Kuala Lumpur – Jakarta – Bandung

Ikut rancangan akhir memang Intan tak ikut ,saya dah terangkan segalanya . Jadi pagi Jumaat saya keluar ikut suami ke Shah Alam dan rancangnya terus ke KLIA. Saya hantar Intan ke rumah kakak.

Dalam pukul 12.45 Intan telefon tanya bila nak jemput dia. Ahhh……sudah! Saya dalam teksi dari Shah Alam ke KLIA. Menangis meraung² dia nak ikut. Rupanya dia tak faham. Dia ingatkan saya akan balik semula untuk jemput dia kemudian baru ke KLIA.

Kakak saya nak hantar kebetulan kereta dia digunakan anak², nak keluar cari teksi pun ambil masa. Saya telefon kawan², jiran tetangga dan syukurlah ada yang sudi menghantar hingga ke Rawang. Dari rumah kakak saya, kena balik rumah ambil pasport , nasib baik selang 2-3 rumah saja.

Pukul 2 petang baru dapat teksi dari Rawang. Penerbangan saya 4 petang. Sehingga tempuh itu, saya di KLIA berpeluh dan tak senang duduk. Kawan² ajak makan pun hilang lesap seleranya. Saya tak pasti berapa laju teksi tu pecut, hampur 3.30 petang tiba di KLIA.

Lega………..!


Berselera betul makan, walaupun nasi dan lauk sejuk.  Penat meraung dan menahan debar.

Perjalanan 1jam 58 minit tiba juga akhirnya. Kumpulan kami seramai 22 orang terdiri dari kawan sekampung atau kawan sepejabat di sambut oleh Pak Iwan pemandu pelancong kami.

Dibawa makan malam di Rumah Makan Lembur Kuring.  Selesai makan malam , teruskan perjalanan hampir 3 jam ke Bandung.  Sepanjang perjalanan Pak Iwan berceloteh itu ini begitu begini….dan saya terlelap!


Tiba di Topas Galeria Hotel, Bandung. Hotel berkonsep butik 3 bintang .


Pagi Sabtu bersiap awal pagi untuk bergerak ke Tangkuban Perahu, salah satu gunung berapi yang terletak lebih kurang 30 km sebelah utara kota Bandung dengan ketinggian 2084 Meter dari atas laut.

Nama Tangkuban Perahu adalah sebuah legenda Sunda yang sangat terkenal, iaitu Sangkuriang. Gunung Tangkuban Perahu jika dilihat dari jauh seperti perahu terbalik, konon kerana perahu itu telah ditendang oleh Sangkuriang yang gagal menyelesaikan tugasnya dalam membuat perahu dalam waktu semalam untuk menikahi Dayang Sumbi yang tak lain adalah ibu kandungnya sendiri.

Tetapi agak sesak dengan para penjual cenderamata yang mengelilingi sehingga sukar bergerak untuk menikmati pemandangan dengan bebas.

Sepanjang jalan ke sini kita akan nampak orang berjual arnab yang comel juga sate arnab…


Turun dari Tangkuban Perahu kami ke Sari Ater Hot Springs melalui deretan rumah² penduduk yang rapat² juga di celah lereng² kebun teh.  Takmandi pun, cuma rendam² kaki saja. Air Panas Ulu Legong (Ulu Legong Hot Springs), Baling ,Kedah lagi menarik rasanya.


Bas Pariwisata ( Bas Pelancong ) kami yang mempunyai tangga bergerak… he he he..ditaja oleh Coca Cola. Tiap kali bas berhenti, Toi ( bus boy ) akan cepat² turun untuk letakkan tangga….

Makan tenghari pertama di Bandung di Restoran Balibu.  Tetapi dalam menu tiada pula sop buntut…:p

Malamnya kami dibawa menikmati makan malam di Restoran Kampung Daun.   Ketibaan rombongan disambut oleh penyambut tetamu dan diselitkan sekuntum bunga di telinga pada setiap orang.   Kampung Daun memiliki keunikan tersendiri dengan konsep tradisional, namun tetap mewah dan elegan dengan pondok² di celah pokok rendang juga air terjun.


About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. teringin nak pergi indonesia.. walaupun jauh dimata tapi dekat dihati….
    Jom terjah post menarik dari Wan Fauzi ..Hukum Memakai Niqab Bagi WanitaMy Profile

  2. Kapan berkunjung ke Indonesia lagi nie Kak Jie..
    Jom terjah post menarik dari Rina As ..Optimasi SEO Menggunakan Demote Sitelink GoogleMy Profile

  3. Woow.. perjalanan yang menarik sobat..
    Salam dari Blogger Indonesia 😉
    Jom terjah post menarik dari BLoG kiTa ..Day Trans Travel Jakarta BandungMy Profile

  4. bestnyerr gi bandung ..

    ©Kujie ~ utk kaki shopping oklah
    tapi kak jie bkn…
    lebih berminat melawat tmpt/ perkampungan tradisi
    tapi itu pengalaman

  5. Hi…perkenalkan name sy rido…sy student drpd bandung yg tengah sambung master kat UKM…untuk Tuan2 dan Puan2, abang/akak, adek, rakan2 yang nak cuti ke bandung…boleh email sy bile2 masa rido3782@yahoo.com…Saya menyediakan khidmat sewe kereta dan guide/driver …Kereta Honda CRV (utk max 4 org) dan honda Jazz (untuk 3 org). harga berpatutan yang penting aman dan selese. Guide/driver is so educated and friendly (my friend and local people). Pandai cakap Bahase Inggris juga. Die pun boleh bantu menawar barang dan ajak hang around the city. So, boleh jimat masa. Nanti kite pegi shopping ke tempat yg best2 n makan kat restaurant yg sedap2!! Macam rumah mode, heritage, pasar baru, Kampung Daun, Sapu Lidi makan di sawah, the valley, Kartika Sari, Broniz Kukus Amanda, Tangkuban perahu, and many more.Thanx

  6. Jie… Tangkuban Prahu tu kan ada ceritanya… kalau tak silap dulu, Tangkuban jugak nama filem dia tapi bukan Prahu. Hmm… mosykel kejap.

    ODs last blog post..The X Files

    • @OD, iye ke..tapi cerita rakyat Tankuban Perahu tu mmg fofuler… cerita mcm mana Bandung dapat nama…best tau pemandu pelancong tu pandai bercerita… 😆

  7. seronoknye jalan2 ngn family…
    intan tu pun syok jugaklaa…
    abang2nye tak jeles lgsg ke??

    BaniHassims last blog post..Hmm….Kelucahan MAZI!

  8. Seronok!.. best! Jeles!!!

    samdaddycools last blog post..Artwork – batik painting.. 1st attempt

  9. x prasan la plak hotel2 sbb biasa gi pagi pastu malam back to Jakarta… hehe

    shaxxs last blog post..Reload Money to Tune Card via FPX

  10. 3 juta okay la tu….

    kalo weekend memang dari jakarta akan ke bandung sbb udara dia segar…. hehehe…. orang2 bandung tensen sbb orang2 jakarta nyebuk kat tempat dorang… hahah…

    shaxxs last blog post..Reload Money to Tune Card via FPX

    • @shaxx, tapi orang Bandung suka orang M’sia datang…daripada pelancong negara lain..
      huhuhu…orang Malaysia suka membeli belah, sekarang ini banyak hotel baru dibangunkan :mrgreen:

  11. ok gak intan ikut kak jie..kalau tak rugi tiket dia..hehehe..sonok pusing2 bandung…soping sakan tak? 😆

    • @izzah, mmg la difikir rugi
      tapi masa tu dia tak sihat lagi
      kalo pergi nnt terperap je kat hotel
      rupanya pagi Jumaat tu cergas segar bugar dia… 😆
      banyak tak banyak……….abis juga 6 juta
      bawa balik beg yang beranak pinak.. 😀

  12. Salam…
    lama tak jenguk sini. Banyak perubahan.Moga sihat selepas balik dari Bandung.
    Tak pi jalan dan hanimun kat Bogor/Puncak ke…sana bestt…sejuk giler…
    Pi hanimun sana 2005..fuh…rasa cam nak g lagi…heheh

    • @Beib, Tak sempat pergilah…. mgkn akan plan ke tempat lain lepas ni
      ada banyak lagi gambar, tapi yg terlalu peribadi tak bolelah publish 😆

  13. alaaaa… buat rindu nak balik kampung ni…. next year mesti balik sebab dah rindu dah kat jakarta… bandung pun best gak tempat makan n shopping murah!

    shaxxs last blog post..Reload Money to Tune Card via FPX

    • @shaxx, Bandung sejukkkkkkkkkkk…untuk kaki shopping memang sesuai, tapi kak Jie bukan jenis mcm tu..huhuhu

      tapi abis juga lah 6 juta :mrgreen:

  14. Kalau lah boleh download suara raungan intan tu, mesti mest erk… 😀

    suaras last blog post..Demi Kameelah…

    • @suara, 😆 kat sana dia meragam je
      ungkit balik le…
      ‘hah…tu la pasal mama tak bagi dtg..kan ngadu penat je…”
      :mrgreen: :mrgreen:

  15. waaaaaa..bestnye..aritu abah saye pon g x bw saye (sbb die kije..kekekeke) dpt tgk gmbr je…huk huk huk…nk pegi gak…

    kuros last blog post..UVERworld’s main site new theme

  16. ma! nape eh… diya nampak mama makin kurus! mcm awal 30an. wah gitu. tapi, siyes mama nampak lain 😆

    p/s-rasa mcm nak landing atas katil ituk!

  17. bertuah btul intan dapat gak dia pegi.. bestnye dapat jalan2 luar negeri..

    ecahs last blog post..Bangsalku..

  18. Bagus intan, well done! Berbaloi meraung tu…

    Orang kalau dah nama intan ni mmg unpredictable.

    intans last blog post..My Bag, My Witness

  19. ehhh nie bukan cuti2 mesia dah…

    apasal msj box hang mcm chipmore..

    kuinas last blog post..MINTA BANTUAN!

  20. nak jajan.. nak jajan.. nak kena belajar ngan intan neh.. beru kak jie bagi jajan.. hehe..

    nikillass last blog post..Celcom.. Ooo Celcom..

  21. waah gi indon tuh.. bestnyaa! nak itoooott garrrrkkk!! :mrgreen:

    iEns last blog post..Ciri-ciri Blog Yang Baik

  22. intan..intan… buat omak nye sakit jantung yo. 😛

    meh nak tgk rantai meh.. 😆 😆

    zanas last blog post..Iklan Di pagi hari

    • @zana, itulah zana
      dup dap dup dap….takut time dia sampai dah terbang…huhuhu

      erk..rantai..cesss…rm 4 je tu = 10000 rupiah

  23. Seronoknya bleh pi jalan2 ngan family ramai2. Intan pun nampak sihat ja, sebab bersemangat nak jalan2 lah tu 🙂
    Bila nak pi Vietnam Kak Jie? Syok tuuu 😉

    • @iza, dia tak de sakit teruk sgt
      cuma 2-3 hari sebelum tu tak bape sihat
      tak moh la g sana nnt..dok terperap je dlm bilik
      hehehehe..
      nntlah…nk kumpul duit
      nk g noreh dulu…jual sekerap 😆

  24. hehe..tak pasal2 intan dapat ikut…best yer pergi jalan2. takpe next month bleh pi berjalan sakan…cuti sekolah jg kan 😛

    iss last blog post..tak tau la mau tulis apa

    • @is, rasanya tak de lagi
      lepas blk cuti tu…satu opis abg dpt memo
      tak leh cuti sampai cukup tahun
      huwaaa……………keje tgh byk 😆

  25. wah… cuti2 malaysia ke? ramai tol gi makan angin ke bandung. best tak kat sana? saya tak pernah gi lagi =)

    izans last blog post..hantu coklat

    • @izan, itulah….satu flight tu…separuh lebih tu org M’sia
      kat sana ramai tul tersempak dgn org M’sia
      suka tau org sana org M’sia dtg
      sbb org kita suka shopping kt sana
      kalo pelancong lain dtg jejalan je 😆

  26. syiookkk ………pegi bandung nih, macam 2 ader kan kak jie kan. 😛

    cakap kosongs last blog post..Bila Aku Sudah Tiada……………….

  27. hashim habeed says:

    Hu Hu bestnya makang angin… Next month kita pulak nak g makang angin

  28. sure kelam bin kelibut kan bila intan nangis nk ikut..

    arins last blog post..Random Pixs that i Loikeee…

  29. Pelakon pembantu terbaik: pemandu teksi.. 🙂

    Lan Bingkas last blog post..Kamu berdua…jangan begitu

  30. rezeki intan. hehe
    nasib baik cepat tersedar, rupanya nak ditinggalkan.so, sempatlah meraung.
    kalau makcik pun, meraung jugak intan wei…

    cikgu panjis last blog post..Sambutan Hariraya

    • @cikgu panji, 😆 nmpk je muka dia dlm teksi
      terus lega…rasa lapar..dari tadi tak makan2…
      tu yg nasi sejuk pun dibaham tak toleh kiri kanan dah 😆

  31. tetiba terigin nak jadi anak kak jie..
    haha..
    pas nie nak ikut!! huhu

  32. wah bestnyer jalan2 kujie ni…

    sy rasa kalo Intan 2 bukan ank kujie, confirm kujie tinggal btl x? 😛

    callisters last blog post..I had a dream.

  33. haha.
    kalo yonna jadik intan pon meraung-raung nak ikut :p
    dah rezeki dia dpt pegi.
    hilang semua demam eh 😀

    mama,
    more picture plzzz 😀
    xde gambar honeymoon ke? hahah!

    • @yonna, mmglah…ari tu bgtau dia
      mcm dia accept je..mcm faham je
      alih2 dah meraung2 dlm phone..gelabah giler
      sik baik sempat lagi cari teksi :mrgreen:
      gambar2 peribadi….tak leh arr publish kt sini 😆

  34. fuh..ramai jugak pegi…22 org tuh….ingatkan pegi ngan family terdekat jer….

    |1f34|-|1r3s last blog post..Spot the MalaysiaKini typo

Trackbacks

  1. […] – tahun lepas kami sambut ulangtahun perkahwinan bercuti ke Bandung, tahun ini saya yang akan […]

  2. […] dapat dengar irama mendamaikan seperti itu. Tahun 2008 sewaktu bercuti ke Jakarta dan Bandung, nyaris² nak beli angklung tetapi mengenangkan diri yang tak ada nilai² kesenian, terpaksa […]

  3. […] pernah melawat Sari Ater Hot Springs Bandung, Kolam Air Panas Labis, Kolam Air Panas Bentong, Kolam Air Panas Pedas, Kolam Air Panas Ulu Tamu , […]

  4. […] Isu Semasa – Doktor curi tulang benda hitam di lebuhraya Setia Alam Cuti-cuti Malaysia – Kuala Lumpur – Jakarta- Bandung Terangganu – layan gambar dan cerita sensasi Blogger – Keputusannya saya tak popular […]

  5. Manohara dan Ambalat | Hidup Biar Sedap says:

    […] suka entri fakta dan sejarah…sila baca ye kawan².    Jangan gaduh²lah…saya mau ke Bandung lagi Random PostsRed Diva Vs BURberryDariNya kita datang…kepadaNya kita kembaliKena Tag […]

  6. […] ” Kata nak p CH ?” ” Orang Sime Darby postponed , mana baju putih yang beli kat Bandung tu […]

  7. […] Bandung hari tu, cari tak jumpa. Tengah bersilat di dapur, Angah […]

  8. negaraku.net says:

    Kuala Lumpur – Jakarta – Bandung | Hidup Biar Sedap…

    Pagi Sabtu bersiap awal pagi untuk bergerak ke Tangkuban Perahu, salah satu gunung berapi yang terletak lebih kurang 30 km sebelah utara kota Bandung dengan ketinggian 2084 Meter dari atas laut….