Muzium Sultan Abu Bakar Selepas 4 Tahun Ditutup

Selain mengunjungi  Komplek Kampung Budaya Pulau Keladi , Tanjung Agas dan mencuba murtabak yang cukup terkenal di Pekan iaitu Murtabak Mengkasar, Melawat Muzium Sultan Abu Bakar adalah salah satu sebab kami ke Pekan. Ini adalah lawatan muzium ke dua sepanjang percutian akhir tahun  dan muzium ke 8 untuk tahun 2012 selepas melawat Muzium Bijih Timah Sungai Lembing .

Muzium Sultan Abu Bakar yang sudah lama terkenal sebagai satu daripada destinasi pelancongan utama di Pekan baru di buka semula selepas di tutup sejak tahun 2005 untuk kerja-kerja pengubahsuaian.

lokasi muzium sultan abu bakar pekan

Muzium Sultan Abu Bakar adalah asalnya Istana Kota Beram.  Bangunan berwarna putih dengan ciri-ciri kediaman Kolonel British boleh dilihat dengan jelas.

melawat muzium sultan abu bakar

 

Bangunan ini telah dibina pada tahun 1929 sebagai kediaman Residen Britsh bagi menggantikan bangunan kayu asal yang dibina pada tahun 1888 . Dalam tahun 1948, bangunan ini dibaik pulih dan dijadikan istana bersemayam Al-Marhum Sultan Abu Bakar dan diberi gelaran nama “Istana Kota Beram”

ukiran bangau

 

Arca bangau yang dibuat daripada kayu hanyut mengisi ruang kolam di depan muzium.

kuda depan muzium sultan abu bakar

Lanskap yang pasti menarik perhatian setiap pelancong.

Arca bangau dan kuda yang dibina daripada serpihan kayu  yang hanyut di sungai pasti memukau sesiapa yang melalui kawasan ini. Tiap otot dan bentuknya digam menggunakan ‘gam perahu’.   Selain arca bangau dan kuda yang diletakkan di halaman depan muzium, terdapat beberapa lagi arca orang asli di dalam bangunan muzium.

Seorang kakitangan  muzium bagi tau harga seekor arca kuda berharga RM 81,000 dan dibuat di Semarang, Indonesia.

Selepas meronda kawasan persekitaran luar muzium, jom kita masuk.

waktu lawatan muzium sultan abu bakar

 

Waktu lawatan Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang

  • Selasa – Ahad  – 9.30 pagi – 5.00 petang
  • Jumaat – 9.30 pagi – 12.15 tenghari / 2.45 petang – 5.00 petang.

Muzium ditutup setiap hari Isnin, hari pertama Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.

Bayaran masuk ke Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang

  • Rakyat Malaysia -: RM 5.00
  • Rakyat Pahang :  RM 4.00
  • Bukan warganegara Malaysia :  RM 16.00 / USD 5.00
  • Kanak-kanak ( 12 tahun ke bawah ) dan OKU  : Percuma

istana sultan abu bakar pekan

Bangunan istana yang dijadikan muzium ini mempunyai beberapa bahagian.  Jangan risau kerana ada kakitangan yang mesra sedia memberi panduan untuk melawat semua bahagian tanpa terlepas satu bahagian pun.

gambar dalam istana

Terdapat empat dewan iaitu Istana Kota Perak, Balairong Seri , Inderapura  dan Bunga Pekan yang  menyediakan ruang pameran untuk Fesyen dan Tekstil, Arkeologi  & Masyarakat Orang Asli, Seramik , Kebudayaan & Kesenian Pantai Timur.

pameran muzium sultan abu bakar

Arca Orang Asli yang menggunakan kayu hanyut dibina dari Semarang, Indonesia.  Ruang pameran   Arkeologi  & Masyarakat Orang Asli menempatkan pelbagai arca, artifak dan maklumat mengenai sejarah dan kehidupan masyarakat orang Asli di Pahang.

Pahang merupakan negeri yang diduduki paling ramai oleh Orang Asli .  Orang Asli ini boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan utama merangkumi sembilan suku kaum.  Antaranya ialah Malayu-Proto (  Jakun, Temuan dan Semalai ) , Senoi ( Temiar, Semai, Jah Hèt, Che Wong dan Semoq Beri ) dan Negrito ( Bateq)

serpihan perahu pontian

Ini adalah serpihan Perahu Rompin yang ditemui di hulu Sungai Pontian di Kuala Pontian, Rompin, Pahang pada tahun 1926.  Perahu ini dibuat daripada kayu merawan dan medang.  Selepas melalui ujian karbon 14 , kayu ini dikenalpasti  bertarikh antara 203 – 600 M iaitu lebih 1500 tahun dahulu.

Serpihan Perahu Rompin ini merupakan jumpaan  rangka perahu yang tertua di Semenanjung Tanah Melayu.

sejarah sukan diraja polo

Polo cukup terkenal dikalangan keluarga diraja negeri Pahang. Ada kisah sejarahnya bagaimana polo menjadi suka diraja negeri Pahang.  Di  ruang pameran Polo yang luas ini terdapat  skrin multi sentuh interaktif  selebar 122 inci.

Bagi saya, Muzium Sultan Abu Bakar adalah muzium paling canggih dan moden pernah saya kunjungi.  Berbaloi dengan harga tiket yang dikenakan.

Konsep  skrin multi sentuh interaktif dan kios multi sentuh interaktif di setiap ruang pameran banyak membantu pelawat mendapatkan lebih  maklumat mengenai bahan yang dipamerkan. Jangan malu dan segan untuk bertanya kepada kakitangan yang bertugas. Kami mendapat banyak maklumat menarik dari sesi perbualan bersama kakitangan muzium.

muzium sultan abu bakar

 

Tiada larangan mengambil gambar di dalam muzium ini kecuali menggunakan kamera.  Maksudnya boleh guna kamera telefon bimbit.  Tetapi bahan pameran biasanya mempunyai cahaya kontras yang tinggi, kualiti gambar tak berapa cantik.  Jalan terbaik, pergilah melawat muzium itu sendiri.

 

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. saya baru berkunjung ke muzium ni… malas nk cerita lebih2 kt blog sbb dah ada info yg cukup lengkap kat sini… letak je link entri ni kt blog saya hehe…
    Jom terjah post menarik dari alibukansetan ..Ulangtahun ke-10: Jelajah Kuantan-Pekan-RompinMy Profile

  2. bagus sekali bila musium ini dibuka kembali. siapapun bisa mendapatkan banyak edukasi dari musium ini nantinya 🙂
    Jom terjah post menarik dari Jefry ..Jasa Sedot WC Cikarang Telp. 021-9466-8989 | Sedot WC Jakarta DepokMy Profile

  3. Dear writer ( Kujie2.com),

    I should be grateful that you have portrayed very well, the driftwood sculptures of storks, horses and also the orang asli. They seem to attract many audiences and that they appreciate the works that I have done.

    And, your photography skills is very good.

    Cheers.
    Salam from Semarang.

  4. syaifuddin alias says:

    memang pelbagai macam ada kat dalam ni .. kalau siapa yg nak tahu tntg Pahang boleh dtg sini
    Jom terjah post menarik dari syaifuddin alias ..Keputusan Penuh Contest SEO ExtravaganzaMy Profile

  5. Bangau nampak real.. 🙂

    Memang cantik 🙂
    Jom terjah post menarik dari Myra Jay ..Power Bank untuk dimenangiMy Profile

  6. pertama kali masuk muzium masa ikut rombongan sekolah rendah..hehehe

    lepas tu masuk muzium bila ada pameran tertentu je..

    tapi bagus jugak kalau bawak anak2 pegi muzium + dapat tunjukkan diorang perkara2 sejarah (yg kekadang kita sendiri pun tak tau) dari asyik bawak pegi zoo tengok gajah je..
    Jom terjah post menarik dari pipoq ..iPhone 5 Gadget ImpianMy Profile

  7. Tidak pernah lagi ke muzium ini. Banyak pengetahuan dapat kalau pergi ke muzium berbanding tempat-tempat peranginan lain.
    Jom terjah post menarik dari Arrazi ..Melawat Bandar Lama Fes Tapak Warisan SejarahMy Profile

  8. kalau bab gambar kujie memang tip top!
    Jom terjah post menarik dari sohoque ..Liverpool Menang Mudah Ke Atas QPRMy Profile

  9. suka pergi tempat-tempat gini. nanti nak pergi lah 🙂 macam menarik aja lepas dah buat baik pulih kan 🙂
    Jom terjah post menarik dari Wanita Mutalib ..setelah penat ber-blog walkingMy Profile

    • masukkan dlm list 2013
      cuma satu je….jangan pi bulan Dis
      musim hujan…nak ambil gambar pun tak cukup matahari..hihihi
      nak salahkah matahari, padahal tak pandai ambil gambar :p

  10. sekali tengok gambar bangau tu, mati2 ingatkan bangau betoi….
    Jom terjah post menarik dari eyriqazz ..Hari Terakhir, Hadiah MempesonaMy Profile

  11. arca bangau tuh kelihatan seperti bangau betul lah…hehe
    Jom terjah post menarik dari papa mifz ..Berpeluh Ketiak DibuatnyaMy Profile

  12. arca kuda tu memang menarik minat saya
    Jom terjah post menarik dari hairulafiz ..Selamat Tahun Baru 2013My Profile

  13. muzium kat KL pun tak pernah lagi jejaki…huhuhu
    Jom terjah post menarik dari ema ..Kisah minggu orientasi anak masuk tahun satuMy Profile

  14. Menarik teringatkan lawatan ke Istana Lama Yang Di Pertuan Agong Malaysia.
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Mohd Chan Abdullah destinasi makan makan di BangiMy Profile

  15. Dulu saya pernah pergi ke muzium ni..masa tu belum mengalami proses pengubahsuaian..nak kena pergi lagi nampak gayanya..
    ** Suka gambar yang ke-2 tu..
    Jom terjah post menarik dari Hairul Azni ..Kalau Dah Bagitahu Tu Kita Akan Asingkan Je Lah!My Profile

  16. Mahal betul kuda kayu tu,lebih mahal dari kuda asli 🙂
    Jom terjah post menarik dari azman ..Kalendar Kuda Juga Jadi PilihanMy Profile

  17. perkhhh.. hebat!

    insyallah akan sampai ke sana….
    almaklumlah Kuantan sudah jadi destinasi pemukiman kami pula.. hehehe
    Jom terjah post menarik dari maza ..Kuantan Dingin. Sejuk yang amat sekaliMy Profile

  18. Seronok dapat berjalan dengan family..last sy pergi muzium masa sekolah rendah..sekarang dah ada anak..punya lah lama.hehe
    Jom terjah post menarik dari hafizrahim ..Ikan Tilapia Air MasinMy Profile

  19. Setakat ini tidak ingat jika pernah masuk mana-mana muzium, mungkin waktu sekolah. Bila dah ‘besar’ ni, jarang sangat terlintas untuk masuk muzium, mungkin suatu hari nanti melawat semua muzium yang ada boleh dimasukan ke dalam ‘to do list’.
    Jom terjah post menarik dari Izzat Aziz ..Resolusi 2013 #4 : Cetak Rompak SifarMy Profile

Trackbacks

  1. […] menjadi Muzium Diraja mulai 1 Februari 2013. Ini adalah lawatan Muzium Diraja ke dua selepas melawat Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan Pahang akhir Disember 2012 […]

  2. […] Muzium Sultan Abu Bakar Selepas 4 Tahun Ditutup […]

  3. […] Ini papan tanda tandas Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan Pahang. […]

  4. […] Pertama kali saya nampak adalah sewaktu berkunjung ke Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang. […]

  5. Muzium Sultan Abu Bakar Selepas 4 Tahun Ditutup | Hidup Biar Sedap says:

    […] PINGBACK NEGARAKU.MY: Muzium Sultan Abu Bakar Selepas 4 Tahun Ditutup | Hidup Biar Sedap […]

  6. […] untuk Cuti-cuti Malaysia saya ke Pahang dan Terengganu. Saya melawat Muzium Sungai Lembing, Muzium Sultan Abu Bakar, Tanjong Agas , makan Murtabak Mengkasar di Pekan , jagung bakar di Pantai Batu Buruk dan ICT di […]

  7. […] percutian hujung tahun ke Pantai Timur yang tak habis lagi. Selepas ke Muzium Sungai Lembing , ke Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan , melawat Tanjung Agas dan makan Murtabak Mengkasar, kami  check out dari Legend Resort […]