Kuala Lumpur Dari Balai Cerap Planetarium Negara

Selepas ke Pameran Raja Kita di Muzium Diraja Istana Negara, kami singgah ke Planetarium Negara. Dirasmikan oleh Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, pada 7hb Februari 1994 , tempat ini adalah tempat pendidikan dengan memberi kesedaran  orang awam tentang bidang sains angkasa.

Planetarium Negara  biasanya menjadi lokasi untuk melihat gerhana matahari atau bulan, melihat bujur bintang atau melihat anak bulan ketika menentukan awal Ramadan atau Syawal.

Balai Cerap Planetarium Negara

Antara kemudahan yang paling menarik minat di sini adalah Balai Cerap Planetarium Negara.  Dari kedudukan ketinggian 112 meter dari aras laut, kita berpeluang melihat keindahan Bandaraya Kuala Lumpur dari udara.

Terdapat juga beberapa permainan interaktif dan galeri pameran yang juga mempamerkan pelbagai bahan teknologi  angkasa termasuk replika kapal angkasa Soyuz.

angkasa malaysia

Ruang letak kereta  di sini luas dan percuma. Disekitar bangunan dikelilingi dengan kawasan rekreasi bertemakan angkasa.

Waktu Lawatan Planetarium Negara

  •  9.30 pagi hingga 4.30 petang
  • Selasa hingga Ahad termasuk pada cuti umum
  • Ditutup setiap hari Isnin ,Hari Raya Puasa and Hari Raya Haji

Bayaran Masuk Planetarium Negara

  • Percuma

Bayaran Masuk Pertunjukan di Teater Angkasa 

  • Dewasa (13 tahun dan ke atas) : RM 6.00
  • Kanak-kanak (bawah 12 tahun) : RM4.00

Setiap hari  ada  4 pertunjukan atau tayangan iaitu Earth, Moon & Sun, Solar Storm, Journey To The Stars dan Across the Universe: The Voyager Show di Teater Angkasa yang berbentuk kubah.

Nota : Tiada tayangan pada hari Jumaat

Cuti sekolah minggu depan, bolehlah merancang membawa anak-anak ke tempat menarik dan berfaedah di sekitar Kuala Lumpur  atau lokasi yang sesuai .  Semak lokasi tempat menarik untuk bercuti di sini –  Tempat Menarik Untuk Dilawati Di Malaysia.

 

 

Lokasi Planetarium NegaraLokasi ke Planetarium Negara  ( GPS Coordinate – 3.139434,101.689442 )

 

 

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. biaya masuknya cukup murah
    nice share 🙂
    Jom terjah post menarik dari Jefry ..Jasa Pelancaran Saluran Air & Wastafel Mampet Telp. 021-9311-8787My Profile

  2. mesti ramai orang masa cuti-cuti sekolah ni..
    Jom terjah post menarik dari Aya ..23 Pesanan Buat SuamiMy Profile

  3. dekat je ni tapi tak pernah pergi. rugi betul,dulu kecik2 beriya nak gi sini. haha

  4. Belum sampai lagi. Mungkin akan termasuk didalam senarai lokasi yang perlu dilawati oleh famili. 🙂
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Wordless Wednesday – Tribute Lahad DatuMy Profile

  5. tak pernah pergi lagi Planetarium Negara…huhu
    Jom terjah post menarik dari papa mifz ..Tukar Tayar BaruMy Profile

  6. yang ni pun lama dah tak pergi..
    Jom terjah post menarik dari titan ..Komisen kedua dari TechCPMMy Profile

  7. kat rumah nih sorang je tak pernah pergi sini lagi, si bongsu. best pergi sini.
    Jom terjah post menarik dari eiela ..Personaliti Pencinta Warna MerahMy Profile

  8. cuti2 sekolah best nie pergi planetarium…
    Jom terjah post menarik dari Wan Fauzi™ ..Tenang Menghadapi CabaranMy Profile

  9. ada public transport? mungkin dari stesen keretapi bole ambil teksi.. tapi dari sana tu, senang dapat teksi tak?
    Jom terjah post menarik dari Datin Tyka ..Kegembiraan Seorang IbuMy Profile

  10. Teringin juga untuk ke sini satu hari nanti,dah set dalam list lokasi percutian akan datang
    Jom terjah post menarik dari wazy ..Teknik Jerat Jualan – Pemasaran Facebook EfektifMy Profile

  11. Dah bawak anak2 jalan hari tu,rasa macam nak bawak lagi 🙂
    Jom terjah post menarik dari azman ..Menembak Malam HariMy Profile

  12. dulu antara tempat feberet ni tapi dah bertahun juga tak pergi.
    Jom terjah post menarik dari Denaihati ..iPhone 5 Gadget Impian Baik dan BurukMy Profile

  13. Boleh ditanda untuk aktiviti travel bersama keluarga nanti..
    Jom terjah post menarik dari Hairul Azni ..Mari Melawat Muzium Sultan Abu Bakar,Pekan PahangMy Profile

  14. rugi kalau tak pi melawat tempat mcm ni..
    Jom terjah post menarik dari staibaqhang ..Fotografi perkahwinan – Hanif dan Zubaidah (PhotoVillage Studio)My Profile

  15. menarik! nak kena pegi nih!!
    Jom terjah post menarik dari khairul ..Cikgu & Tun Dr. MahathirMy Profile

  16. Oneblogsocial says:

    Ternyata,banyak sejarah dan Ilmu yang boleh di dapati di Malaysia ini
    Jom terjah post menarik dari Oneblogsocial ..Rich SnippetsMy Profile