sebagai anak angkat sementara sebelum dilepaskan semula dihabitat semulajadinya.

Tiket Masuk ke Semenggoh Wildlife Centre ialah RM5 bagi warganegara Malaysia dan waktu lawatan yang disyorkan adalah antara jam 9-10 pagi dan 2 -3.30 petang.

Apabila masuk ke dalam kawasan ini, kita tidak dijanjikan untuk dapat melihat orang utan kerana kehadiran orang utan ke tempat ‘stesen memberi makan’ bukan boleh ditentukan. Kadang-kadang orang utan tidak munculkan diri untuk mengambil makanan pecuma yang disediakan kerana orang utan mendapat bekalan makanan mencukupi dari tumbuhan hutan seperti durian, pisang. bunga, buah ara atau seranggan seperti cicak.

Waktu yang paling sesuai untuk melawat Pusat Pemuliharaan Orang Utan Semenggoh adalah dari jam 9 – 10 pagi dan 3-3.30 petang.  Waktu ini para pekerja pusat pemulihan akan meninggalkan makanan di tempat yang disediakan dan pelawat berpeluang melihat orang utan keluar dari hutan tempat tinggal mereka.

Kalau bernasib baik, orang utan akan muncul.  Kadang-kadang, selepas menunggu berjam-jam pun, orang utan tidak akan datang.

orang utan Semenggoh Wildlife Centre

Ini yang paling otai… macam tok ketua kampung.

Semenggoh Wildlife Centre Sarawak

Kami berpeluang melihat orang utan datang menjamu sarapan pagi mereka di dua stesen yang disediakan untuk pelawat. Ia adalah satu pengalaman yang menyeronokkan dapat melihat orang utan bermain sambil bergayut dengan aksi comel sambil menjamah pisang, tebu dan kelapa.

Semenggoh Wildlife Centre Kuching
Dia pecahkan kelapa dengan mengetuk di batang pokok. Aksi mempesonakan…. bergaya dan mengoda!

orang utan semenggoh widlife
Mak sedang mengajar kemahiran hidup kepada anaknya.

anak orang utan borneo
Orang utan dan bayinya bergayut melalui tali yang disediakan sehingga mendekati kawasan stesen makanan.

orang utan bergayut
Cara bawa anak bergayut.  Kita yang tengok terlebih risau dan kecut perut.  Takut anak terjatuh dari ketinggian lebih kurang 60 kaki.

orang utan makan
Melihat nenek moyang Charles Darwin?

orang utan semenggoh centre
Mungkin kerana sudah terbiasa melihat manusia, ada beberapa orang utan yang berani turun ke tanah dan berada berhampiran orang ramai. Pasangan ini adalah nenek yang berusia 40 tahun bersama cucunya.

melawat orang utan semanggoh
Kenangan mesra

orang utan semenggoh sarawak
Sama tak bulu dia orang…opssss!

Kami sungguh beruntung kerana pada hari lawatan tersebut, dapat melihat lebih kurang 13 orang utan. Staff yang bertugas beritahu ada lebih kurang 27 orang utan sekitar kawasan tersebut.  Selepas lebih kurang setengah jam, perlahan-lahan orang utan akan memanjat lebih tinggi dan beredar memasuki kawasan terlindung dan hilang dari pandangan.  Yang tinggal hanya rasa keterujaan dari pengalaman ini yang menjadi kenangan akhirnya saya lahirkan untuk tatapan pembaca.

lapangan terbang kuching

Selamat Tinggal Kuching, kalau berjodoh, kita jumpa lagi.

Sesuatu yang paling saya suka mengenai Kuching adalah kebersihan.  Bandar yang bersih, sungai yang bersih, laut yang bersih dan kawasan perkampungan yang bersih.

24 Replies to “Kenangan Mesra Orang Utan Di Semenggoh Wildlife Centre”

    1. tak lah..ni tempat terbuka…orang utan tu boleh pilih nak datang atau tak nak
      dia tak di kurung… tempat melihat berada jauh dari stesen tempat makan.

      ada ramai ranjer yang awasi gerak geri pelawat. tak boleh bercakap kuat dan kalau orang utan tu datang menghampiri, ranjer akan arahkan pelawat bergerak ke arah berlawanan….memberi ruang kepada orang utan.

      yang turun ke tanah tu , mungkin dah jinat dan dia suka…. dia boleh pergi dekat paip air tepi pejabat dan buka air…dia minum, kemudian dia gerak ke arah pokok2 …naik..dah hilang dari pandangan
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Kenangan Mesra Orang Utan Di Semenggoh Wildlife CentreMy Profile

Comments are closed.