Meraikan Tetamu Sebelum Bercuti

gambar unik di Genting

Cuti hujung minggu 3 hari ini, kawan Angah datang. Kawan yang sama-sama belajar di Kolej Mara Kuala Nerang. Kampungnya di Terengganu.

gambar di Genting Highlands Kami pergi Genting Highlands. Inilah tempat paling dekat dan murah untuk bawa tetamu jika datang ke rumah kami. Bertolak dari rumah jam 3.00 petang , dengan lalu lintas yang sibuk mendaki ke puncak. Sejam memandu, dalam gerimis yang dingin, kami tiba ke puncak Genting Highlands.

Kenangan Terindah Hujung Disember Di Genting Highlands

gambar unik di GentingKami kurang berminat untuk berada di dalam bangunan yang bising dan riuh dengan orang ramai bermain  indoor game.  

Logo Genting HighlandsLuangkan masa di taman yang berdekatan Highlands Hotel sebab waktu Asar tadi dah jumpa surau di lobi Highlands Hotel, terus je lepak di kawasan taman sehingga Maghrib.

keadaan di Genting HighlandsBila dah hampir malam macam ni, cuaca semakin sejuk.  Angin yang bertiup kuat juga menambahkan rasa kedinginan di tanah tinggi ini.  Kebanyakkan pengunjung berada di bahagian depan atau di kawasan First World Hotel jadi persekiratan taman lebih tenang.

suasana malam di Genting Highlands

Waktu ini suasana di sekitar rasa syahdu dan tenang.  Seluruh ruang angkasa disebalik  pemandangan bukit bukau bergema bacaan ayat-ayat suci al-Quran yang berkumandang dari Masjid  Genting Highlands.

Jam 9 malam, kami memandu turun dari Genting.  Kalau balik, kejap saja dah sampai ke rumah.

suasana malam di Genting Highlands
Selamat tinggal kota kosmopolitan …… saya dan Intan akan bercuti 2 minggu.

Tengahari nanti kami akan bertolak balik ke Baling, Kedah dan minggu keduanya akan ke Hulu Terengganu, atau lebih tepat lagi ke Tasik Kenyir. ( Baca catatan terdahulu saya di Kenyir… jumpa gajah! Hidup Dengan Pengalaman Bukan Sekadar Kenagnan )

Saya balik berdua saja dengan Intan, Jumaat depan Along dan Angah balik dengan bas.  Mereka masih belum cuti.

Di Baling, capaian internet masih boleh diakses walau pun dalam keadaan nyawa-nyawa ikan tetapi di Tasik Kenyir , saya tidak boleh dihubungi melalui telefon apalagi capaian internet. Hilang 100% dari dunia maya!

  • Saya tak tahu pun ada konsert k-pop kat Genting malam tadi, sebelum dimention oleh beberapa rakan Facebook. patutlah….ramai amoi lenglui seksi meksi!
  • Monthly Bandwidth Transfer dah nazak, pleaselah bertahan untuk beberapa hari saja lagi.
  • Intan – please jangan tidur, temankan mama memandu 380KM

32 Replies to “Meraikan Tetamu Sebelum Bercuti”

  1. tak tahu bila lepas nak p genting tu..hari2 duk tengok dari bawah ni..dari rumah kakjie ada nampak tak genting tu?… kat sini sayup2 aje…

    ~selamat bercuti buat kak jie dan keluarga… moga selamat sampai ke destinasi… cayalah! kakjie…dengan gagahnya memandu 380km… 🙂
    Jom terjah post menarik dari ieda ..… impian @ kehendakMy Profile

  2. dulu sewaktu belajar di Jengka, ini lah tempat hilangkan stress.
    suka tengok suasana masuk maghrib..memang syahdu sangat..
    itu la ingat kakjie pergi kpop. tak percaya je.. he he
    selamat bercuti kak jie dan intan…
    Jom terjah post menarik dari Datin Tyka ..Fikir Dulu Sebelum …My Profile

    1. pergi mendaki…tapi semalam memang kereta banyak dari arah Genting. Ramai pemandu dari Kuantan ( timur ) yang akan ke utara akan ikut jalan Genting Sempah – Gohtong Jaya – Batang Kali ke utara berbanding ikut lalulan Highway Karak hingga ke Gombak.
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Meraikan Tetamu Sebelum BercutiMy Profile

Comments are closed.