Kisah Padat 2 Malam 1 Hari

Tren 20 Senandung Langkawi tiba mengikut jadual di platform 3, Rawang.   Saya dah biasa naik keretapi, tidak  sukar mencari kedudukan  Koc Kelas Superior Malam dengan katil.

Kami buat tempahan di saat akhir, hanya katil tingkat atas yang masih ada.  Penghuni katil bawah kebanyakkan dah masuk ‘dalam kelambu’ bertutup rapat, tidur atau membaca ( tiap katil ada lampu peribadi di dalamnya ).

Ada bantal dan juga selimut.

Katil saya dan Intan bertentangan. Boleh hulur² barang tak perlu turun.

Perkhidmatan Keretapi Antarabandar KTM

Ekspress Rakyat Butterworth – Singapura
Ekpress Sinaran Utara KL Sentral – Butterworth
Ekpress Sinaran Selatan KL Sentral – Singapura
Ekpress Timur Singapura – Tumpat
Senandung Langkawi KL Sentral – Hatyai
Senandung Mutiara KL Sentral – Butterworth
Senandung Sutera Kl Sentral – Singapura
Senandung Timuran Singapura – Tumpat
Senandung Wau KL Sentral – Tumpat

* Ekpress untuk perjalanan siang, Senandung untuk perjalanan malam
* Sekarang boleh beli tiket online KTMB

Hampir 6 pagi selepas perjalanan 8 jam kami tiba di Sungai Petani. Tepat jam 6 pagi, menara jam di tengah bandar Sungai Petani berdenting 6 kali. Klasiknya bunyi di kala bandar yang  sunyi sepi masih tidur.

Menara Jam Sungai Petani yang didirikan pada tahun 1934 di Jalan Ibrahim adalah hadiah daripada taukeh Lim Lean Teng kepada penduduk Sungai Petani sempena meraikan Jubli Perak King George V dan Queen Mary . ( sumber : www.memori-kedah.com )

Jemput Angah di asrama dan selebihnya kisah anak beranak.

Jadual tak dirancang – memandu balik ke Baling dan berkesempatan berjumpa adik² lain yang kebetulan pulang ke rumah mak tanpa dirancang juga.

Masih ingat Shinchan? Kisahnya dalam Alahai…. Gebu Macam Mak Long. Kalau panggil dia Shinchan baru nak sengeh²:lol:

masih pening pening lalat
2 malam berturut²  tidur dlm keretapi
balik dengan Tren 21 Senandung Langkawi dari utara

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

32 thoughts on “Kisah Padat 2 Malam 1 Hari”

  1. dulu time study kat perlis,saya selalu ambik train arau-ipoh senandung langkawi.train lepas maghrib,sampai ipoh dah awal pagi,memang kena la time saya tidoq.kalau nak katil bawah,memang kena book awal.setakat ni tak pernah merasa naik first class,masih dok simpan angan2.best nya teringat memori macamni..lagi best bila beli tiket dapat diskaun pelajar.hehe

    la ni tiket travel diskaun staf lah pulak ye..hehe
    Jom terjah post menarik dari saLoma ..saloma jatuh basikal dalam seragam jururawat COMEL!My Profile

  2. Sudah jauh berubah ketika saya dahulu menaiki keretapi ketika bapa saya belajar di USM. Selain bas yang membuatkan saya muntah, keretapi adalah kenderaan kami dari KL ke Butterworth sebelum naik feri ke Pulau Pinang. Saya masih ingat ketika itu koc mana ada keretapi hanya ada kipas bumbung sahaja
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Transformasi seekor rama-ramaMy Profile

  3. saya pernah naik keretapi ekpress dari perak ke kl sentral di waktu 3 pagi…tak tahu keretapi apa…temankan mak saudara yang in time kerja pagi di batu tiga…mungkin 10 tahun lepas…sejuk betul…lepas tu just sekali sekala naik ktm, lrt, monorail jela untuk jalan2…
    Jom terjah post menarik dari azura ..Utamakan keluarga- semakin hari semakin sayangMy Profile

  4. 💡 Tambah sikit lagi…

    Jambatan dalam background gambar Angah & Intan tu, laluan saya berulang alik heret kontena berat berisi chipboard dari kilang Dongwha (dulunya MERBOK) ke Pelabuhan Pulau Pinang.

    Salah satu kenangan perbadi saya, dari sudut yang berbeza.

    Terima kasih, Kujie. Untuk gambar itu.

  5. Hehehe… sebijik macama upper deck kat dalam kabin Scania 124L yg saya pandu.

    Kebiasaannya upper deck tu tempat saya, sebab partner saya gayat tidur di tingkat atas.
    Saya dah terbiasa, pasal pernah duk asrama dan tidur kat tingkat atas katil 2 tingkat.

    p/s: Nak tanya,Kujie. Ada ke koc KTM yang mempunyai bilik persendirian?
    Jom terjah post menarik dari Abang Zul (9W2FLY) ..SCANIA RULESMy Profile

Comments are closed.