Kuala Perlis – Feri Ke Langkawi

Edit: Entri percutian di Langkawi

Jeti Kuala Perlis

Kuala Perlis, biasanya menjadi destinasi untuk ke Langkawi selain dari Kuala Kedah. Perjalanan feri melalui Kuala Perlis lebih dekat berbanding Kuala Kedah.  Kalau dari Kuala Perlis ke Langkawi lebih kurang 1 jam 15 minit, kalau feri dari Kuala Kedah ke Langkawi, perjalanannya lebih kurang 1 jam 45 minit.

Hari kami sampai ( 2/11/2012 ) berbondong² bas rombongan dengan cop rasmi jabatan kerajaan atau kementerian yang parking. Hujung tahun biasanya, masa untuk habiskan bajet tahunan berseminar, bermeeting di pulau indah. Ops! ini pengakuan saudara terdekat.

Kami tak bercadang untuk ke Langkawi , cuma sekadar untuk bermalam dan makan ikan bakar di Kuala Perlis sebelum meneruskan percutian di Perlis dengan melawat Gua Kelam.  Banyak gerai dan banyak pilihan untuk menikmati makan malam ikan bakar.  Sangat berpuas hati.  Cuma terkilan kerana  kedai laksa beras kuala perlis yang popular itu tutup.

Cara mudah untuk sampai ke Kuala Perlis sebelum meneruskan perjalanan dengan feri ke Langkawi adalah dengan bas atau keretapi. Ada bas Transnasional bertolak dari Hentian Puduraya pada jam 11.00 malam dan tiba jam 4.45 pagi di Kuala Perlis. Bas Plusliner pun menyediakan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Perlis pada jam 10.30 pagi dan tiba pada jam 6.00 petang.

Tambang bas dari Kuala Lumpur ke Kuala Perlis – RM 42.80 ( baru baru booking online untuk adik yang akan bertolak malam esok )

Saya suka menaiki keretapi – Pernah alami kenangan ke Langkawi dengan keretapi untuk menghadiri LIMA 2011 yang terkandas 4 jam ( baca entri di sini )

LIMA 2011

Langkawi International Maritime & Aerospace Exhibition 2011

 

Keretapi Senandung Langkawi bertolak dari Kuala Lumpur pada jam 9.30 malam dan tiba di Arau ( stesen terdekat untuk ke Langkawi ) lebih kurang jam 8.00 pagi. Dari Arau ambil teksi untuk ke Kuala Perlis. Tak jauh, lebih kurang 15- 20 minit perjalanan ( 17 kilometer ). Sampai di Kuala Perlis, beratur beli tiket feri.  Kalau dari Arau, keretapi bertolak pada jam 7 malam dan tiba di KL Sentral jam 5.30 pagi.

Tiket feri ke Langkawi tak perlu dibooking, kecuali untuk rombongan.  Bila sampai di jeti, beraturlah di kaunter tiket.   Tetapi tiket feri dari Langkawi untuk kembali ke Kuala Perlis atau Kuala Kedah boleh dibooking apabila sampai di Langkawi. Harga tiket feri ke Langkawi ialah RM 18 sehala ( kanak-kanak RM 13 ).   Tiket feri dari Kuala Kedah ke Langkawi – RM 23 ( kanak-kanak RM 17 )

Waktu feri beroperasi dari jam 7 pagi hingga jam 7 malam.   Saya pernah booking feri terakhir tetapi tertunda hingga ke jam 8 malam.  Risau sepanjang perjalanan kerana tiket bas untuk ke Kuala Lumpur jam 10 malam dari Alor Setar.    Sampai saja di jeti, terus dapatkan teksi dan alhamdulillah, bas yang akan bertolak ke Kuala Lumpur juga tertunda lewat 1 jam.

 

melawat langkawi

Tempat wajib ambil gambar bila ke Langkawi… angan² orang kaya ada kapal segudang!

 

Adik saya ada  ipar yang bekerja disana dan berkahwin dengan orang Langkawi, jadi saya tak ada masalah untuk mencari tempat tinggal dan pengangkutan.   Tahun lepas kami tinggal di rumah dia dan menggunakan VIOS bebas cukai Langkawi… Sediakan bajet untuk beli Daim je lah… hiks!  Anak saudara saya pun ada di MRSM Langkawi.

Apesal Tak Klik?

Comments

  1. says

    Wah, bestnya berjalan-jalan di Malaysia. Nice entri kak. Suka baca pengalaman orang berjalan-jalan makan angin ni. Walaupun kita tidak pernah ke sana, tapi dapat rasa suasana.
    Jom terjah post menarik dari Arrazi ..Silap LangkahMy Profile

  2. mohd firhan jasni says

    sekarang pun masih banyak bas2 parking di tepi2 jalan dekat jeti tu, kereta pun. macam pesta la pulak. rasanya lepas cuti sekolah habis baru pergi ke langkawi, baru seronok sikit, orang tak ramai :p

    yang benar – penduduk kuala perlis :D

Trackbacks

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge