projek kampung agas , pekan pahang

Kisah Sebenar Gadis Tanjung Agas

Amboi… ramai sungguh yang alert tajuk entri WW saya dibawah ni.  Sesekali keluar dari kebiasaan, terbeliak semua orang, ye.

Saya amat amat jarang memilih tajuk yang agak SX . Menulis bab hubungan suami isteri pun tak pernah . Saya malu, saya ada anak remaja dan mereka adalah pembaca / pemantau blog ini.

Kadang-kadang saya agak pelik melihat blogger muda remaja berkongsi entri hubungan suami isteri berkaitan seks.

Ok , lupakan bab tu. Saya tak mahu bercerita panjang. Apa yang ingin saya terangkan adalah kisah disebalik gadis sunti yang lencun kebasahan tersebut.

melawat Pekan

 

Selepas melawat Muzium Sungai Lembing pada hari pertama percutian, kami merancang melawat Pekan, Pahang. Jaraknya lebih kurang 80 kilometer dari Legend Cherating Resort tempat penginapan sepanjang percutian kami.

Pekan adalah Bandar Diraja Pahang yang mendapat namanya dari sejenis bunga yang dipanggil Bunga Pekan.

Kenapa nak ke Pekan?  Sebab belum pernah pergi dan saya telah mencari beberapa maklumat perlancongan yang menarik di situ.   Selalunya sampai ke Kuantan dan terus ke utara pantai timur.  Macam tersisih saja …. hiks!

Ada 2 laluan utama ke Pekan dari Kuantan, melalui Gambang dan Tanjung Lumpur.  Kami ikut laluan tepi pantai Tanjung Lumpur.

Kompleks Budaya Pulau Keladi, Kampung Pulau Keladi

Sepanjang perjalanan, hujan sekejap sekejap dan gerimis, kemudian lebat membasahi bumi Pekan.  Kalendar percutian yang dirancang diteruskan dengan melawat Kompleks  Kampung Budaya Pulau Keladi.  ( Gps Coordinate  : 3.515145,103.381453 ) .

Hujan yang terlalu lebat, kami hanya sempat mengambil beberapa keping gambar kenangan dari dalam kereta sahaja.  Buka cermin kereta pun dah tempias.

Kompleks Budaya Pulau Keladi, Kampung Pulau Keladi Pekan
Salah satu rumah yang terdapat di sini adalah rumah yang menjadi tempat Tun Abduk Razak bin Hussein, Perdana Menteri kedua Malaysia dilahirkan.

Memandangkan tak dapat luangkan masa untuk melawat kawasan lain, kami teruskan perjalanan ke  Kampung Tanjung Agas, Pekan Pahang.   Disinilah muara berakhirnya Sungai Pahang iaitu sungai terpanjang di Semenanjung Malaysia.

Kampung Agas Pekan

Kampung Tanjung Agas sebenarnya amat popular dengan satu projek mega yang akan dijadikan pusat sehenti moden pertama untuk industri maritim, minyak dan gas di Malaysia .  Projek ini dikenali dengan nama  Taman Industri Minyak, Gas dan Logistik Tanjung Agas (TAOGLIP) yang dilancarkan pada tahun 2010.

projek kampung agas , pekan pahang

Inilah pemandangan yang dilihat di jeti Kampung Tanjung Agas, Pekan.  Kawasan timbunan pasir sayup mata memandang.

Di jeti inilah gadis sunti tersebut saya temui.    GPS Coordinate : 3.511836, 103.470728  .. hiks!

Pangkalan Bekalan Pengguna Bersama

Jentera-jentera pembinaan menunjukkan masih ada kerja-kerja yang sedang dijalankan.   Mungkin projek yang terbengkalai ini telah dimulakan semula.

paya bakau

 

Balik dari Tanjung Agas, kami melawat Muzium Sultan Abu Bakar dan makan murtabak paling terkenal di Pekan, Murtabak Mengkasar.

©kujie – semua gambar dari S3 , gambar dalam kamere belum upload lagi.

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

34 thoughts on “Kisah Sebenar Gadis Tanjung Agas”

  1. kalau nk dekat n x jem xpyah melalui tnjung lumpur pun xpe nk ke pekan.. exit gambang lalu kat ump 2 kan.. straight trus smpai batu 6 ade fly over ikut jln yg bawah.. ke kanan ad sign board ke pekan lagi cepat rsnya..

  2. Dah lama tak singgah ke Pekan,last masa sekolah dulu tahun 1990….Tg Agas dekat dgn Kuala Pahang – dekat sgt….destinasi terakhir air dari sungai pahang mengalir ke laut. 🙂
    Jom terjah post menarik dari azman ..Sepit BiruMy Profile

    1. ye lah… alhamdulillah sebab kami buat keputusan balik pada hari Ahad
      esoknya tu Isnin dah mula banjir.
      kalau tidak tersangkut dalam bas kat mana-mana entah…lega sangat sebab dah selamat balik ke rumah

Comments are closed.