Muzium Bijih Timah Sungai Lembing

Ini entri formal sebab sebelum ini saya hanya mengemaskini blog melalui telefon sewaktu sedang bercuti. Syukur talian internet di kawasan pantai timur lancar di kebanyakkan tempat.

Bas bertolak tepat jam 9.00 malam dan selamat tiba jam 4.15 pagi. Suami menanti kami di pekan Kuala Ping.

nasi dagang terengganu

Perkara pertama yang dicari sudah tentunya sarapan nasi dagang. Saya suka Nasi Dagang Terengganu berbanding Nasi Dagang Kelantan. Ada beza kedua jenis nasi dagang dua negeri ini.

Pantai Kemasik

Luangkan masa melihat sinar mentari pagi di Pantai Kemasik.

kapal laut

 

Melepasi pesisir pantai, melihat panorama indah termasuk projek pembinaan jambatan baru juga pasaraya dalam paya di bandar baharu Kijal. Saya  hanya pelancong yang ‘melihat’ jadi tak beranilah nak komen lebih². Sesiapa nak tahu, pergilah melancong ke Terengganu.

 

melawat muzium sungai lembing

 

Lokasi  pertama percutian kali ini adalah mengunjungi  Muzium Bijih Timah Sungai Lembing yang merupakan salah satu dari dua muzium yang dikendalikan oleh Jabatan Muzium Malaysia di Pahang.

pekan sungai lembing

 

Cantik pemandangan semaktu memasuki  pekan Sungai Lembing.

Kawasan Sungai Lembing merupakan kawasan galian biji timah yang kedua terbesar di dunia selepas Bolivia.  Sungai Lembing merupakan bandar yang pertama di Semenanjung Tanah Melayu yang diletakkan dibawah pentadbiran sebuah syarikat bijih British iaitu Pahang Corporation Limited.

Kawasan seluas 2,500 ekar persegi itu dipajakkan bagi tempoh 100 tahun dengan bayaran satu sen setahun.

satu sen?  patutlah kita tinggal sisa saja……… semua dah dikaut.

tapak muzium sungai lembing

Sewaktu kegemilangannya,  lombong bijih timah Sungai Lembing  dikenali sebagai  ‘El Dorado Timur’ bersempena nama lombong emas yang terkenal di Alaska.  Ianya merupakan komplek lombong bijih timah bawah tanah yang terbesar di dunia.

lokasi muzium sungai lembing

Bangunan yang pernah  menjadi kediaman  pegawai Inggeris di Lembah Sungai Kenau.

tai pei tong sungai lembing

 

Kawasan perlombongan Taibeto, terletak kira-kira 500 meter dari tapak Muzium Sungai Lembing, sedang dalam pembinaan untuk menaik taraf.  Kami memasuki kawasan ini atas kebenaran seorang staf dengan syarat  dikawasan tertentu sahaja.  Menurut mereka, ianya akan dirasmikan pada awal Januari 2013 nanti.

lombong bawah tanah sungai lembing

 

Ini adalah terowong bawah tanah lombong bijih timah Sungai Lembing.  Terowong ini digunakan untuk membawa bijih timah keluar dari  lombong ke loji pengisar yang  lebih dikenali sebagai ‘pangkang’.

terowong bawah tanah lombong bijihtimah

 

Lombong Tabeto yang juga dikenali ‘Tai Peng Tong’ oleh penduduk tempatan.  Pada zaman kegemilangannya lombong Tabeto ini telah mencapai kedalaman maksimum 500 meter.

pintu terowong bawah tanah

 

Salah satu pintu masuk yang terdapat di terowong bawah tanah lombong bijih timah di Sungai Lembing.  Kami berjalan kaki memasuki lombong bawah tanah ini kira-kira 60 meter.  Keadaannya lembab dan sejuk.

terowong bawah tanah sungai lembing

 

Difahamkan air yang mengalir keluar daripada bukit ini  tidak sesuai diminum kerana dikatakan mengandungi kadar sulfur yang tinggi kecuali digunakan untuk mandi bagi mereka yang menghidapi masalah kulit.

 

pelombong bijih timah

 

Pelombong bijih timah yang kesepian menanti kunjungan pelawat.  Replika ini belum siap masih dalam pembinaan.

Muzium Bijih Timah Sungai Lembing

 

Bangunan muzium yang terletak di atas bukit  sebelum ini merupakan tempat kediaman pengurus besar syarikat lombong bijih timah The Pahang Corporation Limited dari tahun 1887 hingga 1906. Ia kemudian diambil alih oleh syarikat Pahang Consolidated Company Limited (PCCL) sehingga 1986.

Rumah kediaman pengurus besar ini dahulunya dikenalai sebagai “The European Bungalow 1” atau singkatannya EB1

barang-barang dalam muzium

 

Muzium ini menyediakan ruang pameran mengikut urutan kronologi sejarah, peristiwa dan artifak bagi memudahkan kita melihat, memahami dan menghayati keadaan sebenar kehidupan pelombong pada masa dahulu.

Terdapat juga potret dan bibliografi tokoh-tokoh yang pernah menyumbang kepada pembangunan dan kegemilangan Sungai Lembing . Ruang pameran menempatkan model perlombongan  termasuk contoh batuan , replika kaedah aktiviti  perlombongan dan barangan peribadi pelombong.

 

sejarah lombong bijihtimah sungai lembing

Lombong itu ditutup pada tahun 1986 kerana kos operasinya yang tinggi dan kejatuhan harga bijih timah.

Waktu melawat Muzium Bijih Timah Sungai Lembing

Isnin hingga Ahad – 9.00am-5.00pm

Jumaat

  • 9.00am-12.15pm
  • 2.45 pm- 5.00pm

Tutup pada Hari Raya Aidilfitri  & Hari Raya Aidiladha

Masuk adalah percuma.

kuda

Kuda ini diluar kawasan muzium, tetapi masih di perkampungan Sungai Lembing.

Nota : Muzium Sungai Lembing adalah muzium ke 7 yang saya lawati sepanjang tahun 2012!  Esoknya saya melawat satu lagi muzium… tungu entri seterusnya.

  1. Pingback: Muzium Di Malaysia Yang Dilawati Sepanjang 2013 | kujie2.com

  2. Pingback: Warung Pinggan Besar Aziz Satar | Hidup Biar Sedap

  3. Pingback: Barang Dulu Memang Tahan Lama | Hidup Biar Sedap

  4. Pingback: ICT Dan i-City Kuala Terengganu | Hidup Biar Sedap

  5. Pingback: Muzium Sultan Abu Bakar Selepas 4 Tahun Ditutup | Hidup Biar Sedap

  6. Pingback: Kisah Sebenar Gadis Tanjung Agas | Hidup Biar Sedap

  7. maza pernah sampai ke situ.. tatkala itu semuanya belum lengkap terurus.. bagaikan besi buruk terbiar begitu sahaja..

    mungkin kalendar lawatan seterusnya akan memasukan distinasi yg ini.. hehehe
    Jom terjah post menarik dari maza ..Petua Mengesani PerawanMy Profile

  8. wow..ni baru tahu..ada lombong bijih timah dalam tanah..selama ni hanya kenal lombong bijih timah yang guna kapal korek (cam kat batu gajah,perak) tu je..
    Jom terjah post menarik dari pipoq ..Bertukar domainMy Profile

  9. Belajar sejarah ketika harga timah melambung suatu ketika dahulu kita tidak mendapat limpahan kekayaan tersebut kerana dikaut oleh penjajah. Begitu negara Afrika Selatan antara pengeluar intan terbaik dunia tidak mendapat tempias kekayaan tersebut.
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..ChurpChurp membawa khabaran gembiraMy Profile