Mesin Pembakar Lemang Di KUD 2013
Percutian

Mesin Pembakar Lemang Di KUD 2013

Sabtu 28hb Septembar lepas , saya ikut rombongan anjuran Kolej Komuniti Hulu Selangor ke Karnival Usahawan Desa 2013 yang berlangsung di Laman 1Malaysia Putrajaya. Terima kasih pihak Kolej Komuniti kerana sering menganjurkan aktiviti bersama komuniti kami.

Karnival yang menghimpunkan industri kecil dan sederhana untuk mempromosi produk mereka secara terbuka dan jualan terus kepada pengguna. Banyak aktiviti yang disediakan kepada pangunjung seperti Pameran dan jualan usahawan di bawah bimbingan agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ( Ketengah, Kejora, Felcra, Kemas, Jakoc, Keda, Infra, Risda, Mara dan Kesedar ), Demonstrasi Produk, Demonstrasi Masakan, Persembahan Gelanggang Rakyat.

Karnival yang disertai oleh lebih 600 usahawan dengang pelbagai produk makanan, penjagaan diri, pakaian, kraftangan, hasil pertanian dan macam-macam lagi dari seluruh negara. Lenguh juga kaki nak menjelajah ruang yang luas di sini, nasib baik Intan dah boleh bawa diri.

Sampai saja di tapak karnival, perkara pertama yang kami cari adalah makanan. Paling best ada gerai jualan makanan dari setiap negeri di Malaysia seperti Melaka dengan asam pedanya, Negeri Sembilan dengan masak lemak cili api daging salai, Terengganu dengan Satar dan Otak-otak dan banyak lagi.

Lepas makan, baru ada tenaga nak berjalan.. hihihi

belon upin ipin
Kalau ada anak kecil, belon upi ipin angry bird superman badman  ini mesti tarikan utama. Umpan nak suruh anak diam tak meragam…hihi

mesin bakar lemangIni adalah Dapur Bakar Lemang yang dicipta oleh Encik Fauzi Zakaria dari Giat Mara Bacho, Kelantan. Sesiapa yang berminat nak mengetahui lebih lanjut lagi mengenai produk ini, boleh telefon Encik Fauzi di talian 012 9583306.

kacang lupakan kulit
Saya sungguh tertarik dengan beberapa ciptaan inovasi yang dipamerkan oleh pihak Giat Mara seperti dari Pusat GiatMara Jelebu, Negeri Sembilan dengan produk ciptaan yang dinamakan Beanskin Machine atau nama uniknya Mesin Kacang Lupakan Kulit.  Mesin ini berfungsi untuk menggoreng, meramas dan menampi dan mengasingkan lapisan kulit kacang tanah.

karnival usahawan desa 2013
Demontrasi produk – sulaman riben tudung saji. Nampak mudah tetapi untuk dapatkan wariasi warna yang sepadan dan kreativiti corak perlukan bakat dan imaginasi yang tinggi. Cantikkan dan berwarna warni.

Ada banyak demontrasi membuat produk yang mengajak penyertaan pengunjung mencuba seperti anyaman rotan, menenun songket, mencanting batik dan mengukir.

rock melon
Rock Melon Premium Gold sedap dan manis di booth Kejora.

Orang Asli Kaum Mah Meri, Pulau Carey.
Di akhir lawatan sehari, saya berpeluang melihat Tarian Jo’oh Topeng Suku Kaum Mah Meri dari Pulau Carey, Banting, Selangor. Pasukan seramai 13 orang ini diiringi pemain alat muzik seperti gendang, gong, tuntung buluh serta gesekan biola memainkan muzik Jabos dan Pau Kunteng.

motif bunga Orang Asli
Kalau nak tahu, duit syiling 10 sen sekarang menggunakan motif bunga Orang Asli Mah Meri.

ubi keledek madu cameron highlands
Inilah hasil borong di Karnival Usahawan Desa – KUD2013 , Ubi Kentang Madu katanya. Ubi ini datangnya dari ladang di  tanah tinggi Lojing, Kelantan yang berdekaran Cameron Highlands. Saya peminat keledek.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

17 thoughts on “Mesin Pembakar Lemang Di KUD 2013

  1. hurmm~ keledek kalau dibuat inti karipap, sedap tuh…
    tertarik dengan mesin kacang lupakan kulit. kalau buat produk sambal kacang instant atau bagi mereka yang meniaga satey, mesin tuh memang sgt2 membantu!
    Jom terjah post menarik dari Akuro San ..Kontes Review Klinik CintaMy Profile

Comments are closed.