Percutian Di Regency Jerai Hill Resort, Gunung Jerai

lokasi gunung jerai

Selesai  Majlis Graduasi Angah di Mrsm Merbok, saya dan anak-anak meneruskan percutian kami ke arah utara lebih kurang 24 kilometer sehingga sampai di kaki Gunung Jerai, Gurun , Kedah.

Terus memandu mendaki 12 Kilometer ke puncak  Gunung Jerai dengan perlahan-lahan sambil menikmati pemandangan flora dan fauna di tanah tinggi. Memandangkan jalan agak sempit, ikutlah papan tanda yang ada seperti bunyikan hon di selekoh tajam.

bercuti di regency jerai hill resort

Lebih kurang setengah jam memandu sambil menikmati setiap perubahan persekitaran dari landskap tanah tinggi flora dikelilingi hutan simpan kekal, akhirnya kami tiba di satu-satunya tempat penginapan yang terdapat di puncak Gunung Jerai iaitu Regency Jerai Hill Resort.

The Regency Jerai Hill Resort dibuka secara rasmi oleh Sultan Kedah pada 18 Mei 2010.

harga bilik di gunung jerai

Terdapat 75 buah unit chalet di Regency Jerai Hill Resort dengan harga (Nov 2011) Bilik Superior (RM240), Bilik Deluxe (RM265), Bilik Premier (RM340), Bilik Eksekutif (RM390), Deluxe Eksekutif (RM440), Suite (RM560)
* Tidak termasuk 6% cukai kerajaan dan 10% cukai perkhidmatan.

Sekarang ada promosi harga istimewa sehingga 31hb Disember 2011 sempena ulangtahun ke-2 Regency Jerai Hill Resort. Bilik Deluxe yang saya tempah 2 minggu sebelumnya berharga RM 120 termasuk sarapan pagi untuk 2 orang.

Saya suka konsep bilik air yang unik, kemas dan bersih.

pemandangan di puncak gunung jerai

Antara sudut paling menarik di resort ini adalah bahagian  dengan pandangan yang luas, sayup mata memandang sawah padi yang seolah-olah tidak pernah berakhir dan pada satu bahagian yang lain,   pemandangan lautan luas yang berkilauan.

gambar pemandangan menarik di gunung jerai

Resort ini berada pada ketinggian 986 meter dari aras laut , dikelilingi hutan hujan tropika, persekitaran yang tenang dan udara yang segar dan sejuk mendamaikan.

Suhu tidak sesejuk Cameron Hinghlands atau pun Genting Highlands atau  tidak seluas Frasier Hill, tetapi angin bertiup agak kuat.  Petang hari pertama kedatangan kami, cuaca gerimis dan lembab tetapi tidak menghalang kami untuk terus keluar menjelajah sebaik saja check in.

Kata anak² saya, itu bukan hujan tetapi kabus yang mengandungi wap air.  Kalau kena, tak demam, mama.… alasan saintifik untuk bermain hujan.

tempat menarik bercuti di kedah

Mengabadikan kenangan dari salah satu sudut menarik yang terdapat di Gunung Jerai.  Sekeliling kawasan ini dipenuhi berbagai jenis pokok orkid.

restoran puncak kedah, gunung jerai

Kami sarapan dan makan malam di restoran Puncak Kedah.  Walaupun mengambil masa agak lama untuk mendapatkan hidangan, kami yang bersantai tidak pernah diam untuk berbual, bercerita, bergurau senda anak beranak, sehingga tidak terasa masa yang berlalu.

Saya selalu memotivasikan anak-anak supaya lebih bertenang dengan apa juga persekitaran dan jangan biarkan aura negatif tersebut meresap dan merosakkan saat-saat indah yang ingin kami tempuhi.

komunikasi anak remaja
Anak-anak remaja ini mudah lepaskan emosi mengkritik dan merungut tentang sesuatu yang tidak dapat dipenuhi dalam hidup ( contoh ketara di twitter dan facebook ) Kalau kita sebagai ibubapa tak cuba mengimbangi keadaan, memang akan menjadi seperti api disimbah minyak.

Saya sering berpesan secara terus di depan anak-anak supaya perkara-perkara negatif yang berlaku itu tidak meresap dan mengubah diri mereka sehingga menghilang nilai-nilai positif dalam kehidupan.  Contohnya memandu dengan dikuasai perasaan geram dan marah kerana tercabar atau diprovokasi oleh pemandu lain.

ketinggian gunung jerai
Yang penting, ada WIFI pada aras ketinggian ini!  Memandangkan anak-anak semakin remaja dan masing-masing sedang belajar di tempat yang berbeza, peluang untuk sesekali berkumpul perlu digunakan dengan perkara-perkara yang menyeronokkan.

Saya cuba mengurangkan keadaan dimana anak-anak remaja lebih berminat bersendiri dengan dunia mereka dan rakan-rakan sebaya berbanding keluarga.  Perbezaan usia , personaliti dan kecenderungan kadang-kadang menyebabkan mereka bertengkar, berselisih pendapat dan kerap kali menunjukkan kuasa ingin mendominasi dikalangan adik beradik.  Bagi saya, itu lebih baik daripada adik beradik yang nampak diam, baik dengan membuat hal masing-masing.

pemandangan dari atas gunung jerai

Bercakap, bergaduh, bersembang, berkongsi, bertekak lagi dan lagi dan lagi itu adalah satu bentuk komunikasi untuk saling memahami dan menghargai hubungan adik beradik.  Keadaan ini membentuk satu hubungan yang lebih mendalam kerana masing-masing tahu kelebihan dan kelemahan, sifat baik dan buruk adik beradik yang lain.

bunga lavender

huh……. banyak pula saya membebel kelaut jadinya. Tetiba boleh masuk silibus subjek lain. Mak-mak sungguh…dapat saja momentum untuk membebel, laju je keyboard diketuk. Maafkan saya ye…mak² memang suka selitkan berbagai cerita dalam satu topik.

Balik pada entri asal… hiks!

Gunung Jerai adalah salah satu tempat percutian hujung minggu yang sangat menarik dan mendamaikan juga berada di lokasi mudah untuk dikunjungi. Ada trek untuk berjogging, tracking atau menyewa basikal untuk menyusuri kawasan resort sendiri yang luas dan cantik.

Esok sambung entri menjelajah mengenali Gunung Jerai dengan lebih dekat bersama buggy ride. Ada cerita sejarah dan mistik.

Klik untuk baca kisah lanjut percutian ini  – Buggy Ride Gunung Jerai Menjelajah Cerita Mistik

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Comments

  1. Selalunya kami hanya memandang gunung ini dari lebuhraya PLUS bila pulang ke kampung. Menarik juga perkongsian puan ini.

    Saya akan masukkan ke dalam senarai “mesti pergi” saya nanti. Terima kasih atas perkongsian.
    Jom terjah post menarik dari Sharul ..Cameron Valley Tea House, Cameron HighlandMy Profile

  2. pernah lalu sini masa daki gunung jerai ari tuh…tapi lalu jer lah..hehe
    Jom terjah post menarik dari Faizal Fredley ..Aku Rindukan Gunung…My Profile

  3. Pandai anak-anak berposing…cantik juga resort kat Gunung Jerai tu. Nak cuba ke sana bila ada rezekit nanti. Insyaallah. Terima kasih berkongsi
    Jom terjah post menarik dari Mohd Shubhi ..Bagaimana tingkatkan pengeluaran tanpa berhutangMy Profile

  4. Afrina Amni says:

    niceee! thank you :* gonna go there this thursday

  5. indah sekali pemandangannya, panoramanya bikin kita ingin datang berkunjung….. thanks…
    Jom terjah post menarik dari arusha ..Jasa Gambar 3D Furniture OfficeMy Profile

  6. indah sekali pemandangan dan panoramanya, pastinya udaranya masih sejuk, bersih dan nyaman…jd pingin berkunjung ;p
    Jom terjah post menarik dari arusha ..Jasa Gambar 3D Furniture OfficeMy Profile

  7. saya pun pernah p dulu..tp tk la cantik mcm la..cuma ongkosnya bertmbah coz chalet makin canggih..

  8. aduh enaknya bila disempatkan untuk liburan…. :razz:

  9. pemandang sawah padi tu yang nampak best tu … nun mata memandang … kalau ada kelebihan mahu juga b3njy kesana kelak …
    Jom terjah post menarik dari B3njy ..SAFETY INFO – JANGAN SALAHKAN KETAMMy Profile

  10. ;-) salam kenal..
    blognya bagus, saya blogger Indonesia tersesat disini.. :mrgreen: :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari blog dofollow ..FOTO ANITA HARA CIUMANMy Profile

  11. Yushi rieyn says:

    tapi tu tinggi juga kak jie asia tengara tu..tapi best :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari Yushi rieyn ..Harga saham jatuhMy Profile

  12. ciksembang says:

    dulu saya pernah ke Gunung Jerai tak ingat nama resort nya. Kami cuba cari air terjun tapi sesat dalam hutan. Dengar bunyi macam dekat tapi tak jumpa2.. teringat sekrang rasa takut pula. Semasa itu saya mengandung 4 bulan
    Jom terjah post menarik dari ciksembang ..Cara toskan kencing lelaki dan wanitaMy Profile

  13. wahh…lawa gak biliknya.. :)
    Jom terjah post menarik dari titan ..Nak makan ApamPolkadot. Nakk..My Profile

  14. anak2 kurang sgt kat social media, ada , ada
    tak ada pun tak apa…
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Tarikh Keputusan UPSR 17hb November 2011My Profile

  15. hari tu balik, cakap gak nak pegi

    tapiiiiiiiiiiiiiii……tak pegi pun

    sayang nak tinggalkan rumah..hahaha
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Tarikh Keputusan UPSR 17hb November 2011My Profile

  16. dah pernah sampai kat Kundasang je, kaki gunung
    belum sempat nak mendaki, tunggu anak2 free
    itu pun tak pasti bila sebab masing2 sibuk study
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Tarikh Keputusan UPSR 17hb November 2011My Profile

  17. hehehe…entah
    sebab kak jie tak pernah cakap2 bab hantu dgn anak2
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Tarikh Keputusan UPSR 17hb November 2011My Profile

  18. Yushi rieyn says:

    nanti kak jie naik gunung kinabalu pulak kak jie… :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari Yushi rieyn ..Apa itu super impose ??My Profile

  19. Alahai..Jelesnya Kak Jie dah sampai Jerai Hill. Saya dah berkali-kali ajak husband, tapi katanya tunggu si kecik tu besar sikit, takut hantu. Ada tak Kak Jie?
    Jom terjah post menarik dari iLa ..Makan-makan di Subaidah SPMy Profile

  20. he he he…best nya…nanti nak pi sana juga lah.
    Jom terjah post menarik dari ann ..Hari BosanMy Profile

  21. Seronok ye dapat jalan2. Tapi paling seronok bila dapat luangkan masa dengan keluarga ;) Facebook tak ada pun tak apa kalau ada lengkap ahli keluarga :lol:
    Jom terjah post menarik dari Miss Yati ..Bakal wali anak-anakkuMy Profile

  22. Fakarepain says:

    best nya orang dapat bercuti ni..
    Jom terjah post menarik dari Fakarepain ..KEPUTUSAN PEPERIKSAAN UPSR 2011 DIUMUM PADA 17 NOVEMBERMy Profile

  23. Pakej penginapan RM120 boleh dikatakan berpatutan. Isteri sudah mula tanya hendak kemana? Sempena cuti sekolah. Pada hujung tahun kerja mula bertimbun dengan bajet tahun hadapan pula :-)
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Wordless Wednesday #17 – Kenduri DurianMy Profile

  24. Pacifista says:

    uih…bestnya.lama tak pegi gunung jerai ni kak jie.last pegi hujung tahun 2004.ntah bila nak pegi lagi.huhu… :P
    Jom terjah post menarik dari Pacifista ..Filem: Mael Lambung VS Ah ChaiMy Profile

  25. Sekali dulu dah sampai . Tapi tersanagtlah lamanya hampir 24 tahun dulu,ikut rombongan sekolah.

  26. wah bestnyer jalan sana sini, saya dulu lama di kedah tp x pernah pi pon gunung jerai, hehe
    Jom terjah post menarik dari Juan ..Google Page Rank | Google PRMy Profile

  27. tak pernah pergi lagi ke sana. lawa juga pemandangan di gunung jerai tu. :grin:
    Jom terjah post menarik dari MR.Z ..Samsung Galaxy SII : Apa Yang Anda Perlu Tahu?My Profile

  28. zie fauzi says:

    pernah sampai Gunung Jerai ni dlm tahun 2003.. Rasanya dulu tak secantik sekarang bila tengok pic kat atas tu… Tak pernah sampai lagi buat kali kedua walaupun kampung mentua dah dekat sgt dengan Gunung Jerai ni…

    suka bebelan K.Jie dalam entry ni.. Bukan bebelan kosong tapi penuh makna..
    Jom terjah post menarik dari zie fauzi ..PAGE RANK DAH NAIKMy Profile

  29. saya sangat suke semua gambar kak jie. tengok gambar.. dah paham ape karangan kak jie. walaupon saya scanning jer semasa baca. thanks for inspiration!
    Jom terjah post menarik dari Azman Ishak ..Semalam balik Pahang.. Hari ni dah balik Kolumpo!My Profile

  30. mendidik anak bukan semudah menjaga anak tapi kelak ibubapa akan ditanya diakhirat. Di dunia pun dah pening dgn karenah remaja ini kan pulak bila ditanya di akhirat.
    Jom terjah post menarik dari Denaihati ..Tahniah Blog Kawan-Kawan Naik PR4My Profile

  31. Destinasi percutian yang menarik. Kena masuk dalam kalander Cuti-cuti Malaysia ni. :lol:
    Jom terjah post menarik dari Kak Long Mawar Merah ..Menangi Hadiah Penginapan Percuma dan Wang Tunai dalam Peraduan Tulis dan Menang di mawarmerah2008.comMy Profile

  32. Sobri Mansor says:

    Nak menarik tempat nih. Pernah dengar nama jer. Tak pernah pegi lagi….. hehehe
    Jom terjah post menarik dari Sobri Mansor ..Kemalangan…. minta dijauhkanMy Profile

  33. Salam Aidiladha Kak Jie.
    Lama tak tinggal jejak di sini. Saya suka baca ‘bebelan’ kak Jie… penuh pengisian dan pengajaran. Teruskan ‘membebel’ ye kak Jie. :)

  34. swimming pool tu waktu saya pergi pun dorang dah start buat, cuma waktu tu, tak nampak lagi rupa swimming pool tu macam mana… :D
    Jom terjah post menarik dari Eizil ..Memaparkan data dalam bentuk carta dengan mudahMy Profile

  35. gunung jerai banyak sejarah ni kak jie…untung angah keluarga jadi tulang belakang yang kuat, konvo mrsm pun raikan meriah
    Jom terjah post menarik dari azura ..WW-Solat sunat Aidil Adha di Masjid Jama yang dibina pada abad ke-17 tersergam indah di New Delhi IndiaMy Profile

  36. lepas gian selepas seminggu update ringkas live blogging ..hehehe.

    Skrg resort ada pembinaan, buat swimming pool
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Burung Layang-layang Regency Jerai Hill ResortMy Profile

  37. Fuh, panjang lebar entri kali ni, sebelum ni semua nota ringkas jer beserta gambar… :D Waktu saya pergi tempoh hari, sempat merasa pelbagai jenis cuaca, panas, berkabus, hujan, redup dan juga mendung… Memang seronok bercuti di atas puncak jerai ni. :)
    Jom terjah post menarik dari Eizil ..Memaparkan data dalam bentuk carta dengan mudahMy Profile

  38. Kampung tok dan tok wan wife kat Yan, di kaki gunung jerai. Macam best je. Boleh pergi ni bila balik kampung wife kat Kedah nanti. Menarik!
    Jom terjah post menarik dari arena84 ..Bicara Rumah Tangga – 5 Tips Bercinta Suami IsteriMy Profile

  39. hahaha…mula2 tulis enti mcm biasa, bila sampai bab membebel, tak sedar diri terus je menaip sampai masuk segala bab yang lain.

    tapi itulah, mmg pun kak jie selalu mcm ni – perkara dlm hidup kita bersaling kait mengait, tak boleh dipisahkan
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Burung Layang-layang Regency Jerai Hill ResortMy Profile

  40. Senang nak pergi sebab tak jauh dari jalan utama. Keluar highway PLUS kat Gurun, memandu ke arah utara 4km dah sampai kaki gunung. Boleh memandu mendaki.
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..A Breath Of Fresh Air @ Gunung JeraiMy Profile

  41. cuti singkat sebelum SPM dan kebetulan sambut hari ulangtahun Angah
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Percutian Di Regency Jerai Hill Resort, Gunung JeraiMy Profile

  42. betullah tu…hehehe… t.kasih

    kejap betulkan typo , kalau dah menaip esei mcm ni, terlepas pandang
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Burung Layang-layang Regency Jerai Hill ResortMy Profile

  43. ada – ada…tapi kami tak pi mandi manda
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Burung Layang-layang Regency Jerai Hill ResortMy Profile

  44. Dekat-dekat situ ada tempat untuk acara mandi air terjun dak?
    Jom terjah post menarik dari LensaHp ..Harga lembu Qurban Najib Rosmah lebih RM1juta?My Profile

  45. “Anak-anak remaja ini mudah lepaskan emosi mengkritik dan bersunggut dalam hidup”… hihihi… bersungut kot maksud kak jie.
    Jom terjah post menarik dari faizul ..Esok hari raya, hari ini kena sengat lebahMy Profile

  46. Maklumat yang sungguh lengkap,kalau ada rezeki nak ke sana jugak untuk bercuti
    Jom terjah post menarik dari wazy ..Gadjet Impian : iPad 2My Profile

  47. Belum sampai juga ke sini .. seronok nampaknya anak-anak pergi bercuti..
    Jom terjah post menarik dari adamfaiz ..Jom Private Chatting Di Twitter!!My Profile

  48. dah ada dari dulu, cuma baru 2 tahun diambil alih

    The Regency Jerai Hill Resort adalah milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK)
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Cara Update Blog Dengan WordPress for BlackBerryMy Profile

  49. patutlah macam tak pernah dengar pasal resort ni.. rupanya baru lagi :lol:
    Jom terjah post menarik dari mrs azmi ..mabuk dagingMy Profile

  50. Ni esei ye makcik kujie? hikhik

    Tak pernah pg lagi tempat. Tapi kat atas tu tulis tak sesejuk cameron highland, ok la tu hahaha.

    *Saya suka beberapa point menarik dlm essay panjang di atas. Bukan artikel kosong, tapi ada input berguna. Kujie2.com ftw! :lol:
    Jom terjah post menarik dari Affan Ruslan ..Daylight Saving Time dan Sambutan Hari Raya AidiladhaMy Profile

Trackbacks

  1. [...] Tahun 2011 saya datang bermalam di sini tanpa suami yang ketika itu masih di Algeria.  Entri tahun lepas – Percutian Di Regency Jerai Hill Resort, Gunung Jerai [...]