Pengalaman Menaiki Bot Berkhemah di Tasik Kenyir

tasik kenyir

Amaran awal : Entri ini mengandungi banyak gambar  asli tanpa diedit.

Ini kisah percutian saya ke Tasik Kenyir untuk kali yang ke…entah dah tak terbilang.  Ambil peluang sementara suami masih bertugas di sana.

Saya suka datang ke sini, bukan disebab suami memang ada di sini…itu pun suka juga tetapi  suka suasana dan panorama alam di sini walaupun saya akan terputus talian telefon atau internet.  Ada menara komunikasi yang telah didirikan sepanjang laluan tersebut tetapi entah bila akan berfungsi.

Selepas R&R Pengkalan Gawi, sepanjang 30 kilometer sebelum tiba ke tapak projek , memang tiada jaringan perhubungan.

Walau pun dah kerap ke sini, saya belum pernah menaiki bot ke pulau-pulau yang terdapat di Tasik Kenyir.  Cuti kali ini kami bercadang untuk berkhemah di salah sebuah pulau.

 

jeti naik bot tasik kenyir

Kami menaiki bot , bukan melalui Pengkalan Gawi ( jeti rasmi Tasik Kenyir ) tetapi melalui satu pengkalan penduduk tempatan.  Di sini ada kolong menternak ikan.

Waktu ketika ini hampir jam 5 petang.  Terpegun dengan panorama yang terbentang di depan mata.

 

pemandangan tasik kenyir

Memang teruja menaiki bot seperti ini, biasa naik bot atau feri yang besar.  Kalau yang tak biasa , kemungkinan akan terlanggar pokok-pokok mati dasar tasik.  Orang yang biasa saja tahu laluan mana yang selamat.
naik bot ke Tasik Kenyir

Terdapat lebih kurang  340 pulau kecil di Tasik Kenyir.

Pemandangan Tasik Kenyir

Cantik sangat.  Agak gementar merendah tasik yang berombak, merasa kerdil di bawah langit luas.
Bulan November

Lebih kurang sejam menaiki bot, kami sampai ke lokasi. Sampai saja ke tempat yang dirancang, cepat-cepat dirikan khemah sebab dah nak malam.  Bulan 10 Muharam 1435 sudah muncul untuk ‘bertugas’.

Sebelum gelap, kami cari kayu untuk unggun api disekitar tepi belukar.  Selesai mendirikan khemah, kami solat maghrib. Terasa sungguh damai dan suasana berbeza bersolat ditengah belantara tanpa ada hubungan dengan dunia luar.

Pemandu bot meninggalkan kami sekeluarga dan akan datang menjemput pada petang esok.

Ini adalah aktiviti berkhemah pertama bagi kami sekeluarga.

Perasaan?

Takut, risau , cemas dan macam-macam rasa tetapi melihat Intan dan Wani ( sepupu Intan ) relex macam tak ada apa-apa, saya pun kembali tenang.  Mungkin saya tidak pernah ajar atau menyebut atau menonton kisah seram, kisah hantu atau seumpama dengannya, anak-anak tidak takut dengan kegelapan atau persekitaran seperti itu.

Dunia ini milik Allah, dimana-mana pun kita berada, mohon perlindungan dariNya.

Malamnya  kami berbaring di luar khemah mengadap langit yang luat terbentang dihiasi bulan dan bintang dalam suasana dingin.  Sambil bercerita tiba-tiba melintas cahaya tahi bintang yang panjang di dada langit. Ini pengalaman indah yang sukar dilupai kerana bukan senang untuk melihat tahi bintang secerah itu.  Kalau kat bandar, langit yang sentiasa cerah dan sudut pandangan yang terbatas memang agak sukar untuk melihat fenomena cahaya  tahi bintang.

Berkhemah Tasik Kenyir
Suasana awal pagi dari pintu khemah. Kicauan burung dan unggas  memenuhi ruang berkabus yang sejuk.

Sepi… tak ada sesiapa kecuali kami berempat.

kawasan perkhemahan Tasik Kenyir

Khemah kami yang comel dialas rumput gebu berbunga putih.  Gebu sangat sampai rasa sayang nak pijak.

Belakang khemah ada anak sungai yang mempunyai air terjun mini.

suasana pagi Tasik Kenyir

Dihadapan khemah, tasik yang semakin mengecil seperti teluk sehingga bertemu dengan anak sungai yang jernih airnya.

kepah tasik kenyir

Kat tepi pesisir tasik ada banyak kepah/lokan. Kalau nak kutip satu kontena pun ada. Banyak sangat.

jejak kaki binatang

Sampai dah lewat petang, tak sempat menjelajah.  Paginya mulalah sesi menjejalah persekitaran.  Lebih kurang 20 meter dari khemah kami, suami terjumpa beberapa jenis tapak kaki binatang.

Mungkin kerbau kerana pemandu bot ada beritahu kerbau dilepaskan di kawasan ini.  Tapak kaki binatang yang lain, tak tahu.

anak sungai Tasik Kenyir

Berjalan lagi memasuki anak sungai jauh ke dalam hutan.  Menikmati kehijauan dan kesegaran alam yang damai.

tasik kenyir2013-11-15 09.24.01

Lubuk ikan!  Kalau kaki pancing inilah syurganya.

Kami cuma melihat menikmati alam kurniaan Allah dan menyimpan memori kenangan.

Rumah di Pulau Tasik Kenyir

Hampir jam 3 petang, pemandu bot pun datang menjemput.
Dalam perjalanan balik, beliau bawa kami melencong ke satu pulau melihat satu-satunya rumah yang terdapat di sini. Saya tak pasti siapa punya atau berpenghuni. Mungkin digunakan sebagai rumah percutian.

 

tasik kenyir

1. Tempat menaiki bot
2. Lokasi perkhemahan.

Lokasinya di sebelah kiri bukan kawasan perlancongan yang padat.  Kebanyakkan bot pelancong membawa pelawat di kawasan kanan tasik.

Antara entri Tasik Kenyir/ Terengganu yang menarik untuk dibaca – mesti klik

39 Replies to “Pengalaman Menaiki Bot Berkhemah di Tasik Kenyir”

  1. Hello, so nice to read about your adventures. Saya nak tanya, kalau saya nak pergi camping di Tasik Kenyir, mcm mana cara terbaik untuk booking? Terus ke sana atau kena booking awal? Boleh berikan cadangan?

    Thank you.

  2. Wah..bestnya.kat pulau mana ni kak jie?saya teringin sangat nak pergi berkhemah jugak ni..parking kereta selamat tak kat tanah besar?

  3. Jadi tempat akak camping nih langsung takde liputan talian telefon atau internet la eh kak?

    Makanan bebetul yg akak bawak je.. buah ke ikan ke akak langsung tak usik eh?

    Air masak akak amik sungai ke atau bawak mineral?

    Org luar boleh datang situ x kak?
    Jom terjah post menarik dari dayah ..bila bini aku mintak kaki..ha..?!My Profile

    1. Yup… ada GPS je. Telefon bawa utk tangkap gambar saja.
      Bawa nasi dan lauk utk makan malam sebab dah jangka akan sampai malam.
      Esoknya masak nasi ( bawa beras, telur dan sardin)

      Bawa 1 botol air minum..kemudian masak air dari sungai . Buat teh … siap goreng nasi lagi pagi tu tau.

      Sesapa pun boleh datang, pemandu bot yang bawa dan hantar kami tu orang tempatan.
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Pengalaman Menaiki Bot Berkhemah di Tasik KenyirMy Profile

      1. memang best tasik kenyir ni..sy pernah pegi trip ofis tido dlm boat house 2hr 3mlm..:) dpt la merasa mandi sg, mandi air trjun..bdk2 laki pegi memancing, kami yg pompuan memasak kt dapur..alhamdulillah, kenangan yg xdpt sy lupakan..tersangat la menenangkan jiwa..terputus hubungan dgn dunia luar xbermakna xdpt teruskan life..tp life diteruskan dgn cara lain..kengkawan patut try..:))

Comments are closed.