Masjid Besi Putrajaya

Semalam saya dan Intan datang ke Nilai. Kemudian buat kejutan untuk Iza. Kami melawat rumah baru Iza dan bergolek-golek sampai malas nak balik. Akhirnya terus bermalam.

Tumpang gembira dan kagum, awek tu boleh beli rumah rm 180K !

Pagi tadi kami buat lawatan cik kiah ke Putrajaya. Ramainya orang – berbagai jenis pelancung meluangkan masa hujung minggu di Dataran Putra yang sedang dalam proses pembaikan.

Saya pernah melawat dan bersolat di Masjid Putra atau ‘Masjid Pink’ yang terletak  di Dataran Putra bersebelahan dengan Pejabat Perdana Menteri dan Tasik Putrajaya.

Untuk kali ini, kami mengambil keputusan untuk  ke Masjid Besi kira-kira 2.2 kilometer jaraknya dari Masjid Pink.

Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin atau pun lebih dikenali sebagai ‘Masjid Besi’ dirasmikan oleh DYMM Sultan pada Jumaat 11 Jun 2010 terletak di Presint 3, bersetentangan Istana Kehakiman atau ‘Palace Of Justice’.

Uniknya masjid ini yang pertama kali saya temui adalah ruang solat lelaki dan perempuan tiada sekatan atau mempunyai bidai atau tabir. Solat secara terbuka dengan jemaah lelaki berada di segenap ruang agak kurang selesa, apalagi bila perlu menukar telekung untuk berganti tudung.

Lokasi masjid di tepi Tasik Putrajaya turut dikelilingi kolam air yang sudah tentu  menyejukkan dan mendamaikan.

Alhamdulillah, satu lagi pengalaman baru yang berharga hari ini.

Inilah ruang wanita yang mempunyai 2 almari telekung, satu rak penyidai dan satu cermin.  *Gambar dari telefon

Dalam perjalanan balik, berlaku satu kejutan ‘nak luruh jantung’ di plaza tol Nilai.  Esok saya cerita…nak golek-golek , lepak-lepak dulu.  Sekarang masih kat rumah Iza, petang nanti baru nak balik US ( Ulu Selangor ).:lol:

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

26 thoughts on “Masjid Besi Putrajaya”

  1. perkhh.. cantik gambar org tgh duduk santai dan mengadap ke jambatan sana tu.. hehehe.. hebat sehh..

    masjid besi tu maza sekadar lalu2 aje, belum berkesempatan menyinggah.. lagi pun besi, kan, takut melecur kulit nanti di tengahari buta gitew.. hehehe

  2. masjid besi…jangankan masjid besi pun dah ada..masjid emas pun ada gak…tapi yang betul2 terpesona masjid kubah emas kat Brunei Darussalam…memang terkedu gak tengok keindahan masjid kubah emas… 😆
    Jom terjah post menarik dari princessmia ..Duda anak satu maut nahasMy Profile

  3. penah pegi sekali masa kawan wife nikah kat sana. kolam tepi masjid tu agak membahayakan coz nampak cam lantai je. ada kes orang termasuk dalam kolam tu.hehehe

    kak jie pi nilai 3 ke? umah saya kat bukit mahkota je, dalam 3 minit je ke nilai 3.
    Jom terjah post menarik dari nasslimdiet2 ..Kepentingan penyusuan susu ibuMy Profile

  4. Tempoh hari ada nampak Masjid Besi dari tepi jalan semasa ke Cyber Jaya. Ingatkan hendak solat Jumaat disana tapi kawan yang memandu tidak tahu jalan

  5. adeih encik ijad, masalah ni
    sebab dari komputer Kak Jie tak ada pun warnin tu
    semalam update guna laptop dia pun tak ada warning

Comments are closed.