Naik Ski Lift Ke Gunung Yao Guilin

Kisah percutian di Guilin tak habis lagi…. tak berapa nak rajin menulis tetapi suka nak berkongsi gambar. Walaupun gambar yang diambil menggunkan telefon sahaja tidaklah cantik, tetapi inilah kenangan terindah di bumi China yang saya ada.

Hari ke 4 di Guilin, kami ke Yao Mountain  ( Yaoshan – shan adalah gunung ) yang terletak di timur Guilin lebih kurang 12 kilometer dari pusat bandar. Yao Mountain adalah puncak tertinggi di Guilin setinggi 903,3 meter.

Ia mendapat namanya daripada kuil  Maharaja Yao dari Dinasti Tang yang dibina di puncak gunung tersebut.

musim bunga di guilin

Setiap musim menawarkan pandangan yang berbeza. Waktu lawatan saya pada musim bunga dan kelihatan bunga Azalea sedang berkembang di mana-mana. Katanya pada musim panas, pokok buluh dan pokok pine akan tumbuh subur saling bersaing menyerlahkan kehijauan dan pada musim luruh, pokok maples berdaun merah yang jatuh melayang akan membuatkan kawasan bukit kelihatan seolah-olah ia adalah api menjulang.

Pada musim sejuk, jika bernasib baik, puncak ini juga akan diselaputi salji yang berkilau seperti kristal.

cable car yao mountain

Pada tahun 1996, kereta kabel telah dibina menghubungkan kaki Gunung Yao dan puncak sepanjang 1,416.18 meter.  Kereta kabel bukan macam yang bentuk tertutup tetapi jenis terbuka seperti ski lift.

yao mountain view

Macam inilah ski lift tu…. cuma ada penghadang yang akan dibuka apabila sampai di lokasi.

yao mountain

Jam hampir 5 petang, cuaca berangin dan berkabus dan gerimis.  Perjalanan mendaki sepanjang 1.4km dengan skilift mengambil masa lebih kurang 20 minit memberi kita masa menikmati pemandangan yang mengkagumkan.

gunung yao guilin china

Walau tidak setinggi Cable Car Genting, tetapi lokasi di lereng gunung ganang nampak gayat.  Tambahan lagi dengan skilift yang terbuka tu hati pun kecut juga.

pemandangan gunung yao guilin

Pemandangan dari atas puncak Gunung Yao, Guilin. Kalau cuaca cerah, kita boleh nampak dengan jelas pemandangan gunung kapur diselaputi kabus seperti dalam filem.

Dalam perjalanan turun, diseparuh perjalanan, kita boleh berhenti dan turun menggunakan slider.  Kami tak guna slider pun sebab ramai yang beratur tunggu giliran.

twin pagoda guilin

Hari berikutnya kami cuba berjalan-jalan disekitar bandar Guilin. Salah satu tempat yang menarik perhatian pelancong ialah Sun and Moon Twin Pagodas yang terdapat di Shan Lake. Pemandangan Pagoda berkembar ini lebih menarik diwaktu malam tetapi kami dah malas nak keluar. Sejuk sangat waktu malam di sini.

Pagoda Matahari dihubungkan dengan Pagoda Bulan melalui terowong lutsinar sepanjang 18 meter.

guilin china

Hari terakhir sewaktu bersiap nak check out, ternampak lori sedang memancutkan air menyiram daun daun pokok.

pemandangan di guilin

Satu lagi pemandangan yang menarik di Guilin.  Dikebanyakkan persimpangan besar, terdapat pondok berteduh di laluan motorsikal.  Laluan motorsikal memang luas memandangkan ianya adalah pengangkutan utama penduduk bandar Guilin,  Mereka gunakan motorsikal elektrik jadi kurang bunyi bising di bandar,

anjing di china

Agak-agak….?

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

47 thoughts on “Naik Ski Lift Ke Gunung Yao Guilin”

  1. Subanallah cantiknya pemandangan tempat ni.. Dengan bunga-bunga yang memnuhi Kawasan.. Tinggi Tak ski-lift dia Ni? Insha Allah suatu Hari nak ke sini juga

  2. Cantik!! Macam mana la depa ni bole cipta ski lift ni.. saya nek cable car pn gayat ni kn pula nk nek ski lift ni..huhu tunjuk gmbar kt isteri excited plak dia nk pegi..saya gayat xmau pegi 😢😢😢😢

  3. Ya Allah, gayatnye..huhu…jeles betul orang yang boleh naik tinggi-tinggi ni..pemandangan cantik2..tp saya gigil klu pergi tempat tinggi..huhuhu

Comments are closed.