Melawat Ladang Herba Nasuha Spices & Herbs Paradise
Percutian

Melawat Ladang Herba Nasuha Spices & Herbs Paradise

matahari naik

Tarikh : 25/01/2014

Seawal jam 7.30 kami telah bertolak dengan bas dari Hulu Selangor. Kami tu bermaksud saya dan rombongan cik kiah anjuran Kolej Komuniti Hulu Selangor.

Ladang Herba Nasuha
Nasuha Spices & Herbs Paradise

Lokasi tujuan  adalah keluar  dari lebuh raya PLUS di  Plaza Tol Pagoh dan ke Nasuha Spices & Herbs Paradise yang terletak lebih kurang 3km dari Plaza Tol Pagoh.

 

melawat ladang herba nasuha

Selepas taklimat dan makan tengahari, aktiviti seterusnya adalah melawat sekitar ladang  milik Tuan Haji Nasuha bin Haji Kasian

Nasuha Herbs Paradise
Nasuha Herbs Paradise

Dengan bantuan ‘pemandu pelancong’ kami diperkenalkan dengan pelbagai spesis tumbuhan dan herba yang pernah dikenail dan ada juga yang tidak pernah dilihat sebelum ini seperti Pokok Asam Gelugur dan Pokok Kembang Semangkuk.

pokok kayu putih
Melalui deretan pokok kayu putih.

Terus teringat minyak kayu putih yang pernah digunakan sejak 23 tahun lepas. Saya pernah tertumpah hampir setengah botol minyak kayu putih tepat ke atas muka Along sewaktu Along berumur tak sampai setahun.

Malam-malam buta Along merengek-rengek tak sedap badan, saya capai botol minyak, buka penutup dan cuba tuang minyak di tapak tangan. Entah dalam mamai malam, saya tertumpah hampir separuh botol minyak dan melimpah jatuh ke atas muka Along. Sesiapa yang gunakan minyak kayu putih mesti tahu penutup botolnya bukan ada penutup plastik yang boleh ditebuk lubang. Lubang botol terus sebesar ukuran penutup botol.

nasi briyani herba nasuha
Beriani Herbal Nasuha

Sebelum lawatan, kami menikmati menu  tengahari –  Nasi Briyani Herba bersama sup herba dan 8 jenis teh herba

Esok esok bila lapang sikit  saya buatkan entri lengkap ye, malam tadi sampai rumah dah jam 10.45 malam.  Pagi ini ada majlis Yassin & Tahlil kat rumah jiran.    Rutin hidup mak-mak macam inilah….

Nota :  Terima Kasih Kolej Komuniti Hulu Selangor dan Nasuha Herbs Paradise

 

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

20 thoughts on “Melawat Ladang Herba Nasuha Spices & Herbs Paradise

    1. Ada Tour package – package kami
      Welcome drink with 7 types of herbal tea
      Herbs & Spices Briefing
      A visit to the Herb Garden by tram
      A visit to the Garden Herbarium & pond fish
      Visit to Herbal sincere Gallery
      Lunch with Chicken Herbs Beriyani
      Insurance coverage
      Visit certificates

      RM 28
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Melawat Ladang Herba Nasuha Spices & Herbs ParadiseMy Profile

Comments are closed.