Press "Enter" to skip to content

Mendaki Pada Hari Pertama Sekolah

Ramai ibu-ibu yang kelam kabut rutin hidup pada hari pertama persekolahan. Pengalaman menguruskan anak pertama ke sekolah memang mengujakan. Debaran melihat anak melangkah ke sekolah dengan persekitaran di luar kawalan ibubapa agak meresahkan.

Perasaan ingin memberi kepercayaan kepada anak supaya berdikari dan perasaan tidak yakin pada kemampuan si anak bersilih ganti. Mampu k dia… boleh ke dia…

Saya tak ada anak kecil untuk diuruskan , Intan dah Tingkatan 2. Tak ada apa yang nak dikecohkan, hantar dia macam biasa. Cuma dia saja yang terlebih teruja. Tak sabar untuk kembali semula ke sekolah. Dua tiga kali buat kawat lintas hormat menayang baju , kasut dan beg baharu.

beg sekolahDah Tingkatan 2 masih nak beg macam budak Tahun 2. Layan sajalah… hiks!

anak lelaki makLepas hantar Intan ke sekolah macam biasa, saya dan suami bercadang ke Genting Highlands. Bukan bercuti, cuma berjalan hidup udara segar tanah tinggi. Tahun lepas waktu ketika ini dia bermain sajli musim sejuk di Algeria. Rindu nak merasa udara sejuk, katanya.

Tetapi……… mana ada peluang nak berdua. Angah yang sedang bercuti mid sem pun nak ikut… tuuu dengan tak menyempat sarung kasut dah berlari keluar.

cuaca di genting highlandsPerjalanan dari rumah hampir 40 Kilometer berkabus bila hampir sampai ke puncak.  Ingat  tak ramai orang yang mendaki ke puncak , malumlah anak-anak dah mula bersekolah.  Rupanya masih ramai juga yang mengambil peluang bercuti ke Genting.

Kebanyakkannya pelancong asing dan orang dewasa.

pemandangan tanah tinggiKami banyak habiskan masa di luar bangunan, nikmati pemandangan dan kesegaran udara dingin.

pemandangan dari genting highlandsAngin dan kabus yang bertiup kencang menyapa pipi sampai kebas.  ( jangan nak buat lawak tanya sapa yang kebas…)

bunga di genting highlandsDi taman sekitar First World Hotel.

bunga purpleTaman di depan Highlands Hotel.  Geram tengok pokok bunga berkembang subur macam ni.

bunga sendudukBunga senduduk yang sangat subur dan besar.  Saya pernah berjumpa pokok senduduk berbunga putih di Tanah Tinggi, Bentong.

Pokok senduduk digunakan sebagai ubatan herba  untuk menyembuhkan luka dan merawat ibu selepas bersalin.  Katanya minum air rebusan akar pokok senduduk dapat menyembuhkan luka dan mengecutkan rahim. Waktu zaman saya kecil-kecil dulu,  kami kutip buahnya yang berwarna ungu gelap dan  makan.  Rasa kelat dan manis.  Akibatnya masing-masing dok gelak lidah kawan yang berbekas hitam ( ungu gelap )

Pukul 5 petang kami bergerak turun.  Pukul 6 dah ada depan sekolah untuk menjemput Intan.

Pagi tadi selepas sarapan suami bertolak balik ke Terengganu.

Perkahwinan jarak jauh macam kami memang perlu uruskan masa yang berkualiti sebaiknya bila bersama.  Kena susun cuti anak-anak dan nikmati ruang yang .  Kadang² tanpa dirancang.

Genting Highlands

©kujie – sedang menyusun waktu bercuti Tahun Baru Cina bulan Februari nanti.

31 Comments

  1. Percutian tak dirancang kadang2 lebih mengujakan =)
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..9 Ciri Suami IdamanMy Profile

  2. fariq fariq

    adik sy yg kecik tahun ni masuk pra, mcm2 hal dia tiap kali balik rumah.. haha..
    Jom terjah post menarik dari fariq ..FA Cup – Southampton v Chelsea FCMy Profile

  3. Ibu Mifzal Arsyad Ibu Mifzal Arsyad

    seronoknya…cam luar negar alak bila berkabus gitu..sejuk..
    Jom terjah post menarik dari Ibu Mifzal Arsyad ..Hari Pertama Di TadikaMy Profile

  4. ]kesian ada yang kene tinggal…

  5. salam, baru tiba sini, best entry ni mengingatkan masa zaman sekolah, cuma saya tak ada la pakai beg kartun masa tingkatan 2 :P… sempat lagi bercuti tengah anak kat sekolah… sweet sangat!!!!
    Jom terjah post menarik dari nazray ..5 pilihan telefon pintar android untuk 2013My Profile

  6. Tahun paling best semasa di Sekolah bila paling senior, kalau masa sekolah rendah, darjah 6, kalau sekolah menengah masa tingkatan 5. Terutama kalau duduk asrama, memang satu asrama lah rasa diri sendiri yang punya.

    Lewat datang berbuka puasa, boleh je duk first masa beratur. Kenangan semua itu. Kak Jie memang dah boleh buat travelog ni. 🙂
    Jom terjah post menarik dari Izzat Aziz ..2012 : Pemerhatian SemulaMy Profile

  7. Sempat lagi berdua-duan di Genting. 🙂

  8. ema ema

    seronoknya kak, pergi balik hari jer ke CH tu..
    Jom terjah post menarik dari ema ..Hari pertama sekolahMy Profile

  9. seronoknya pergi bercuti. bukan sahaja boleh tenangkan fikiran, malah boleh tambah pengalaman.
    Jom terjah post menarik dari faizal ..Mengapa Kain Jiran KotorMy Profile

  10. Saya setuju bab menghargai masa berkualiti bersama keluarga. Jika dah sibuk dengan pekerjaan, inilah yang perlu dilakukan. Nasihat yang baik sebenarnya buat anak muda.
    Jom terjah post menarik dari Arrazi ..Bezanya Kita Pada Kualiti DiriMy Profile

  11. Hi Ka Jie.. Bercuti lagi ler tuh namanya.. hik3
    Lama sudah tidak ke Genting.. Tunggu sponsor.. “WINK”
    Jom terjah post menarik dari nurmisnan ..IPHONE 5 GADGET IMPIANMy Profile

  12. Perkahwinan jarak jauh tak pernah alami,percintaan jarak jauh pernah.Ada juga yang ikut tu hehehe – agaknya apalah yang dibualkan dgn suami or “enjoy the silent” jer 🙂
    Jom terjah post menarik dari azman ..Sembang tahun baru 2013My Profile

  13. Hari ini selain bekerja rutinitas di Rumah Sakit adalah menghantar anak sekolah karena istri sedang hamil tua dan bersiap untuk melahirkan.
    Sehingga harus menjadi suami SIAGA dan juga bantu-bantu pekerjaan istri di rumah pula.
    Jom terjah post menarik dari Blog Keperawatan ..Rumah Yang IslamiMy Profile

Comments are closed.