Kenangan Zaman Kolonial Di Bukit Fraser

Semalam saya berkongsi entri mengenai Empangan Sungai Selangor atau dikenali dengan nama Empangan Kuala Kubu Bharu kerana saya dan anak-anak ke Bukit Fraser ( Fraser’s Hill ).

Bukit Fraser terletak di dalam Daerah Raub Pahang.  Kira-kira 40KM dari Kuala Kubu Bharu dengan ketinggian 1,254 meter dari paras laut.

peta laluan ke bukit fraserTak ada jadual seperti dulu. Jalan sehala untuk naik ke Bukit Fraser dibuka setiap masa  kerana kita akan turun melalui jalan lain.
A adalah untuk naik, B untuk turun sahaja.

Jarak dari ” The Gap ”  hingga ke puncak Bukit Fraser ialah kira-kira 8 kilometer.

jalan mendaki ke bukit fraser

 

Peringatan untuk pengunjung – jangan berhenti sewaktu memandu mendaki atau menurun Bukit Fraser.

jalan sehala ke bukit fraserJalan mendaki dan menuruni Bukit Fraser berselekoh berbahaya , tebing yang curam dan jalan sempit yang hanya boleh memuatkan sebuah kereta pada satu-satu masa.

gambar menarik di bukit fraserBukit Fraser adalah sebuah pekan kecil yang mempunyai bangunan zaman kolonial yang masih terpelihara dengan keasliannya. Bukit Fraser ( Fraser’s Hill ) terkenal dengan aktiviti memerhati burung dan mendaki melalui trek yang dibina .

Menara Jam Bukit FrasserMercu tanda Bukit Fraser – Menara Jam.

Fraser Inn HotelPuncak Inn(tan)

Balai Polis Bukit FraserBangunan Balai Polis Bukit Fraser yang dicatitkan dengan tarikh 1919.

Klinik di Bukit FraserKlinik Pesakit Luar Bukit Fraser berhadapan balai polis.

Pejabat Pos Bukit FraserBangunan di depan Intan, Pejabat Pos Bukit Fraser .  Saya suka lokasi ni… ada style!

outdoor shooting yang menarikSaya ada share gambar ini di Intagram..tetapi bentuk empat segi sama menyebabkan jurukamera hilang dari ‘frame’.

lelaki dan bungaBermain dengan kamera telefon untuk mendapatkan sudut yang menarik.

contoh dinding rumah gaya inggeris
Tempat ini menarik untuk outdoor wedding photography .  Dinding  kebanyakkan bangunan di sini dibina dengan batu konkrit besar ,  disusun dan disimen dengan warna  putih dan dibentuk dengan warna hitam.

kedai kopi

Kedai kopi , katup.

eating shopEating Shop!

Hampir sejam setengah, kami bergerak turun.

jalan sehala turun dari bukit fraser

Perjalanan turun yang berkabus.

fraser's hill Ini gambar kami pada tahun 2007

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. pernah pergi fraser hills, masa tu jalan kena ikut jadual lagi. baca entry ni baru tahu dah takde jadual masa dulu ek.

    kalau nak pergi 3 hari 2 malam, berbaloi tak? macam tak je kan.. huhu.. dh lupa apa yg ada kt situ, kecuali menara jam tu, igt sangat..
    Jom terjah post menarik dari fiezaradzi ..Indah Alam CiptaanNyaMy Profile

  2. khas banget bangunannya bagaikan melancong ke eropa saja …
    Jom terjah post menarik dari Jefry ..Jasa Sedot WC Bekasi Telp. 021-9466-8989 | Sedot WC Jakarta DepokMy Profile

  3. Tak pernah sampai. Orang kata selain sejuk dan suasana british kat atas tu tak ada apa yang best. Adakah betul?
    Jom terjah post menarik dari Een ..Nasihat Paling Best Untuk BerniagaMy Profile

  4. Cantik tempat ni. Nak kena p jugak sekali ni…

    Ada gaya jugak Intan beposing depan Pejabat Pos Bukit Fraser tu =)
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..9 Petua Awet Muda | Perasan Muda?My Profile

  5. PM tak pernah sampai lagi ke Fraser Hill…insya-Allah jika ada rezeki teringin jugak nak pergi….
    Jom terjah post menarik dari papa mifz ..Tempat Menarik di MelakaMy Profile

  6. baru bercadang nak ke fraser hill.. dengar cerita jalannya berbahaya juga kerana sempit dah gaung di sebelah..
    Jom terjah post menarik dari Melastik Bintang ..Mekanisma Undian Malaysia Social Media Week 2013My Profile

  7. walaupun dr lembah ke fraser hill dekat.. baru sekali naik atas.. hihihi!! rasanya 3 thn lps. ms tu masih 1 way lg.
    Jom terjah post menarik dari kakngah ..Minggu ke 2My Profile

  8. Gambar memang boleh jadi peringatan untuk menulis post bila travel, tapi memang jarang ambil gambar. Pergi mana-mana berharap dapat gambar dari kawan-kawan je. haha
    Jom terjah post menarik dari Izzat Aziz ..Tinggi dan Rendah Moral ManusiaMy Profile

  9. Teringat pula pada ekspedisi berjalan kaki saya dulu dari Kuala Kubu Bharu ke Bukit Fraser. Part yang paling mencabar adalah part dari Gap ke puncak. Ditambah pula pada waktu malam. Mengigil sampai ke puncak dalam keadaan berangin yang kuat.
    Jom terjah post menarik dari Zulhilmi Zainudin ..Berkawan Dengan Otai – Jalan Singkat Mematangkan KehidupanMy Profile

  10. belum pernah sampai di Bukit Fraser, tentu banyak tempat menarik di sana.
    Jom terjah post menarik dari donnyien ..Impian baru seorang bloggerMy Profile

  11. gambar angah (no 11) tu kan… kalau nak lagi cantik kalau pakai dslr, bukak aperture besar, focus pada angah. kendian… zoom dekat lagi, dari paras lutut menghala ke atas… tapi, ini nampak macam kamera phone eh?

    ape pon.. saya vote gambar angah tu sebab layan feeling sorang2. sms buah hati dari atas puncak gunung ke??? hehehe.
    Jom terjah post menarik dari Azman Ishak ..Along sayang adikMy Profile

  12. Saya ada kisah mengenai Bukit Fraser. Beberapa tahun dahulu ada naik ke Bukit Fraser adalah perjalanan yang tidak dirancang. Kami pergi sehelai sepinggang. Biasalah jalan-jalan ke Bukit Fraser banyak bengkang bengkok memang sudah perasan abang Koning yang duduk hadapan bersama isteri mula senyap dan berpeluh. Saya sudah berasa lain macam. Lepas saya bercakap abang Koning hendak muntah terus menyembur muntah kepada isteri. Untunglah isteri dan abang Koning dapat baju baru yang dibeli di Bukit Fraser. 🙂

    p/s: maaf kak Jie komen sudah jadi entri.

  13. Dulu masa saya ke sini untuk naik dan turun kena guna jalan yang sama..dah lama tak pegi..rupa-rupanya dah ada dua jalan untuk naik dan turun rupanya..

    ** Seronok anak2 dah besar,senang nak berjalan.Untuk yang anak masih kecil macam saya ni,memendam rasa dulu la… 😀
    Jom terjah post menarik dari Hairul Azni ..Gangguan Bekalan Air Di Daerah Kuantan.My Profile

  14. jalan nak naik sane memang ngeri,
    dulu kitorang pergi 5-6 bas program. tengok tepi gerun je.
    turun bas ada yang muntah2.
    tapi,tempat tu romantik ar. haha
    Jom terjah post menarik dari Izwan ..3 Kali Pusing di Big Bad Wolf Books 2012My Profile

  15. insya allah nak ke sini satu hari. 🙂
    Jom terjah post menarik dari arin ..Sharing is CaringMy Profile

  16. Anonymous says:

    saja ja kan intan nak bagi maksu jeless. =.=

  17. selalu lalu simpang nak ke Bukit Fraser tapi belum ada peluang nak singgah lagi. Menarik nampaknya. InsyaAllah cuti nanti bolehlah pergi sana.
    Jom terjah post menarik dari Amirez ..Jersi The Red Warriors 2013My Profile

  18. teringat masa zaman perlu ikut jadual untuk naik ke bukit fraser ni..

    eating shop ? hehehe..di Ipoh pun ada satu yang dapat sy kesan..
    Jom terjah post menarik dari pipoq ..Peka dan belajarlah memahamiMy Profile

  19. salam. bahagianya jiwa, sejuknya hati bila berpeluang menjelajah sana sini.
    Jom terjah post menarik dari faizal ..Kebijaksanaan Bawa Bahagia atau MeranaMy Profile

  20. salam. bahagianya jiwa, sejuknya hati.
    Jom terjah post menarik dari faizal ..Kebijaksanaan Bawa Bahagia atau MeranaMy Profile

  21. Emm kalau sy pergi mesti tak nak balik ni..hehe..seronok jer..tambahan pula kabus tu yang make me feel…huhu
    Jom terjah post menarik dari Hafizul ..Tingkap Terbuka, Cobaan Pencuri Masuk Ke RumahMy Profile

  22. saya naik sini sekejap je lepak. tapi lama juga tak naik lagi.

  23. Modelnya seorang je.
    Tempat sejarah dan peninggalan ini kalau dijaga memang banyak manfaatnya. Syukur peninggalan seperti ini masih kekal.
    Jom terjah post menarik dari Arrazi ..5 Teknik Membetulkan Kesalahan Artikel BlogMy Profile

  24. Salam kak Jie..cantiknya gambar..lama betul x naik Fraser’s Hill…ada waktu untuk kenderaan naik dan turun kan…

  25. fuhh..semuanya rajin bergambar.
    Jom terjah post menarik dari ohcikgu ..Contest: Top Referer Get RM100 Topup!My Profile

Trackbacks

  1. […] Song di situ kerana semua tentang Bukit Fraser telah saya ceritakan di entri yang lepas – Kenangan Zaman Kolonial Di Bukit Fraser  jadi kali ini saya   ingin berkongsi mengenai sejenis tumbuhan ubi yang dipanggil […]

  2. Kenangan Zaman Kolonial Di Bukit Fraser| Hidup Biar Sedap says:

    […] PINGBACK NEGARAKU.MY: Kenangan Zaman Kolonial Di Bukit Fraser| Hidup Biar Sedap […]