Muzium Di Malaysia Yang Dilawati Sepanjang 2013

Bila diimbau kembali sepanjang tahun 2013, dari senarai Tempat Menarik Di Malaysia yang pernah saya lawati , muzium menjadi antara tempat paling banyak diterokai.  Lebih kurang 16 buah muzium yang pernah saya jejak sepanjang tahun 2013.

Dari muzium mewah diraja  di Pekan, Pahang hinggalah muzium kecil sekadar satu bangsal menempatkan batu bersurat di Kuala Berang.  Semua lawatan ini memberi banyak ilmu dan pengetahuan.

pameran raja kita istana negara2
Muzium yang paling kerap disinggah adalah Muzium Diraja Istana Negara ( lama ).  Lawatan pertama cuma diluar kawasan istana sebelum dijadikan muzium.  Lawatan kedua hanya Balairong Seri Istana Negara yang dibuka untuk pameran kepada umum dan lawatan tahun 2013 Istana Negara yang dijadikan Muzium Diraja telah membuka Bilik Beradu Yang di-Pertuan Agong , Bilik Beradu Kerabat Diraja, Bilik Santapan, Bilik Permaisuri , Bilik Menteri , Bilik Duta malah Bilik Mandi Permaisuri pun dah boleh dilihat.

bidan perdana menteri

Dalam kisah yang tercatat, ditulis ‘ Bidan kerajaan Hospital Kuala Lipis yang dikenali sebagai Mak Teh yang menyambut kelahiran Najib waktu itu’.
Pada muka yang sama terdapat gambar seorang wanita dengan catatan ‘Puan Fatimah ( Mak Da ) Bidan yang menyambut kelahiran Najib’.

bayi pertama yang dilahirkan

Pada 16 – 8 -1960 , seorang bayi perempuan anak pasangan peneroka Zainal bin Ali dan Radziah binti Othman telah dilahirkan menjadikan beliau adalah bayi pertama yang dilahirkan di FELDA Lurah Bilut. Pengurus Rancangan/ Manager Tuan Ding Charles seorang Inggeris yang fasih berbahasa Melayu mencadangkan nama Norvelly memandangkan bayi pertama ini dilahirkan di Bilut Velly.

muzium perang bank kerapu kota bharu

Bangunan ini asalnya dikenali dengan nama Bank Kerapu kerana fungsi asalnya sebagai sebuah bank perdagangan. Digelar Kerapu kerana dindingnya yang tidak licin dan menggerutu. Bangunan ini dibina pada tahun 1912 menempatkan The Mercantile Bank of India Ltd.

komplek muzium kuala kedah

Pada 31 Ogos 1978 kota ini telah diwartakan oleh Jabatan Muzium Malaysia sebagai “Tapak Tanah Bersejarah”

Kota ini pernah dimusnahkan oleh armada Acheh pada tahun 1619. Setelah diperbaiki, kota ini sekali lagi dimusnahkan oleh armada Bugis (1770) . Kota Kuala Kedah ini juga pernah diserang dan dimusnahkan oleh Armada Siam pada 12 November 1821.

melawat muzium sultan abu bakar

Lanskap yang pasti menarik perhatian setiap pelancong.
Arca bangau dan kuda yang dibina daripada serpihan kayu yang hanyut di sungai pasti memukau sesiapa yang melalui kawasan ini. Tiap otot dan bentuknya digam menggunakan ‘gam perahu’. Selain arca bangau dan kuda yang diletakkan di halaman depan muzium, terdapat beberapa lagi arca orang asli di dalam bangunan muzium.

muzium angkatan tentera darat port dickson

Ada satu terowong yang di panggil Terowong Komunis Malaya ( PKM ) sepanjang 142 meter dibina bermula dari Blok B Muzium Tentera Darat. Jangan lupa untuk masuk ke dalamnya kerana perjalanan melalui terowong ini tentu memberi satu pengalaman perit dan getirnya anggota tentera kita menangani ancaman PKM.

terowong bawah tanah lombong bijihtimah

Lombong Tabeto yang juga dikenali ‘Tai Peng Tong’ oleh penduduk tempatan. Pada zaman kegemilangannya lombong Tabeto ini telah mencapai kedalaman maksimum 500 meter.

Muzium Sarawak

Kami berjalan kaki sekitar bandar hingga ke Muzium Sarawak , Muzium Sejarah Semulajadi, Muzium Etnolagi, Muzium Seni dan Muzium Islam Sarawak. Agak terhad masanya kerana muzium ditutup jam 4.00 petang pada hari Sabtu.

lokasi-batu-bersurat-terengganu.jpg
Mengikut catatan sejarah, Batu Bersurat ini dijumpai di tepi Sungai Tara pada tahun 1887 . Sekarang dikenali dengan nama Tanah Batu di Kampung Buloh, Kuala Berang, Hulu Terengganu.
Pada tahun 1902 , batu ini kemudiannya telah dijumpai pula oleh Syed Hussin bin Ghulam Al-Bukhari di bahagian tangga Surau Kampung Buloh

Dan beberapa muzium lain seperti Muzium Kucing di Bandaraya Kuching, Muzium Orang Asli , Muzium Negara, Muzium Padi dan Muzium Negeri Kedah.

Antara tempat bersejarah lain yang saya lawati adalah Tuol Sleng Genocide Museum Phnom Penh, Kemboja dan Củ Chi Tunnels Vietnam.

Photos of the victims of the Khmer Rouge

Komplek blok penjara 3 tingkat ini asalnya adalah sekolah Tuol Svay Prey Secondary School dan diberi nama Security Prison 21 (S-21). Pada hari lawatan, suasana rasa sepi dan sunyi walaupun ramai pelawat yang lalu lalang di depan mata. Masing-masing seolah-olah bisu tidak mampu untuk bercakap. Hanya melihat dan menelan sendiri pengalaman masing-masing.

 

Semoga catatan ringkas pengembaraan masa lampau yang pernah saya kutip ini boleh dikongsi untuk menambah pengetahuan am kita bersama.

 

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Kalau ada masa, pergi lah ke Muzium Diraja Kuala Kangsar. Banyak info tentang sejarah Perak kat sana 🙂
    Jom terjah post menarik dari Fahmishah ..Syawariq al-AnwarMy Profile

  2. tertarik ngan nama norvelly. sedap disebut ^_^
    Jom terjah post menarik dari nazra ..Alfalfa – herba yang kaya dengan nutrien, vitamin dan mineralMy Profile

  3. Meminati subjek sejarah di bangku sekolah lagi. Pernah suatu ketika berangan ingin melakukan adventure seperti Indiana Jones. 🙂
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Fenomena kabus tebal di SerendahMy Profile

  4. Tiada yang lain selain ucapan terima kasih utk kak jie kerana sudi berkongsi.

    Memang tak pernah rasa rugi singgah sini =)
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Mom Blogger Top Referral ContestMy Profile

  5. bagus belajar sejarah di muzium kak.. bawa anak anak..boleh diorang tau tentang kisah kisah dulu yang dah berlaku..
    Jom terjah post menarik dari kesoma.rai ..Bengkel Teknik Pelaburan Emas -DAFTAR SEKARANG!!My Profile

  6. Wah… banyaknya muzium dah dilawati. Dah boleh jadi sejarawan dah tu!
    Jom terjah post menarik dari Firdaus Azizi ..Melayan Kerenah Comel Si Abang & AdikMy Profile

Trackbacks

  1. […] PINGBACK NEGARAKU.MY: Muzium Di Malaysia Yang Dilawati Sepanjang 2013 | kujie2.com […]