LIMA 2013 – Sewa Bot Mengelilingi Pulau Di Langkawi

Hari ke dua, kami ke Jeti Teluk Baru bersebelahan Jeti Awana Porto Malai tempat pertunjukan statik kapal perang Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2013. Tujuannya untuk mengelilingi beberapa pulau yang terdapat disekitar Pulau Langkawi (island hopping )

Kisah hari pertama di sini – LIMA  2013 – Smokey Bandits Dan Blogger

Jeti Teluk Baru

Kami tunggu Pakcik Din, pemilik bot yang telah ditempah sama seperti kunjungan saya 2 tahun lepas. Kami chartered satu bot untuk private tour.

persembahan peronda laut porto malai

Sementara tunggu bot disiapkan, pertunjukkan laut oleh pasukan peronda tentera laut sedang berlangsung di hadapan Jeti Awana Porto Malai

Jeti Pulau Dayang BuntingPerjalanan ke Tasik Dayang Bunting tak lama sangat tetapi pengalaman melihat pulau-pulau disekitar dan birunya laut.  Dalam perjalanan ke Pulau Dayang Bunting, kita akan lihat bentuk gunung yang menyerupai seorang perempuan sarat mengandung yang sedang berbaring.

Jarak dari jeti ke Tasik Dayang Bunting lebih kurang 1 KM dengan menaiki anak tangga dan turun semula ke kawasan tasik.

Ada banyak monyet di sini, berhati-hati dengan barang yang dibawa.  Jangan bawa makanan di dalam bekas plastik, mudah menarik perhatian sang monyek.

Gua Kompang yang mendapat nama kera

Gua Kompang Langkawi

 Lihat kelawar yang tidur lena di dinding Gua Kompang.

model banj mandi muslimah

Model kami – dia je yang sanggup keluar dari redupan bumbung bot untuk bergambar..hihihi

islands hopping

 

Ini laluan sempit ( jalan shorcut ) untuk ke Pulau Singa Besar, Kalau air pasang saja baru boleh dilalui.  Pakcik bawa bot dengan perlahan-lahan melepasi kawasan cetek ini sambil bercerita mengenai khasiat pucuk pokok yang boleh dijadikan sebagai ubat herba.

eagle feeding pulau singa besar

Ada 4 jenis burung helang di Pulau Singa Besar.   Kalau musim percutian, kenyanglah helang ni dapat makan sedap-sedap.  Lama juga kami disini sebelum dibawa ke tepi pohon bakau dan melihat satu-satunya pokok bakau disitu yang mempunyai buah berwarna kuning.  Bakau diRaja kot.

pantai beras basah langkawi

Kemudian kami ke Pantai Beras Basah…. kalau tak mandi tak basah!  Sejam dihabiskan  dengan pemandangan biru laut dan pasir yang gebu.

intan memandu bot

Pakcik buat drift!  Dua tiga kali pakcik buat drift dengan bot.

Seronoknya………… tapi ini Intan , ambil peluang memandu bot. Pengalaman yang berharga untuk dikenang.

Jadual bot kami tidak terikat dengan ahli kumpulan lain, jadi pakcik bawa kami menyusuri secara dekat beberapa pulau lain seperti Pulau Kentut Besar dan Kentut Kecil.

kapal tentera laut LIMA Langkawi

Dalam perjalanan balik, kami menghampiri  Porto Malai dan melihat beberapa buah kapal  tentera  laut yang menyertai LIMA yang sedang berlabuh.

kapal tentera laut

Nampak depan mata bersepah-sepah kapal tentera laut rasa seperti dimedan perang.

Lieutenant Alex Hopper: Where’s the captain?
Young Officer: Captain is dead, sir.
Lieutenant Alex Hopper: Who’s next in charge?
Young Officer: You are.

(Battership 2012)

kapal selam di LIMA Langkawi

Kawasan ini menempatkan kapal-kapal tentera laut, jadi ada sempadan yang tak boleh didekati.  Kapal selam yang timbul.

batu kawi langkawi

Pakcik juga menunjukkan kami Batu Kawi iaitu salah satu kombinasi antara “Lang” dan “Kawi” yang memberi nama kepada Pulau Langkawi. Kawi bukan saja merujuk kepada batu yang berwarna merah tetapi kepada sejenis burung helang kawi.

feri ke langkawi

Helang dari Dataran Helang sedang bertenggek atas kepala Intan.

Kejap saja bercuti, petangnya kami balik dengan feri terakhir menjinjing 4 biji pemanggang ajaib , Daim dan Almond Gold Whittakers yang tengah in sekarang.

Perlukan nombot telefon untuk  sewa kereta di Langkawi ?

  • Sewa kereta  di Langkawi –  019 4190199
  • Sewa bot di Langkawi –  016 4856179

Bagi saya , semuanya best bila ahli keluarga gembira.

Walau bagaimana pun, ada satu perkara yang boleh ditingkatkan mengenai perkhidmatan feri di Langkawi.  Semua sedia maklum tentang limpahan peelancong yang datang serentak sempena LIMA, tetapi kaunter menjual tiket feri tetap dibuka hanya 2 kaunter sahaja.  Perlu beratus di bawah panas terik lebih sejam untuk membeli tiket ( jam 8 pagi, kalau dah tengahari saya tak pasti beraturnya sejauh mana )

Memandangkan sistem tiket berkomputer, elok rasanya  kaunter penjualan tiket feri  dibuka lebih banyak   selain daripada di kawasan jeti yang sedia sesak.  Masa LIMA je lah… masa hari biasa tak ada masalah.

Nota :  Semua gambar dari telefon, semua malas nak usung DSLR sebab nak berkubang mandi mandi.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Best nye bercuti di Langkawi ni. Banyak aktiviti boleh buat selain shopping, huhu..
    Jom terjah post menarik dari Kereta Sewa Shah Alam Seksyen 7 ..Kereta Sewa Shah Alam Seksyen 7My Profile

  2. naik peragy bot dan mengelilingi pulau yang fantastik, keren sekali …
    Jom terjah post menarik dari Jefry ..Jasa Sedot WC Jabodetabek Telp. 021-9311-8787My Profile

  3. bg makan helang tue mencabar n menarik, pemandangan pun cantik.
    Jom terjah post menarik dari Jawatan Kosong Kerajaan ..Jawatan Kosong Di Perbadanan Muzium Negeri Kelantan (PMNK)My Profile

  4. Nazerin says:

    wah…

    bestnya…

    tringin nak g LIMA…

    kena tggu thun depan lar nampaknya…
    Jom terjah post menarik dari Nazerin ..31 pengikut ‘TUHAN HARUN’ ditahanMy Profile

  5. Nampak gaya,kena tunggu anak2 besar dulu baru boleh buat aktiviti keliling pulau macam ni..kalau dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki olehNya…
    Jom terjah post menarik dari Hairul Azni ..Menang RM 100.00 Dari Giveaway Hairulazni.myMy Profile

  6. Bestnya siap sewa bot.

    Yg kat pulau kentut dua beradik tu ada citer menarik tak kak jie? tak sempat ke sana mase ke langkawi =)

    thanks kak jie berkongsi…best!
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Selamat Hari Lahir IsterikuMy Profile

  7. hoho..dah lama tak bawa bot macam nih..
    Jom terjah post menarik dari titan ..To be somebody’s first choicesMy Profile

  8. wah best nya naik boat sambil tengok pemandangan yg indah kan 🙂
    Jom terjah post menarik dari HafizAmri ..Jadilah Orang Yang BeruntungMy Profile

  9. biasanya percutian ke Pulau Langkawi pasti menjanjikan memori yang indah…:)
    Jom terjah post menarik dari papa mifz ..Di Rumah Sudah Ada Kolam RenangMy Profile

  10. seronoknya.. kalau aya, pening skit kalau naik bot..huhu
    Jom terjah post menarik dari Aya ..Warkah Buat IsteriMy Profile

  11. x berpeluang lg utk tgk LIMA
    Jom terjah post menarik dari Ibu Mifzal Arsyad ..Rindu Pada Aleesya SaffiyaMy Profile

  12. wahhh… senonoknya….
    Jom terjah post menarik dari staibaqhang ..Hanif dan Zubaidah – Full EntryMy Profile

  13. satu penceritaan yang detail..saya sekali jer gi Langkawi ingat nak gi lagi…

  14. gambar2 ini membuatkan saya ingin kembali bercuti kembali ke langkawi. kali ni sudah pastilah dengan isteri dan anak2
    Jom terjah post menarik dari Ladfe Amir ..Wordless Wednesday (Si Comel Mimi Diyana)My Profile

  15. Kak Jie sewa bot tu berapa dia charge? – boleh simpan no tu,bila2 nak pi nak call pakcik Din 🙂
    Jom terjah post menarik dari azman ..Potong Pendek Jangan BotakMy Profile

  16. Nasib ketika menghampiri kapal TLDM tidak kena tahan. Kalau tidak naya. 🙂
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Merakam keindahan Masjid Tuanku Mizan Zainal AbidinMy Profile

Trackbacks

  1. […] LIMA 2013 – Sewa Bot Mengelilingi Pulau Di Langkawi [klik] […]